Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Dilema Kim Swee

Posted: 25 Feb 2011 12:31 PM PST

Sukan

Ong Kim Swee

Ong Kim Swee

Pengendali Harimau Muda A pening jadual padat, misi kelayakan Olimpik

JADUAL padat dalam tempoh dua minggu sebelum perlawanan kedua pra-kelayakan Olimpik bertemu Pakistan di Lahore, 9 Mac ini membuatkan pengendali Ong Kim Swee pening untuk mencorak strategi terbaik pasukan kendaliannya.

Selepas menundukkan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam Rabu lalu, Harimau Muda A kembali ke stadium sama melayan kunjungan FELDA United dalam saingan Liga Super malam ini, diikuti perlawanan menentang Perak di Ipoh, tiga hari kemudian. Sehari selepas skuad Olimpik kebangsaan dikumpul pada 2 Mac ini, perlawanan pusingan kedua Piala FA pula menanti sebelum berangkat ke Lahore untuk menentukan kemaraan ke pusingan kelayakan seterusnya.

"Memang pening memikirkan untuk memilih pemain mana akan diturunkan untuk tiga perlawanan itu nanti," kata Kim Swee selepas sesi latihan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.

"Saya perlu fikir banyak faktor untuk memastikan keseimbangan dalam misi ke Olimpik serta menghadapi liga tempatan tetapi ini bukanlah masalah besar kerana kami mempunyai ramai pemain yang boleh digilirkan.

"Yang penting, saya perlu mencari keseimbangan terbaik dalam pasukan dan berharap pada masa sama dapat menghasilkan keputusan terbaik dalam saingan liga tempatan dan antarabangsa," katanya yang tidak menafikan mungkin terpaksa mengorbankan saingan liga tempatan kerana misi untuk negara perlu diutamakan, atau berdepan risiko kecederaan pemain.
"Saya tidak mahu kem latihan pusat menjelang perlawanan penting menjadi seperti pusat pemulihan. Pemain skuad Harimau Muda A tidak menjadi masalah kerana dalam kawalan saya, yang dirisaukan ialah pemain kebangsaan dari pasukan negeri.

"Saya harap mereka dapat mengelak kecede-raan serius dan meletakkan kepentingan negara sebagai agenda utama," katanya merujuk kepada Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Ali dan Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Detik penentuan Man Utd - Vidic

Posted: 25 Feb 2011 12:26 PM PST

Sukan

Alex Ferguson (kiri) dan Nemanja Vidic.

Alex Ferguson (kiri) dan Nemanja Vidic.

LONDON: Dengan Arsenal bersiap sedia untuk menentang Birmingham di final Piala Liga da Chelsea tidak turun ke gelanggang hujung minggu ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester United mahu meningkatkan tekanan psikologi terhadap pencabarnya.

Jika menang ke atas Wigan malam ini, barisan Alex Ferguson akan memiliki kelebihan selesa 15 mata mengatasi Chelsea menjelang pertemuan penting di Stamford Bridge, Selasa depan.

Begitupun, skuad Ferguson sendiri dalam situasi kurang meyakinkan selepas hanya menang tipis 1-0 ke atas Crawley Town dalam saingan Piala FA, diikuti keputusan seri 0-0 ketika menentang Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu lalu. Ferguson pastinya tidak mahu mengambil mudah mengenai kedudukan kelabnya di persada carta tatkala mereka bersiap untuk menentang Wigan yang sedang bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran.

Malah kapten United, Nemanja Vidic yakin, kelab itu sedang memasuki apa yang boleh disifatkan sebagai detik penentuan terhadap kempen mereka musim ini, dengan pertembungan menentang Chelsea, Selasa ini, diikuti Liverpool dan Arsenal pada minggu berikutnya.

Vidic menegaskan kelab itu berpegang kepada pendekatan lama iaitu menumpukan perhatian terhadap satu demi satu perlawanan - bermula dengan Wigan.

"Kami mempunyai perlawanan penting lain untuk diharungi bermula dengan Wigan. Kami perlu meraih tiga mata dan saya yakin kami mampu mela-kukannya," kata Vidic dalam laman web kelab itu. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen