Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Belum cukup mantap

Posted: 24 Feb 2011 12:04 PM PST

AKSI dipamer skuad Olimpik negara ketika menundukkan Pakistan, 2-0, kelmarin jika diulangi sebenarnya boleh mengundang padah ketika laluan mereka masih jauh untuk menggapai satu slot beraksi di Sukan Olimpik London 2012.

Memang terbukti skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee tampil lebih hebat berbanding lawannya itu dan dijangka tidak berdepan masalah melepasi perlawanan kedua apabila bertandang di Lahore, 9 Mac ini.


Tapi adakah dengan persembahan sebegitu cukup untuk menjamin mereka melepasi dua lagi pusingan kelayakan yang bakal menghadirkan cabaran lebih getir di mana 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi akan bersaing bersama 11 pemenang pusingan pertama.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang menonton perlawanan Malaysia dengan Pakistan berpendapat, pemain muda negara perlu memperbaiki prestasi jika berhajat untuk mara lebih jauh.


"Memang ada peningkatan tapi untuk melayakkan diri ke Olimpik bukan mudah kerana lawan selepas ini lebih kuat. Apa yang saya lihat semalam bahagian serangan kurang mantap dan juga kawalan bola perlu diperbaiki.


"Kita tidak boleh bohong diri sendiri, pasukan ini baru membangun, memang kita mempunyai pemain bagus tapi sebenarnya tahap kita masih jauh. Kita mungkin tidak ada masalah untuk menewaskan Pakistan tapi perlu beraksi lebih baik apabila bertemu pasukan lebih kuat selepas ini," katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Teguran ikhlas Khalid, 54, itu wajar diambil kira memandangkan skuad negara banyak mensia-siakan peluang menambah jaringan di babak kedua selepas mendahului lawan yang beraksi dengan 10 pemain, 2-0 pada separuh masa pertama.


Beliau yang menganggotai skuad negara yang layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 bagaimanapun tidak menafikan ada beberapa aspek positif dipamerkan dalam perlawanan itu.

"Mereka beraksi dalam satu pasukan dan berani menggelecek ketika melancarkan serangan. Mereka juga boleh mengekalkan tempo yang sama hingga tamat perlawanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Tariq akur peluang tipis

Posted: 24 Feb 2011 12:03 PM PST

SELEPAS melihat anak buahnya bertungkus lumus menyelamatkan diri daripada dibelasah teruk skuad Olimpik negara kelmarin, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi sedar peluang mereka menang perlawanan kedua di laman sendiri agak samar meskipun hanya ketinggalan dua gol.

Tariq yang baru membimbing pasukan muda Pakistan tidak sampai sebulan berkata, beliau tidak memiliki senjata rahsia untuk mencipta kebangkitan sebaliknya akan hanya mengharapkan barisan pemain yang sama.

"Rata-rata inilah pemain saya ada, saya tidak ada pemain lain lagi di Pakistan. Saya harap kami akan memberi persembahan terbaik apabila bermain di tempat sendiri.

"Malaysia bagus dan mereka mempunyai kelebihan dua gol. Sudah pasti ia satu cabaran besar buat kami," katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Shah Alam tamat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan