Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mantap negeri misi Tok Mat

Posted:

KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Ismail hanya mahu memandang ke depan selepas bersetuju menerajui semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Jumaat lalu atas desakan majoriti ahli Majlis Tertinggi persatuan dengan wawasan utamanya, membangunkan pasukan negeri dan ahli gabungan mereka.

Tanpa menghiraukan tanggapan sinis segelintir pihak luar terhadap keputusan itu, beliau beranggapan inilah masanya untuk PSM bertumpu kepada penyediaan latihan, jurulatih dan pemain negeri dan ahli gabungan yang seterusnya bakal melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mantap dan berkaliber juara antarabangsa.

"Saya rasa inilah kali pertama program pembangunan pasukan negeri dan ahli gabungan dirancang dan dilaksanakan dalam sejarah PSM sejak ditubuhkan pada 1960. Kali ini peruntukan bagi pemain, jurulatih, program latihan dan elaun mereka akan disediakan oleh PSM," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Pada 12 Februari lalu, Ahmad atau turut dikenali sebagai Tok Mat mengumumkan pengundurannya dari kerusi panas PSM itu di Bukit Jalil sebagai mengotakan janji kerana skuad negara gagal meraih pingat emas Sukan Asia Guangzhou, November lalu tetapi menimbangkannya semula selama seminggu atas desakan Majlis Tertinggi persatuan.

Sebanyak RM616,000 yang diperuntukkan bagi tujuan itu katanya, bakal membolehkan 17 negeri dan ahli gabungan PSM menyediakan 15 pemain masing-masing dengan elaun latihan mereka serta jurulatih akan dibiayai sepanjang latihan sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden I Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) percaya wawasan ini mampu diterima dan dimanfaatkan semua ahli gabungan PSM apatah lagi program latihan pasukan masing-masing turut akan mempunyai matlamat ke pertandingan baru yang diperkenalkan seperti Siri Super dan Piala Presiden.

Malah, Piala Presiden PSM Siri 3 di Kuala Lumpur secara format berpasukan pada 17 hingga 23 April ini bakal dijadikan pusingan kelayakan dalam memilih pasukan terbaik yang menyertai Siri Super dalam tiga sirkit iaitu pada 6 hingga 11 Jun, 13 hingga 18 September dan 19 hingga 25 Disember.

Sementara itu kata Ahmad, PSM turut menjalin perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama lima tahun yang ditandatangani sempena majlis Anugerah Sukan institusi pengajian tinggi awam itu di Shah Alam, Selangor, semalam.

Mengenai penubuhan semula skuad elit negara khususnya bagi menghadapi Piala Dunia Pertama Istaf, Julai ini, Siri Super Istaf (September dan Oktober) dan Sukan SEA Indonesia (November), katanya, seramai 32 pemain yang disenaraikan menerusi Piala Presiden PSM, Januari lalu, akan melapor diri 2 Mac ini.

"Latihan mereka akan dikendalikan Iskandar Arshad dan Amir Abu Bakar dengan mereka akan berlepas ke TLDM, Lumut sehari selepasnya untuk berlatih sehingga 18 Mac sebelum disaring kepada cuma 18 orang.

"Segala program persediaan mereka tahun ini pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN (Majlis Sukan Negara), 8 Mac ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Norshahrul selamatkan Kelantan untuk kekal terajui liga

Posted:

Norshahrul selamatkan Kelantan untuk kekal terajui liga

Norshahrul selamatkan Kelantan untuk kekal terajui liga

Oleh SHARIZA ABDULLAH
sukan@utusan.com.my

ALOR SETAR - Jaringan penyamaan Norshahrul Idlan Talaha menyelamatkan rekod tanpa kalah Kelantan daripada dileburkan Kedah dalam persaingan bola sepak Liga Super musim ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Rembatan voli penyerang negara itu pada minit ke-79, turut mengekalkan Wira Merah sebagai peneraju liga selepas melalui lima perlawanan, sekali gus memadam gol pendahuluan menerusi tolakan jarak dekat Azlan Ismail pada minit ke-57.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton itu, Kelantan terlebih dahulu mengancam kubu Kedah apabila percubaan S. Chanturu dari luar kotak penalti pada minit ke-7 menggegarkan palang gol.

Pada separuh masa kedua, Kedah yang membariskan kesebelasan terbaiknya semakin bernafsu memburu gol termasuk menerusi sepakan kaki kiri Azlan pada minit ke-53 yang berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Azlan ternyata menjadi duri dalam daging bagi pasukan pelawat apabila cekap menyambar peluang yang terhidang di hadapan gawang lawan dengan menyumbat gol pertama tuan rumah empat minit selepas itu hasil umpanan sebelah kiri daripada Baddrol Bakhtiar.

Sang Kenari nyaris menggandakan jaringan gol pada minit ke-66, namun sepakan Azmi Muslim ditepis keluar Khairul Fahmi.

Sementara itu, Terengganu pula melonjak ke tangga ketiga liga selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 hasil jaringan Hadi Yahya dan Ashari Samsudin di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Si Penyu terikat lapan mata dengan Perak yang bagaimanapun mempunyai kelebihan perbezaan gol, tiga berbalas dua yang hanya akan bertandang ke Kuantan untuk menentang Pahang, hari ini.

Kedua-dua gol Terengganu pada minit ke-38 dan 52 itu turut merapatkan jurangnya dengan jaringan tunggal Kuala Lumpur oleh Yong Kwong Yong pada minit ke-83 dengan pelawat turut kehilangan Ahmad Jihad Ismail yang dibuang padang.

Sementara itu, Sarawak kian merapati teraju Liga Perdana yang kini dikuasai PKNS sebanyak dua mata dengan membelasah Pos Malaysia 5-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan