Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


City terbaik

Posted: 05 May 2012 11:29 AM PDT

NEWCASTLE: Roberto Mancini yakin memiliki pasukan terbaik di Manchester dan kini akan membuktikan merekalah yang terbaik di England.

Pasukannya melengkapkan kemenangan berganda pertembungan Manchester selepas menewaskan United 1-0, Isnin lalu berikutan kemenangan 6-1 di Old Trafford, Oktober lalu.


Kejayaan itu meletakkan mereka di puncak, mengatasi Red Devils menerusi perbezaan gol.

"Kami mungkin pasukan terbaik di Manchester. Untuk menjadi yang terbaik di negara ini, kami perlu menang dua perlawanan lagi.


"Namun kejayaan menewaskan United dua kali dan Chelsea tidak penting kerana paling penting adalah menjulang kejuaraan pada akhir musim," katanya.


Malah Mancini menegaskan, mereka bukanlah City yang sebenar jika kelab itu mensia-siakan peluang itu.

"Kami bukan City yang dulu. Dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu, kami mempamerkan peningkatan.


"Kami di sini kerana mahu mengubah sejarah. Sejak dua tahun lalu, kami sedar memiliki peluang ini. Ia begitu hampir tapi ia tidak akan dimiliki selagi belum berada dalam genggaman." Sebelum mereka memilikinya, City perlu terlebih dulu mengunjungi dan mengatasi Newcastle yang memburu tiket ke Liga Juara-Juara, malam ini sebelum United menanti kedatangan Swansea di Old Trafford.

"Aksi ini pastinya sukar kerana Newcastle dan penyokong mereka begitu bersemangat tapi saya gembira kerana kami mempunyai peluang ini selepas ketinggalan lapan mata di belakang United," katanya. City perlu memperkemaskan aksi malam ini jika mahu mengekang peledak sensasi baru Newcastle, Papiss Cisse. Dua jaringan hebatnya yang membenam Chelsea di Stamford Bridge minggu lalu membolehkannya mengumpul 13 gol dalam 12 penampilan Liga Perdana Inggeris bersama Toon. - Agensi




Persembahan ‘bodoh’, cuai

Posted: 05 May 2012 11:20 AM PDT

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson melancarkan inkues terhadap kempen Manchester United dan jika gagal mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), keputusan seri 4-4 dengan Everton yang dianggap 'bodoh' adalah puncanya.

Peluang melakar rekod kemenangan ke-20 tidak lagi berada di tangan mereka pada dua minggu terakhir kempen musim ini meskipun mendahului lapan mata di puncak liga sebulan yang lalu.


Andai ingin kembali ke puncak liga, United perlu menewaskan Swansea di Old Trafford, malam ini dan berharap pasukan tangga kelima, Newcastle mampu menghalang pendahulu, Manchester City mengutip tiga mata.

Kegagalan memenangi EPL akan menyebabkan United mengakhiri aksi musim ini tanpa sebarang trofi dan Ferguson sudah memulakan siasatan mengapa prestasi pemainnya merudum.


United mendahului 4-2 sebelum bolos dua kali pada tujuh minit terakhir untuk seri 4-4 pada 22 April. Selepas itu, mereka tewas 0-1 kepada Manchester City.


"Perlawanan menentang Everton membunuh kami, persembahan tidak masuk akal pada 10 minit terakhir. Pemain benar-benar cuai," kata Ferguson.

"Memang benar menyerang setiap masa sinonim dengan sejarah kami tapi persembahan bodoh itu menyebabkan kami ketinggalan.


"Jika tewas, kami perlu terima hakikat ia berpunca daripada perlawanan menentang Everton. Tidak syak lagi," katanya. - AFP




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan