Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Final jadi aksi persahabatan

Posted:

Final jadi aksi persahabatan

Final jadi aksi persahabatan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WAN IBRAHIM


AKSI final bertukar menjadi perlawanan persahabatan?Bunyinya pelik, tetapi itulah kekecohan yang didakwa berlaku pada final Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) 2012 antara pasukan Cobra dan Keris Conlay di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam.

Kontroversi itu dikatakan bermula apabila pasukan Cobra difahamkan enggan meneruskan perlawanan gara-gara mempertikaikan status pasukan Keris Conlay.

Sebelum itu, Keris Conlay berjaya mara ke final meskipun tewas 20-22 kepada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di peringkat separuh akhir.

Namun, SSTMI didakwa telah 'menarik diri' pada saat-saat akhir sekali gus menyebabkan Keris Conlay yang menempah slot final.

Begitupun, tiada insiden tidak diingini berlaku apabila perlawanan akhir diteruskan sebelum Cobra memenangi perlawanan dengan keputusan 35-3.

Difahamkan, aksi final semalam tidak lebih kepada perlawanan persahabatan semata-mata dan apa juga keputusan antara kedua-dua pasukan tidak menjejaskan kedudukan Cobra sebagai juara.

Sementara pasukan Kor JLJ Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tewas kepada Cobra dalam satu lagi aksi separuh akhir pula memenangi tempat ketiga.

Presiden MRU, Datuk Amiruddin Embi semasa ditemui begitupun bersikap 'mengunci mulut' mengenai perkara itu. Ketika ditanya apakah tindakan yang bakal diambil terhadap SSTMI, Amiruddin juga enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, ketua jurulatih SSTMI, Wan Ibrahim Wan Chik semasa ditemui menafikan dakwaan pasukannya sengaja menarik diri pada saat-saat akhir.

Beliau yang juga pengetua sekolah tersebut mendakwa, pasukannya telah memohon penangguhan kepada penganjur supaya menunda aksi final gara-gara tarikh tersebut bertembung dengan satu kejohanan jemputan di Jakarta, Indonesia yang menyaksikan pasukannya muncul juara.

"Siapa yang tidak mahu beraksi di final, tambahan pula pasukan saya telah dibentuk sejak empat tahun lepas.

"Namun pada masa sama, kami tidak dapat mengelak daripada menyertai kejohanan Jakarta 10 di Indonesia kerana ia merupakan persiapan terbaik kami menjelang temasya Sukan Antara Universiti Dunia di Paris Julai depan.

"Sebab itu, kami memohon supaya perlawanan akhir ditunda. Itu sebenarnya yang berlaku dan saya agak terkilan dengan nasib kami. Kami hanya minta ia ditunda dan bukannya tarik diri."

Arahan FAM buat Mohamad Abu Bakar

Posted:

Arahan FAM buat Mohamad Abu Bakar

Arahan FAM buat Mohamad Abu Bakar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! Ahad semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan yang pihaknya telah mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sebaliknya jelas FAM, Mohamad Abu Bakar hanya diberikan surat pertuduhan pada minggu lepas kerana bertindak membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Tata Tertib FAM.

FAM dalam kenyataannya berkata, Mohamad Abu Bakar dikehendaki mengemukakan surat pembelaan tersebut dalam masa tujuh hari daripada surat itu dihantar pada minggu lepas.

"Surat tunjuk sebab itu hendaklah sampai di Sekretariat FAM sebelum pukul 12 tengah hari pada 7 Mei (hari ini)," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Mohamad Abu Bakar dilaporkan telah digantung lapan bulan dan didenda RM8,000 atas kesalahan memberikan komen kepada media seperti mana dilaporkan akhbar semalam.

Disebabkan itu, segelintir penyokong bola sepak Sarawak meminta FAS keluar daripada FAM selepas tidak berpuas hati dengan tindakan badan induk bola sepak negara itu yang menganggap hukuman yang dikenakan terhadap FAS oleh FAM bersifat zalim.

Sebelum ini, FAM telah mengenakan denda berjumlah RM46,000 terhadap FAS berdasarkan empat pertuduhan ketika Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri Sarawak, 17 April lalu.

Malah, FAS juga telah dikenakan denda sebanyak RM29,500 gara-gara kegagalan mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang Lions XII di Stadium Negeri Sarawak, 17 Mac lalu.

Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah semalam turut bertitah mahu penyokong bola sepak meneliti dan memahami undang-undang FAM sebelum mengeluarkan kenyataan yang menggesa persatuan bola sepak negeri keluar daripada badan induk bola sepak negara itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, baginda percaya tidak semua penyokong bola sepak Sarawak berpendapat sedemikian kerana mereka tahu FAS tidak akan mampu bergerak sendirian jika keluar daripada FAM.

Pasukan Bujang Senang yang sekadar seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Kuala Lumpur dalam aksi terakhir mereka kelmarin kini menduduki tangga kesembilan Liga Super dengan 19 mata.

Selangor MB Kids kuasai siri kelima

Posted:

Selangor MB Kids kuasai siri kelima

Selangor MB Kids kuasai siri kelima


DUA pasukan yang mengungguli kategori bawah 12 tahun meraikan kejayaan mereka bersama Mohd. Hanif (berdiri tengah) selepas selesai saingan siri kelima di Kepala Batas, Kedah Sabtu lalu.


AKADEMI Bola Sepak dari Klang, Selangor MB Kids muncul juara kategori bawah 12 tahun pada saingan siri kelima Karnival Futsal Milo Hidup Bola yang berakhir di Kepala Batas Kedah, Sabtu lalu.

Kejayaan itu diperoleh selepas mereka menewaskan Kubang Pasu B dari Kedah 2-1 pada perlawanan akhir.

Selain meraih ganjaran lumayan pada karnival tersebut, kedua-dua pasukan juga turut layak mengisi slot ke grand final karnival berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 16 September depan si Sports Planet, Ampang.

Bagi kategori bawah 16 tahun pula, pasukan Klinik Wakaf Siku 8 dari Kelantan muncul juara selepas menghampakan impian Ceplos FC dari Kedah 1-0 pada perlawanan akhir.

Begitupun, kedua-dua pasukan turut layak ke pusingan grand final.

Saingan siri kelima ini menyaksikan penyertaan daripada 72 pasukan untuk kedua-dua kategori.

Ia berlangsung di gelanggang D Futsal Centre Kepala Batas, Kedah.

Pada edisi yang sama tahun lalu, hanya 67 pasukan tampil menyahut cabaran.

Peningkatan ini membuktikan bahawa minat terhadap sukan futsal di peringkat akar umbi semakin berkembang.

Siri kelima ini turut mendapat penyertaan daripada pasukan-pasukan sejauh Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.

Karnival Futsal Milo Hidup Bola ini akan diadakan di setiap negeri dan mengandungi 14 siri.

Ia akan diadakan pada setiap hujung minggu sehingga ke pusingan Grand Final kelak.

Sebanyak 32 pasukan terbaik dalam kedua-dua kategori daripada 14 siri ini akan berentap pada Grand Final nanti untuk memenangi hadiah yang lumayan iaitu RM15,000 kepada pasukan yang muncul juara, RM10,000 untuk naib juara dan RM7,000 untuk tempat ketiga dan keempat.

Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products Sdn Bhd, Ng Ping Loong berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh semua pasukan pada karnival tahun ini semakin menunjukkan peningkatan.

"Ini satu petanda yang menggalakkan untuk mempertingkatkan kualiti sukan futsal pada masa depan.

"Objektif kami juga adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempamerkan skil, merasai keseronokan suasana kejohanan, mempromosikan nilai-nilai murni sukan dan bertemu kawan-kawan baru," kata Ping Loong.

Menurutnya, dia yakin dengan permulaan yang menggalakkan ini, ia akan dapat menjana lebih banyak penyertaan untuk 10 lagi siri di negeri negeri lain.

Siri keenam karnival ini akan berlangsung di Johor pada 12 Mei ini dan penyertaan masih di buka.

Yuran penyertaan hanya RM50 untuk satu pasukan.

Borang penyertaan boleh didapati di semua 14 gelanggang atau layari laman web www.milo.com.my; www.syoknyasukan.com dan facebook.com/MILOHidupBola atau menghubungi Pengarah Karnival, Nik Muhd. Radzi menerusi talian 019-3519934.

Turut hadir pada karnival siri kelima Sabtu lalu ialah Pengurus Sampling dan Acara Sukan Kawasan Utara Nestle Products Sdn Bhd, Mohd. Hanif Harun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan