Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee mula menyengat

Posted:

Safee mula menyengat

Safee mula menyengat

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE (kiri) mula melakar nama dengan Pelita Jaya apabila meledak dua gol pada aksi persahabatan, semalam.


PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.

Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Pada pertemuan dengan kelab tempatan, Ragunan FC di padang latihan kelab di Sawangan, Jawa Barat itu, Pelita Jaya mencatat kemenangan besar 6-0 dengan kedua-dua gol Safee itu dijaringkan pada babak pertama.

"Sudah tentu perasaan saya sangat gembira kerana pada perlawanan pertama ini, saya sudah berjaya menjaringkan gol.

"Jaringan ini bagi saya penting kerana ia dapat menunjukkan yang saya mampu menggalas tugas sebagai penyerang kelab ini," kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta petang semalam.

Namun aksi sulung Safee, 27, secara rasmi bersama Pelita Jaya ialah pada 5 Mac depan iaitu bertemu Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang untuk aksi pertama pusingan kedua saingan ISL 2011.

Menurut Safee, menjelang aksi tersebut, Pelita Jaya akan mengadakan satu lagi aksi persahabatan Ahad ini dan ia akan digunakan sepenuhnya untuk penyerang dari Paraguay, Juan Ramirez.

"Pada perlawanan tadi (semalam), saya digandingkan dengan Ramirez pada babak pertama sebelum kami berdua direhatkan untuk jurulatih mencuba pemain lain pada babak kedua.

"Persefahaman kami belum 100 peratus mantap tetapi menampakkan petanda yang baik. Komunikasi dengan rakan sepasukan lain tiada masalah, kecuali Ramirez kerana dia tidak boleh berbahasa Inggeris," jelasnya.

Safee bagaimanapun tidak keseorangan di Jakarta kerana dia turut ditemani isteri dan dua anaknya, ibu dan ayahnya serta pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim sejak tiba pada 14 Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kecik' tak sabar gegar Lahore

Posted:

'Kecik' tak sabar gegar Lahore

'Kecik' tak sabar gegar Lahore

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


IRFAN (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Pakistan di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Malaysia menang 2-0.


SEMANGAT pemain sayap skuad Olimpik kebangsaan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria kini semakin membara. Pemain yang turut dikenali sebagai 'Kecik' itu menjaringkan gol pertama Malaysia ketika menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam kelmarin.

Gol kedua Malaysia pada perlawanan tersebut dijaringkan pemain tengah, Irfan Fazail.

Menurut Wan Zaharulnizam, 20, dia sudah tidak sabar menunggu aksi kedua di tempat lawan dan kini terus bekerja keras untuk meningkatkan tahap kecer- gasannya agar terus mendapat kepercayaan jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee.

"Selepas pulih daripada kecederaan buku lali, saya baru dapat beraksi sepenuh masa dalam dua perlawanan bersama skuad Harimau Muda A iaitu ketika menentang T-Team dan Perlis.

"Jadi pada aksi bertemu Pakistan se- malam (kelmarin), tahap kecergasan saya sebenarnya masih kurang tetapi alhamdulillah saya berjaya juga menja- ringkan satu gol.

"Memang jaringan tersebut meningkatkan tahap keyakinan diri dan saya harap dapat meng- ulangi pada aksi kedua di Lahore pada 9 Mac depan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang bekalan dua gol ke Lahore, pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, ia memang sedi- kit mengecewakan tetapi yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua.

"Memang agak kecewa. Peluang kami pada perlawanan tersebut memang banyak tetapi gagal disudahkan dengan baik. Apa pun, dari sudut positif kami berjaya menguasai sepenuhnya permainan tersebut.

"Jadi kami akan mempersiapkan diri dari segi mental kerana apa pun boleh terjadi pada aksi kedua. Kami tetap perlu berhati-hati kerana Pakistan pasti mahu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri," ujarnya.

Pemain skuad Olimpik kebangsaan semalam kembali ke pasukan masing- masing untuk dua aksi Liga Super sebelum mereka kembali menjalani lati- han pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu depan.

Andai berjaya melepasi Pakistan, skuad muda negara ini akan melangkah ke pusingan kedua yang dijadualkan ber- langsung pada 19 dan 23 Jun depan.

Malaysia bakal diundi bertemu salah satu pasukan yang mendapat bye pada pusingan pertama sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasti sengit di Alor Setar

Posted:

Pasti sengit di Alor Setar

Pasti sengit di Alor Setar

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


RAMZUL (kiri) antara penyerang muda dalam skuad Kelantan yang perlu diawasi musim ini.


PERTEMBUNGAN antara Kelantan dan Kedah di Stadium Darulaman malam ini cukup signifikan apabila kedua- dua pasukan turun dengan misi yang berbeza namun, matla- matnya tetap satu iaitu mengumpul tiga mata penuh.

Sang Kenari yang kini menghuni tangga kesembilan liga dengan lima mata daripada empat perlawanan dengan mencatat keputusan sekali menang, dua seri dan satu kalah pastinya mengimpikan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan.

Bagi Kelantan, kemenangan di Alor Setar bukan sahaja mengukuhkan lagi tempat di singgahsana liga.

Ttetapi ia merupakan satu kemenangan moral selepas hanya mencatat keputusan seri pada perlawanan liga dan Piala FA musim lalu.

Hakikat tersebut disedari oleh pengendali The Red War- riors, Datuk M. Karathu yang cukup optimis dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk turun dengan misi menggempur gawang Kedah, sekali gus membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu.

Menurutnya, tiga mata tersebut sangat penting terutama di awal saingan kerana setiap pasukan perlu mengumpul seberapa banyak mata maksimum bagi menja- min keselesaan dalam liga selain suntikan moral kepada pemain.

"Kami cukup menghormati pasukan Kedah kerana mereka mempunyai pemain muda berbakat yang sudah lama bermain bersama selain mempunyai keserasian yang cukup baik. Saya menjangkakan pertembungan ini agak sengit.

"Namun, kita ke sana dengan misi untuk membawa pulang mata maksimum dan saya jangkakan pemain sudah mengetahui matlamat utama kami," katanya ketika dihubu- ngi semalam.

Tambahnya, beraksi di Alor Setar bukan sesuatu yang mudah kerana Kedah juga bakal turun dengan ribuan penyokong fanatik mereka selain rekod mereka yang mampu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

Jelasnya, fokus dan disiplin ketika beraksi pastinya menjadi tonik yang cukup penting kepada semua pemainnya dalam memburu kemenangan.

"Kita akan mengharungi tiga perlawanan sengit dalam tempoh lapan hari kerana selepas pulang dari Alor Setar, kami akan ke selatan tanah air untuk bertemu Johor FC dalam Piala FA sebelum bertemu Negeri Sembilan di Kota Bharu.

"Ia merupakan saat yang agak sukar buat pemain kerana mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya percaya kita sudah berada di landasan yang terbaik untuk mengekalkan momentum kemenangan," ujarnya.

Mengulas mengenai jentera serangannya yang dilihat belum lagi mempamerkan taring, Karathu berkata: "Saya sudah nampak kelebihan dan kelemahan yang ada pada pemain, dan saya melihat potensi yang ada pada Ramzul (Zahini Adenan), cuma dia perlu bekerja lebih keras untuk memperkemaskan penyudahnya.

"Pemain-pemain lain juga berkemampuan untuk menjaringkan gol terutama ketika Norshahrul Idlan Talaha kini menjadi tumpuan dan kesempatan tersebut sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh pemain lain," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan