Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


United perit

Posted: 24 Feb 2011 02:41 PM PST

Sukan

pix_gal0
MARSEILLE: "Saya dapat bayangkan emosi mereka," kata Wayne Rooney mengenai reaksi penonton Manchester United yang harus dipalit kecewa menyaksikan siaran langsung perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menerusi televisyen, awal pagi semalam.

Ini kerana anak didik Sir Alex Ferguson hanya mampu seri 0-0 ketika menentang Marseille di Stade Velodrome dalam saingan kelompok 16 terakhir buat menyukarkan misi mereka dalam perlawanan kedua nanti.

Penyerang England itu yang jelas tidak menolak rasa kecewa dengan keputusan itu berkata United harus menjelmakan corak permainan menyerang di Old Trafford pada perlawanan kedua. "Saya harap kami dapat melakukannya," kata Rooney. "Pada peringkat saingan ini, kemenangan adalah perkara besar dan kami perlu melakukannya."

United harus mencemburui kejayaan tiga lagi kelab Inggeris - Chelsea, Arsenal dan Tottenham yang berjaya merakamkan kemenangan dalam halangan peringkat ini.
Dalam satu lagi saingan peringkat sama, Bayern Munich mendapat cengkaman awal dengan kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Inter Milan menerusi jaringan Mario Gomez pada minit terakhir permainan. -Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan jadi 'persatuan kampung': Tajuddin

Posted: 24 Feb 2011 02:39 PM PST

Sukan

JANGAN jadikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) 'persatuan kampung'!

Itulah ingatan bekas Setiausaha Agung PSM, Ahmad Tajuddin Sahabuddin kepada badan induk itu dalam mengendalikan isu peletakan dan penarikan balik jawatan bekas presiden, Datuk Ahmad Ismail.

Dia yang pernah menjadi setiausaha agung badan induk itu dari 1976 sehingga 1986 berkata, mengikut perlembagaan, kedudukan Ahmad selaku presiden PSM belum sah walaupun mengumumkan sudah menarik semula peletakan jawatannya. "Dia (Ahmad) perlu mengemukakan surat rasmi menarik semula peletakan jawatannya dan bukan hanya setakat mengumumkannya dalam surat khabar. Pemangku presiden (Mohd Shapian Ali) kena panggil mesyuarat majlis untuk membincangkannya.

"Dan sekiranya mendapat mandat penuh daripada majlis, baru boleh dia kembali menerajui badan induk itu. Jangan buat sesuka hati meletak dan menarik peletakan jawatan. Apa, ingat PSM ini 'persatuan kampung' ke?," katanya dihubungi, semalam.

Ahmad sebelum ini berjanji meletak jawatan sekiranya skuad negara gagal memenangi emas di Sukan Asia Guangzhou 2010 membuktikan dia hanya bersandiwara apabila membuat 'pusingan U' dengan menarik semula peletakan jawatannya.

"Saya pun tak faham dengan keikhlasan dan pendirian pemimpin sekarang. Mereka berkata mengenai profesionalisme kepada pemain dan pegawai, tetapi tindakan sendiri tidak melambangkan mereka bersikap sedemikian," kata Ahmad Tajuddin.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan