Kosmo Online - Sukan |
Posted: Kes Karim belum selesaiOleh HELMI TALKAH
SESI pendengaran membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim yang sepatutnya berakhir hari ini dijangka berlanjutan lebih lama. Ketua panel jawatankuasa siasatan, Tan Sri V C George berkata, pihaknya masih memerlukan tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua minggu lagi untuk mendapatkan fakta dan bahan bukti bagi membantu proses siasatan. "Kami (panel jawatankuasa siasatan) mungkin akan memanggil beberapa pegawai KOM bagi membantu siasatan. "Disebabkan itu, kami memerlukan tempoh satu atau dua minggu lagi bagi mendapatkan fakta dan bahan bukti sebenar berhubung kes ini. "Ia termasuklah masa untuk kami menyiapkan laporan penuh berhubung siasatan ini," kata V C George ketika ditemui pemberita selepas hari ketiga sesi pendengaran di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kuala Lumpur semalam. Sesi pendengaran semalam bermula pukul 10 pagi dan berakhir enam jam kemudian. Bagaimanapun, Karim enggan memberi sebarang komen kepada pemberita ketika keluar daripada bilik mesyuarat. Turut kelihatan beberapa atlet olahraga negara iaitu Norjan- nah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohd. Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad, Yee Yi Ling dan Mohd. Yunus Lasaleh. Sejak Isnin lalu, jawatankuasa siasatan itu yang ditubuhkan oleh MOM bersidang bagi menyiasat dakwaan yang dilemparkan bari- san jurulatih dan atlet olahraga negara terhadap Karim. Segala-galanya bermula pada 13 Februari lalu apabila sekumpulan jurulatih dan atlet olahraga negara menyerahkan peti- syen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim. Petisyen yang ditandatangani oleh 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim. Kumpulan tersebut mendakwa, Karim sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini. Mengulas lanjut, V C George berkata, jawatankuasa siasatan itu telah mendapat keterangan berbeza daripada pihak yang terlibat sepanjang tiga hari sesi pendengaran tersebut. "Kedua-dua pihak yang terlibat memberikan keterangan yang bercanggah. Jadi, kami akan mencari fakta untuk mendapatkan kebenarannya. "Kami berharap, semua pihak yang terlibat boleh memberikan kerjasama bagi membantu jawa- tankuasa siasatan mencari bukti sebenar kes ini," jelas V C George yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan. Tambah beliau, sebaik selesai siasatan dilakukan, pihaknya akan membentangkan laporan penuh kepada MOM dan KOM. "Selepas itu, hanya MOM atau KOM yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini, termasuk kepada pihak media," tambahnya. | |
Kompany hormati Harimau Malaya Posted: Kompany hormati Harimau MalayaOleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH KOMPANY (dua dari kanan) bersama Julian Kam (kanan), Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kiri) dan Pengarah Urusan ProEvents International Sdn. Bhd., San Boon Wah menunjukkan replika tiket perlawanan antara Manchester City dan Malaysia di Wisma FAM semalam. "SAYA tidak banyak tahu tentang (skuad kebangsaan) Malaysia tetapi bagi saya, lebih baik kita menilai sesebuah pasukan itu selepas perlawanan dan bukan sebelumnya." Demikian pendapat kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika ditanya mengenai skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan persahabatan antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 Julai depan. Menurut Kompany, aksi persahabatan tersebut merupakan sebagai tanda penghargaan juara baharu Liga Perdana England itu terhadap sokongan dan sambutan mesra peminat bola sepak Malaysia terhadap mereka. "Malaysia sebuah negara yang cantik, peminat bola sepaknya juga penuh dengan keterujaan dan ia sungguh mengejutkan saya. "Perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur itu nanti merupakan antara persiapan kami dalam misi mempertahankan kejuaraan liga dan memenangi trofi-trofi lain musim depan," jelas Kompany pada sidang akhbar Pelancaran Tiket Perlawanan Manchester City dan Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Kompany menjelaskan bahawa kunjungan sulung skuad kendalian Roberto Mancini itu juga bakal memberi pengalaman berguna buat skuad Harimau Malaya. "Kunjungan City ke sini (Malaysia) bukan sahaja penting buat kami, malah ia turut menjadi platform terbaik buat pemain-pemain Malaysia untuk menguji kemampuan mereka beraksi dengan pemain kelab Eropah," tambah pertahanan dari Belgium itu. Tiket pada aksi persaha- batan itu akan dijual pada harga RM58, RM68 dan RM108, manakala harga bagi tiket VIP pula RM388. "Meskipun dengan peningkatan kos di seluruh dunia, harga bagi tiket perlawanan itu nanti tidak akan dinaikkan. "Kami mahu harga tiket ini mampu dibeli oleh semua peminat bola sepak di Malaysia. "Ini sahaja caranya bagi pihak kami untuk menyajikan satu perlawanan bola sepak daripada sebuah pasukan berkelas dunia kepada peminat di sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International Sdn. Bhd., Julian Kam. Aksi persahabatan itu akan berlangsung pada pukul 9.45 malam dan tiket perlawanan boleh dibeli mulai hari ini di semua wakil jualan Ticketpro atau menerusi laman web www.ticketpro.com.my. | |
Posted: Perancis belasah EstoniaBENZEMA (kiri) membuktikan statusnya selaku penyerang berbisa Perancis awal pagi semalam. LE MANS, Perancis - Karim Benzema membuktikan kehebatannya apabila meledak dua gol bagi membantu Perancis menewaskan Estonia 4-0 pada aksi persahabatan antarabangsa sebelum kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 awal pagi semalam. Kemenangan itu cukup bermakna buatpara pemain Perancis kerana ia adalah aksi pemanas badan terakhir sebelum Euro 2012 di Poland dan Ukraine yang akan membuka tirainya malam esok. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Le Mans itu, Benzema dari Real Madrid membuktikan bahawa dia salah seorang pemain yang perlu diberi perhatian pada Euro 2012 apabila menjaringkan gol pada minit ke-37 dan 47. Perancang Bayern Munich, Franck Ribery meletakkan skuad Les Bleus di depan apabila meledak gol pada minit ke-24 sebelum disusuli jaringan Jeremy Menez pada lewat babak perlawanan. Kemenangan itu jelas memberi suntikan semangat buat skuad Les Bleus yang diundi dalam Kumpulan D bersama-sama England, Sweden dan Ukraine pada kempen Euro 2012 nanti. Bagaimanapun, jurulatih Perancis, Laurent Blanc berkata, aksi anak-anak buahnya pada perlawanan menentang Estonia itu tidak sebaik ketika menewaskan Serbia 2-0 sebelum ini. "Memang penting buat pasukan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan ini. Ia mampu meningkatkan tahap keyakinan para pemain. "Begitu juga dengan barisan penyerang yang perlu menjaringkan gol bagi mendapatkan keyakinan. "Namun, di sebalik jumlah gol yang kami (Perancis) hasilkan hari ini (awal pagi semalam), saya fikir pasukan tidak beraksi dengan baik berbanding ketika menewaskan Serbia. "Pada perlawanan ini, benteng pertahanan kami tidak bermain dengan baik. Kami perlu mengamalkan corak permainan yang lebih mudah di posisi pertahanan. "Seperti pasukan lain, kami berharap segala kelemahan ini dapat diperbaiki dan bersedia sepenuhnya sebelum aksi pertama peringkat kumpulan nanti," kata Blanc. Anak-anak buah Blanc akan membuka tirai saingan Kumpulan D menentang England pada 11 Jun ini. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan