Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Euro 2012: 'Bintang malap' Euro

Posted: 01 Jul 2012 12:46 PM PDT

Bintang EPL antara idola cipta kecewa peminat global

KIEV: Setiap yang bermula pasti berakhir, begitu juga Euro 2012 di Poland dan Ukraine yang melabuhkan tirainya awal pagi tadi. Seperti edisi sebelum ini, kejohanan kali ini turut dipenuhi dengan pelbagai cerita suka duka, drama serta kontroversi dalam dan luar padang yang menjadikan kejohanan kali ini begitu menarik.
Sudah tentu tumpuan peminat seluruh dunia untuk melihat aksi dan kelibat pemain bintang beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing tetapi tidak semua yang tampil dengan aksi serba memukau dan memikat.

Sebaliknya, mereka hanya gah dengan nama besar dan nilai diri yang mencecah puluhan dan ratusan juta ringgit tetapi beraksi hambar dan malap hingga menyebabkan pasukan terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal dalam kempen kali ini.

Untuk laporan lanjut Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Murray mara pusingan 4, Roddick tersingkir

Posted: 01 Jul 2012 12:26 PM PDT

LONDON: Andy Murray mara ke pusingan keempat dengan kemenangan 7-5, 3-6, 7-5, 6-1 selepas menewaskan Marcos Baghdatis di gelanggang tengah All England Club, kelmarin.

Pemain pilihan keempat itu bakal bertemu Marin Cilic dari Croatia, yang mengatasi Sam Querrey pada pertembungan kedua terpanjang dalam sejarah kejohanan untuk mara ke suku akhir. Murray yang layak ke separuh akhir tiga tahun berturut-turut, menang selepas dua minit masa penamat ditetapkan atas sebab keselamatan dan kesihatan.
"Selepas saya bangkit dengan 4-1, saya cuba untuk tidak berehat. Saya tidak tahu apakah peraturannya, mungkin yang pertama kali berlaku di sini.

"Sangat sengit. Saya memang bergelut." Murray memenangi set pertama dengan 7-5 sebelum Baghdatis mengikat kedudukan dengan 6-3.

Pada perlawanan lain yang penuh drama di All England Club itu menyaksikan finalis tiga kali, Andy Roddick tersingkir - sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya dalam tenis.

David Ferrer kembali daripada tewas satu set dengan memenangi perlawanan 2-6, 7-6 (10/8), 6-4, 6-3 ke atas Roddick untuk bertemu juara Terbuka Amerika Syarikat 2009, Juan Martin del Potro.
"Saya tidak mempunyai jawapan khusus untuk itu," kata juara Terbuka Amerika Syarikat itu ketika ditanya sama ada kelmarin menjadi penampilan terakhirnya kepada Wimbledon. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen