Sukan
SURYANI bersama suaminya, Marhazli.
Najib jamin biayai perubatan serta tiket penerbangan untuk suamiRATU menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi harus ceria ketika ini dengan 'perkhabaran melegakan' daripada Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Perdana Menteri, berkata beliau memberi jaminan segala keperluan, termasuk berkaitan keselamatan dan perubatan jaguh negara itu sepanjang pembabitannya pada temasya Sukan Olimpik London 2012 akan dibiayai. Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kerajaan akan memberi sokongan penuh dan bantuan kepada Nur Suryani. Sementara itu, Nur Suryani ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut tetapi gembiranya dengan perkembangan baik ini yang mula menyuntik semangat menyahut cabaran London.
Najib jamin selesa buat Suryani
DATUK Seri Najib Razak berkata, beliau memberi jaminan segala keperluan, termasuk berkaitan keselamatan dan perubatan ratu menembak negara, Nur Suryani Mohd Taibi sepanjang pembabitannya pada temasya Sukan Olimpik London 2012 akan dibiayai.
Perdana Menteri berkata kesungguhan, ketahanan dan dedikasi Nur Suryani menghadapi cabaran ketika hamil untuk menyertai pertandingan berprestij itu amat disanjung.
Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan akan memberi sokongan penuh dan bantuan kepada Nur Suryani membolehkannya bertanding di Olimpik London.
"Beliau akan ditemani jurulatih dan doktor perubatan kontinjen Malaysia.
Usaha dilakukan mendapat tiket penerbangan untuk suaminya, Marhazli Mhotar serta tiket masuk menyaksikan pertandingan juga sedang diusahakan untuk Marhazli," kata Najib dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.
Kelmarin, Berita Harian melaporkan Nur Suryani yang ingin suaminya, Marhazli menemaninya ketika temasya Olimpik London 2012, bakal direalisasikan apabila Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) – menerusi rangkaian unit berita sukan – sudi menggerakkan inisiatif itu, Julai ini.
Inisiatif itu dianjurkan untuk membolehkan Marhazli hadir sebagai penonton menemani isteri yang kini hamil tujuh bulan itu beraksi - menerusi sumbangan dalam bentuk tiket kapal terbang, penginapan atau bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan.
Sementara itu, Nur Suryani terharu dan gembira dengan jaminan Perdana Menteri dalam usahanya memikul cabaran negara di London nanti.
"Saya gembira dan berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menaja suami saya ke London," kata Suryani.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong mengalu-alukan usaha dilakukan MPB dan berharap mungkin tabung itu mungkin boleh dijadikan tabung tetap bagi kes seumpamanya pada masa akan datang.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang prihatin terhadap atlit negara.
"Tabung dilancarkan Media Prima memang dialu-alukan dan jika kutipannya melebihi kos diperlukan untuk membawa suami Suryani ke London, mungkin kita boleh memulakan tabung tetap untuk masa akan datang," kata Zolkples.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
busu ns
terimakasih pm kerana menaja suami suryani ke london. semoga suryani memperolehi emas disamping suami tersayang dan anak yg dikandunginya.
juki john
Jangan hanya mengharapkan DLCW untuk mendapat,mereka lain juga ada peluang,oleh kerana itu pengurusan mereka hendaklah adil.Jangan tunggu PM buat sesuatu baru persatuan nak buat.MSN buat apa???
Na O Mei
Rasa2nya Suryani athlet pertama beraksi sewaktu mengandung. Pasti ini satu kenangan manis yang paling indah untuk di ingati oleh beliau, keluarga & bakal baby. Go Suryani..Buktikan awak seorang wanita yang boleh membanggakan rakyat M'sia.
Norhalida Zakaria
semoga berjaya dengan cemerlang dan meraih pingat emas untuk Malaysia....go...go...go...suryani the best....
Man Klang
Semoga Suryani dapat merangkul emas dengan adanya suami di sisi. Malaysia memang boleh!
0 ulasan:
Catat Ulasan