Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei garang tanpa Misbun

Posted:

Chong Wei garang tanpa Misbun

Chong Wei garang tanpa Misbun


CHONG WEI akan menentang Peter Gade pada aksi final hari ini.


JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan laluan sukar bagi mengesahkan slot ke final Kejohanan Badmin- ton Siri Super Masters Akhir di Taiwan semalam.

Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia mudah menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-17, 21-18 pada aksi separuh akhir.

Namun, kejayaan Chong Wei itu tidak dapat dikongsi bersama jurulatihnya, Datuk Mis- bun Sidek yang secara tiba-tiba membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu.

Sekalipun tanpa kehadiran Misbun, Chong Wei masih mampu mengekalkan rekod cemerlangnya apabila belum lagi tewas, baik dalam saingan peringkat kumpulan mahupun aksi separuh akhir semalam.

Lawan yang menanti Chong Wei di pentas final hari ini adalah pemain Denmark, Peter Gade yang menewaskan Chen Long dari China 21-19, 21-18 dalam satu lagi pertemuan sepa- ruh akhir.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei selepas dia berjaya memenangi sembilan perlawanan daripada 10 perla- wanan.

Sudah pasti anak jati Pulau Pinang ini mahu membawa pulang kejayaan dari Taiwan sebagai hadiah kepada Misbun yang dilihat masih lagi belum ada tanda-tanda mahu menarik balik keputusan yang dibuatnya itu.

Sebagai rekod, Chong Wei kini memburu gelaran hatrik pada Master Final selepas mengungguli edisi 2008 dan 2009.

Selain Chong Wei, beregu wanita negara, Wong Pei Tty/ Chin Eei Hui turut cemerlang apabila menjuarai kedua-dua edisi tersebut.

Ratu negara, Wong Mew Choo juga pernah melakar nama selaku juara apabila menjuarai acara perseorangan wanita bagi edisi 2009 manakala beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boong Heong muncul juara pada 2008.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hodgson kena pecat

Posted:

Hodgson kena pecat

Hodgson kena pecat

LONDON - Roy Hodgson telah dipecat sebagai pengurus Liverpool dan tempat- nya diambil alih oleh legenda bola sepak The Reds, Kenny Dalglish.

Menurut laporan, Dalglish akan mengendalikan Liverpool sehingga penghujung musim ini.

Hodgson yang mula membimbing The Reds sejak Julai tahun lalu dikritik hebat oleh penyokong-penyokong setia kelab yang berpangkalan di Anfield itu ekoran prestasi hambar anak-anak buahnya dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Memburukkan lagi keadaan, pemeca- tan Hodgson itu berlaku sehari sebelum Liverpool menentang Manchester United pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford malam ini.

"Saya melalui detik-detik sukar sepanjang karier saya sebagai pengurus dalam tempoh beberapa bulan kebela- kangan ini.

"Saya sangat sedih kerana tidak diberi peluang untuk kembali membawa Liverpool bangkit dan membawa masuk beberapa pemain pada pintu perpinda- han pemain yang telah dibuka ketika ini," jelas Hodgson.

Hodgson meninggalkan Anfield sele- pas enam bulan membimbing Liverpool selepas beliau mengambil alih tempat pengendali kelahiran Sepanyol, Rafael Benitez.

Di bawah kendalian Hodgson musim ini, Liverpool telah mengalami sembilan kekalahan dalam saingan liga domestik.

Terbaru, The Reds dimalukan Black- burn Rovers apabila tewas 1-3 di Ewood Park, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga ke-12.

Dalam pada itu, berita pemecatan Hodgson semalam sudah pastinya mendapat sokongan penuh penyokong-penyokong fanatik Liverpool yang mana sebelum ini mereka mendesak pihak pengurusan kelab melantik Dalglish sebagai pengurus baru.

"Kami cukup bertuah kerana Dalglish bersetuju untuk membimbing kelab ini menjelang pertemuan dengan Manchester United esok (hari ini).

"Dalglish bukan sahaja dilabel seba- gai legenda bola sepak tetapi merupakan antara tiga pengurus Liverpool yang berjaya sebelum ini," kata pemilik Liverpool, John Henry.

Dalglish merupakan individu yang bertanggungjawab ketika membawa skuad The Reds menjulang trofi kejua- raan liga pada 1990. - Reuters

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan