Harian Metro: Arena |
Posted: 18 Oct 2012 02:38 PM PDT PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mahu membuat kenyataan terburu-buru berhubung perbatalan hukuman ke atas Peter James Butler oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, semalam. Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan menunggu surat rasmi daripada badan induk bola sepak berhubung perkara itu.
Menurutnya, surat terbabit adalah penting bagi memastikan sebab sebenar penggantungan itu tidak sah. Sementara itu, Setiausaha Agung FAM berkata kemelut itu perlu diselesaikan sendiri antara Butler dan PBSNT.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
Posted: 18 Oct 2012 02:34 PM PDT PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta pengurusan Persatuan Hoki Pahang (PHP) termasuk jurulatih sentiasa menerapkan disiplin tinggi di kalangan pemain jika ingin meningkatkan kualiti dan prestasi pasukan negeri. Tengku Abdullah berkata, segala unsur negatif seperti merokok di kalangan pemain yang masih bersekolah dan penyalahgunaan dadah serta amalan rasuah perlu dipantau supaya ia tidak berlaku dalam pasukan hoki.
"Saya harap sukan hoki Pahang akan meningkat terutama melahirkan pemain berkualiti yang bukan saja cemerlang di negara ini, malah di kejohanan besar seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
Pemilihan SMKST itu berdasarkan perancangan PHP yang melancarkan Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017.
Justeru, menurutnya, semua persatuan hoki daerah akan memainkan peranan lebih berkesan bagi melahirkan pemain pelapis yang cemerlang di daerah masing-masing.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan