Berita Harian: Sukan |
Hodgson tuntut aksi pintar jerat Sweden Posted: 13 Jun 2012 02:35 PM PDT Sukan ROONEY berehat sebentar melepaskan lelah ketika menyertai latihan skuad England di Krakow, kelmarin. Hodgson percaya kemenangan di Kiev itu akan meletakkan Rooney di landasan terbaik untuk menyinar. Dia mendedahkan: "Rooney perlu menjadi jaguh sebenar dalam kejohanan ini. Dia sangat cergas dan bersemangat tinggi." Penyerang Manchester United itu perlu menjalani satu lagi penggantungan dan ini bermakna dia boleh beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Ukraine Selasa ini.Dan dengan England dirangsang semangat tinggi selepas seri 1-1 menentang Perancis dalam perlawanan pembukaan, Hodgson yakin dengan asas-asas yang dibina pasukan untuk menyambut semula kepulangan Rooney. Rooney pasti membarisi kesebelasan utama menentang tuan rumah bersama di Donetsk - perlawanan yang akan menentukan England akan terbang pulang jika tewas walau apapun yang berlaku menentang Sweden. Dia menambah: "Anda hanya boleh mendapat manfaat daripada seseorang yang mempunyai kualiti seperti Rooney dalam pasukan." - The Sun Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
‘Sepanyol harus menyengat’ Posted: 13 Jun 2012 02:32 PM PDT Sukan GDANSK: Selepas dikritik hebat gara-gara menggunakan formasi tanpa penyerang pada aksi pembukaan Kumpulan C menentang Itali yang berkesudahan seri 1-1, jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque mengakui barisannya perlu mengilhamkan kemenangan apabila berentap dengan Republik Ireland, awal pagi esok."Saya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku ketika bertemu Itali. Banyak perkara yang perlu kami perbaiki. Tapi saya tidak berasa tidak gembira dengan pilihan yang kami ada," kata Del Bosque. Pengendali Sepanyol itu bagaimanapun mempunyai jawapan kenapa dia tidak meletakkan penyerang tulen ketika bertemu Itali, sebaliknya memberi tugas itu kepada Cesc Fabregas yang akhirnya menjaringkan gol penyamaan. "Kami memiliki empat pilihan - tiga penyerang yang semua orang sudah tahu iaitu Alvaro Negredo, Fernando Torres atau Fernando Llorente, dan akhirnya Fabregas. Mereka semua cukup baik dari segi sentuhan penyudah," jelasnya.Del Bosque menambah, pemain tengahnya cukup berbakat dan sebab itulah mana-mana di antara mereka mampu diletakkan selaku penyerang jika keadaan memerlukan. "David Silva pemain serangan, Andres Iniesta juga boleh beraksi seperti penyerang dan begitu juga Fabregas," katanya yang menambah, dua pemain tengah lebih bertahan, Xabi Alonso dan Xavi turut mampu melepaskan rembatan ke arah pintu gol. Lantas Del Bosque membayangkan dia sekali lagi mungkin tidak menyenaraikan seorang penyerang tulen dalam kesebelasan utamanya untuk bertemu Ireland. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan