Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: 'Jangan pakat'

Posted: 17 Jun 2012 12:32 PM PDT

Sukan

Vicente del Bosque

Vicente del Bosque

Itali harap Sepanyol dan Croatia adil dalam perlawanan akhir kumpulan C

ITALI mengharapkan belas Sepanyol dan Croatia untuk tidak 'berpakat' mencapai keputusan sekurang-kurangnya seri 2-2 pada perlawanan terakhir kedua-dua pasukan itu dalam Kumpulan C, awal pagi esok.

Ini kerana jika kedua-dua pasukan itu seri 2-2, Itali akan tersingkir walaupun berjaya mengatasi Republik Ireland dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.

Setiap pasukan, dahagakan kemenangan, tetapi tidak mustahil jika perlawanan antara Sepanyol dan Croatia berakhir dengan seri. - Vicente del Bosque, pengendali Sepanyol

Jika tidak, Itali terpaksa mengikut jejak Sweden, Poland, Russia dan Republik Ireland, pulang awal.

Sepanyol kini mendominasi Kumpulan C apabila mengumpul empat mata dengan kelebihan jaringan, diikuti Croatia, juga empat mata.

Itali pula mengumpul dua mata manakala Republik Ireland, masih tiada mata selepas tumpas dalam kedua-dua perlawanan sebelum ini dan tersingkir awal.

"Setiap pasukan, dahagakan kemenangan, tetapi tidak mustahil jika perlawanan antara Sepanyol dan Croatia berakhir dengan seri.
"Sukar bagi saya untuk menentukan siapa yang layak menang dalam perlawanan terakhir Kumpulan C," kata pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque.

Pada Euro 2004, keputusan seri antara Sweden dan Denmark menyebabkan Itali gagal mara ke peringkat suku akhir.

Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini


Euro 2012: Serangan balas lumpuh lawan: Eduardo

Posted: 17 Jun 2012 12:23 PM PDT

Sukan

AKSI Eduardo (dua dari kiri) ketika  Croatia bertemu Itali Khamis lalu.

AKSI Eduardo (dua dari kiri) ketika Croatia bertemu Itali Khamis lalu.

WARKA (Poland): Penyerang Croatia Eduardo mahu memenuhi impiannya mara ke suku akhir dan berkata ia dapat dicapai dengan menewaskan juara bertahan, Sepanyol pada pertemuan terakhir Kumpulan C awal pagi esok.

Pemain 29 tahun kelahiran Brazil yang dinaturalisasi Croatia - beraksi untuk Shaktar Donetsk di Ukraine - berkata untuk menewaskan Sepanyol, mereka perlu mengambil kesempatan menerusi serangan balas.

Croatia bagaimanapun hanya perlu seri sekurang-kurangnya 2-2 dengan Sepanyol untuk mara buat kali kedua berturut-turut ke suku akhir - dengan keduanya mengumpul empat mata - walaupun jika Itali yang ketinggalan dua mata menang ke atas Ireland di Poznan. Bagi Eduardo, yang pada dua perlawanan sebelumnya sekadar bermula di bangku simpanan, berkata ini adalah peluang buatnya untuk menebus kekecewaan terlepas aksi empat tahun lalu apabila kakinya patah ketika mewakili Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Eduardo yang menjadi warga negara Croatia pada 2002 dan mengumpul 50 kap sejak penampilan pertama pada 2004 - mahu memberi tumpuan kepada kemaraan pasukannya dalam kejohanan kali ini.

"Kita semua tahu betapa sukarnya untuk menundukkan Sepanyol. Mereka adalah pilihan juara Euro dan pilihan untuk menang perlawanan dengan kami. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik dan cuba menang - kami percaya kami mampu lakukannya," kata Eduardo. - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen