Berita Harian: Sukan |
Malaysia persia banyak peluang Posted: 23 Feb 2011 02:44 PM PST Sukan PENGADIL perlawanan, Liu Kwok Man melayangkan kad merah kepada Ansar kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik di Stadium Shah Alam, malam tadi. HALANGAN pertama kelayakan pra-Olimpik sudah diatasi Ong Kim Swee dan anak buahnya apabila menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi, tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi kerisauan yang bakal dihadapi jurulatih berkenaan. "Selepas perlawanan, ada tiga perlawanan Liga Super yang perlu diharungi pemain sebelum kembali menyertai latihan pada 2 Mac," kata Kim Swee dalam sidang akhbar selepas perlawanan. "Ketika itu, saya perlu menilai semula siapa yang berada pada tahap kecergasan terbaik untuk dibawa ke Lahore. Siapa yang akan dipilih, saya perlu tunggu sehingga mereka melaporkan diri 2 Mac ini." Dua gol pada awal dan akhir babak pertama memberikan bekalan selesa buat skuad Olimpik negara sebelum membalas kunjungan ke Lahore 9 Mac ini.Pada perlawanan malam tadi, skuad Kim Swee seharusnya menang dengan jumlah jaringan lebih besar tetapi beberapa percubaan tepat jentera serangan negara berjaya dipatahkan penjaga gol lawan, Yousuf Ejaz Butt. Pujian harus diberi kepada Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih mesra dipanggil Kecik, yang membuka jaringan seawal minit keempat hasil rembatan menarik dari penjuru kotak penalti yang memperdayakan Yousuf untuk gol pertama negara. Menghampiri waktu rehat, Pakistan terpaksa bermain dengan 10 orang selepas penyerangnya, Ansar Abbas dibuang padang kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum Mohd Irfan Fazail menambah gol kedua tuan rumah. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
Chong Wei tidak sertai Sukan SEA Posted: 23 Feb 2011 02:00 PM PST Sukan Koo-Tan turut diketepi demi misi London 2012DEMI kilauan emas pada temasya London 2012, skuad badminton negara membuat keputusan 'menyisihkan' Lee Chong Wei dan beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong daripada aksi di Sukan SEA, November ini. Segala-galanya terarah kepada matlamat lebih besar - iaitu mengejar pingat emas pertama untuk negara di Sukan Olimpik, tahun depan dan keputusan itu disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam. Setiausaha yang juga Pengerusi CTC BAM, Ng Chin Chai, berkata keputusan itu juga sejajar dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mahu atlit dalam program 'Road To London 2012' tidak diganggu. "Begitupun, kita belum membuat keputusan sama ada pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui beraksi atau tidak. Segala-galanya bergantung kepada prestasi dan pungutan mata mereka untuk melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik 2012."Lagipun, tarikh temasya Sukan SEA XXVI itu hampir sama dengan kejohanan Terbuka Hong Kong dan China yang menjadi antara kejohanan penting untuk mengutip mata bagi melayakkan diri ke temasya terunggul itu," katanya. Keputusan mengecualikan Chong Wei, 29, beraksi menyaksikan pemain itu kempunan untuk memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki kerana sepanjang kariernya belum pernah memenangi emas dalam acara itu pada temasya serantau itu. Begitupun, Kien Keat-Boon Heong berpeluang untuk menebus kehampaan tidak beraksi pada temasya itu nanti kerana faktor usia masih memihak kepada mereka untuk bermain pada temasya berikutnya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan