Kosmo Online - Sukan |
Belanda di ambang penyingkiran Posted: Belanda di ambang penyingkiranKHARKIV, Ukraine – Nasib Belanda pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012 bagaikan 'telur di hujung tanduk'. Pada saingan peringkat kumpulan B, skuad bimbingan Bert van Marwijk (gambar kecil) itu sudah mengalami dua kekalahan. Pada aksi pertama, mereka menjadi 'lauk' kepada Denmark apabila tewas 0-1 dan pada aksi kedua awal pagi semalam, skuad The Oranje itu tewas 1-2 kepada Jerman. Paling mengecewakan, reputasi mereka sebagai naib juara Piala Dunia 2010 tidak ditonjolkan pada Euro kali ini. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan Belanda agak 'segan' untuk menggegar gawang lawan setiap kali memiliki peluang untuk berbuat demikian. 'Ayam tambatan' mereka, Robin van Persie dan Arjen Robben kurang menyerlah dan gerakan mereka terlalu mudah dibaca pertahanan lawan. Meskipun sudah berada di ambang penyingkiran pada Euro 2012, namun van Marwijk belum mahu 'mengangkat bendera putih.' Kekalahan kedua berturut-turut Belanda itu menyaksikan mereka berada di tangga terbawah Kumpulan B tanpa sebarang mata. Atas kertas, The Oranje masih lagi berpeluang untuk mara ke suku akhir sekiranya berjaya menewaskan Portugal sekurang-kurangnya dengan dua gol sambil berharap Jerman menewaskan Denmark pada aksi terakhir peringkat kumpulan nanti. Pada aksi pagi semalam, Mario Gomez meledak dua gol buat Jerman sebelum Belanda merapatkan kedudukan menerusi van Persie. "Kami tidak boleh menganggap semuanya telah berakhir walaupun kami berada dalam keadaan yang agak tenat," kata van Marwijk. "Pada minit-minit akhir, kami cuba mencari gol penyamaan, namun nasib tidak memihak kepada kami." Selepas tewas mengejut 0-1 kepada Denmark Sabtu lepas, Belanda kini perlu menewaskan Portugal pada baki terakhir perlawanan Kumpulan B Ahad ini sambil berharap Jerman menewaskan Denmark. Van Marwijk menjelaskan, Belanda kini perlu melangsaikan hutang kepada penyokong The Oranje dengan menghadiahkan kemenangan ke atas Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo. "Kami masih lagi ada peluang untuk mara dan kami perlu percaya terhadap diri sendiri," katanya. – Agensi |
Posted: Portugal berhak menangPEPE (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama Portugal ketika pasukannya menewaskan Denmark 3-2 tengah malam semalam. LVIV, Ukraine - Jurulatih Portugal, Paulo Bento menegaskan bahawa pasukan itu berada di landasan yang tepat untuk mara ke suku akhir pada kejohanan bola sepak Eropah (Euro) 2012. Bento menyuarakan keyakinan itu selepas Portugal mencatat kemenangan 3-2 ke atas Denmark pada aksi kedua Kumpulan B di stadium Arena Lviv tengah malam semalam. Pada perlawanan tersebut, finalist 2004 itu mendahului dengan kelebihan 2-0 hasil jaringan Pepe dan Helder Postiga masing-masing pada minit ke-24 dan 36. Bagaimanapun, Denmark berjaya mengikat kedudukan 2-2 hasil jaringan penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner pada minit ke-41 dan 80. Namun, pemain gantian, Silvestre Varela menyumbat gol kemenangan Portugal tiga minit sebelum permainan tamat. Bento berkata, Portugal memang berhak untuk menang dan sesuatu yang tidak adil sekiranya mereka menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan seri. "Pasukan memberi fokus yang baik sepanjang permainan dan menunjukkan kualiti sebenar. "Kami mencipta banyak peluang terutama pada separuh masa pertama dan saya rasa kedudukan 2-0 pada babak pertama telah menggambarkan segala-galanya. "Pada babak kedua, kami tidak duduk bertahan sahaja, sebaliknya kami terus memburu gol ketiga. "Gol penyamaan mereka itu sebenarnya tidak adil tetapi kami tidak menyerah begitu sahaja. Kami mempamerkan karakter sebenar dan akhirnya memperoleh kemenangan," kata Bento. Kemenangan itu sangat penting buat Portugal untuk mencerahkan peluang bagi melepasi aksi kumpulan setelah tewas 0-1 kepada Jerman. "Ia berbeza dengan aksi menentang Jerman. Kami berjaya menjaringkan gol tetapi apa yang lebih penting, kami berjaya meningkatkan prestasi selepas tewas kepada Jerman," kata Bento. - Agensi |
Ribery, Benzema sandaran utama Perancis Posted: Ribery, Benzema sandaran utama Perancis(DARI kiri) Adil Rami, Florent Malouda, Samir Nasri, Alou Diarra dan Franck Ribery menyertai sesi latihan skuad Perancis di Kircha, Donetsk kelmarin. DONETSK, Ukraine - Perancis meletakkan sandaran kepada Franck Ribery dan Karim Benzema untuk menewaskan Ukraine pada aksi kedua Kumpulan B tengah malam ini. Kemenangan ke atas Ukraine sangat penting bagi menjamin slot ke suku akhir selepas skuad Les Bleus terikat 1-1 dengan England pada aksi sulung, Isnin lalu. Kini, Ribery dan Benzema perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan skuad bimbingan Laurent Blanc itu tidak pulang awal. Kedua-dua pemain itu menjadi sandaran selepas tampil dengan aksi bertenaga pada saingan panas badan sebelum ini. Ribery menjaringkan tiga gol sepanjang tiga perlawanan, manakala Benzema meledakkan dua gol ketika membantu Perancis menewaskan Estonia 4-0 di laman sendiri pada awal Jun ini. "Benzema terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana dia pernah bermain seperti itu bersama Real Madrid. "Dia (Benzema) sentiasa turun ke bawah. Menentang pasukan yang mempunyai pertahanan yang kental, kamu perlu cuba mencari ruang yang sesuai. Benzema memang beraksi seperti ini. "Memang benar, dia boleh beraksi dibelakang pemain pertahanan kerana faktor ketinggiannya tetapi menentang pasukan yang hebat seperti ini (England) memang sukar bagi penyerang itu," kata Blanc. Pada aksi menentang England, barisan pemain utama Perancis dilihat menghadapi kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan skuad The Three Lions. Meskipun Ribery berjaya membuktikan bahawa dia berada pada tahap kecergasan yang baik, corak permainannya masih belum mampu untuk membantu Perancis mengutip tiga mata penuh. Kelibat Benzema pula seolah-olah dirantai benteng pertahanan England yang diketuai John Terry dan Joleon Lescott, sekali gus memaksa pemain berusia 24 tahun itu beraksi di bahagian bawah untuk mendapatkan bola. - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan