Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Undur saja jika gagal'

Posted: 05 Jun 2012 12:35 PM PDT

Sukan

Nadzmi (kiri) dan Elyas Omar.

Nadzmi (kiri) dan Elyas Omar.

Elyas syor Nadzmi, Exco BAM letak jawatan

BEKAS Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar secara sinis memberi isyarat kepada presiden badan induk itu, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh serta rakan kepimpinan yang lain supaya bertanggungjawab dan berundur di atas kegagalan skuad negara dalam kempen Piala Thomas, baru-baru ini.

Dia sedih dengan nasib skuad negara yang merudum ketika ini dan menyuarakan jika gagal dalam tempoh lima atau enam tahun, pemimpin harus letak jawatan untuk membuka laluan kepada calon lain. "Dalam bola sepak EPL, kalah dua tiga perlawanan, pengurus dipecat. Tak payah kalah banyak kali, dua atau tiga kali sudah cukup. Sayangnya budaya sebegitu tidak ada pada kita," katanya, semalam.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Menjelang Euro 2012: Walcott perlu masa pikat hati Hodgson

Posted: 05 Jun 2012 12:20 PM PDT

Sukan

LONDON: Theo Walcott akur dia masih perlu meyakinkan Roy Hodgson mengenai kemampuannya beraksi di peringkat antarabangsa.

Walcott tidak berada dalam senarai kesebelasan utama pada kedua-dua perlawanan di bawah kendalian Hodgson ketika bertemu Norway dan Belgium. Dia sekali lagi dijangka bermula di bangku simpanan pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Perancis, Isnin ini.

"Theo sudah diberikan beberapa peluang dalam pasukan," kata bos baru England itu. "Pada saya, setiap kali dia diturunkan dalam kesebelasan utama, orang akan berkata anda memerlukan orang lain di kedudukannya." Tetapi Walcott bersedia menerima peranan sebagai pemain gantian berbisa dan tidak akan menjadikannya isu besar di Euro nanti, walaupun agak kecewa dengan karier tidak menentu bersama England.

"Dalam kejohanan besar seperti ini, ia bukan berkenaan pemain secara individu. Ia berkenaan mendapatkan sebuah pasukan yang mantap," kata Theo sebelum berangkat ke Poland bersama rakan sepasukannya. – Agensi


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan