Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wenger mahu buktikan

Posted:

Wenger mahu buktikan

Wenger mahu buktikan



LONDON - Arsene Wenger mengakui Arsenal sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham di Stadium Wembley malam ini.

Pengurus Arsenal berkata, dia yakin skuad The Gunners akan menjadikan perlawanan itu sebagai bukti yang mereka sudah bersedia sepenuhnya untuk mencipta lebih banyak kejayaan musim ini.

Ketika Patrick Vieira menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Manchester United pada final 2005, para peminat Arsenal tidak pernah membayangkan bahawa itu adalah kejayaan terakhir pasukan itu.

Sejak itu, Arsenal terus kemarau gelaran dan final Piala Liga malam ini dianggap sebagai peluang terbaik mereka untuk menambah koleksi trofi itu.

Meskipun dikritik hebat, Wenger tetap mempertahankan pendiriannya untuk tidak berbelanja besar bagi membeli pemain-pemain berstatus bintang.

Sebaliknya penggendali kelahiran Perancis itu kekal dengan polisi untuk menggunakan sepenuhnya barisan pemain muda berbakat yang berjaya dilahirkannya.

"Apa yang penting, bukan apa yang telah berlaku sepanjang lima tahun lalu tetapi apa yang kami boleh lakukan selepas ini," kata Wenger.

"Kejayaan di Wembley akan memberikan kami keyakinan untuk memenangi beberapa lagi trofi musim ini.

"Kami memiliki ramai pemain muda berbakat, tahap keyakinan yang tinggi dan berkeazaman untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan."

Pada aksi di Stadium Wembley malam ini, Wenger tetap menaruh keyakinan kepada barisan pemain muda seperti Jack Wilshere, Wojciech Szczesny, Gael Clichy, Alex Song dan Johan Djourou.


VIEIRA (kiri) menjulang trofi terakhir yang dimenangi Arsenal selepas menewaskan Manchester United pada final Piala FA 2005 lalu.


Meskipun trofi Piala Liga bukan keutamaan Wenger, kemenangan ke atas Birmingham sangat penting kerana ia dianggap sebagai satu permulaan yang baik bagi para pemain muda pasukan itu untuk meraih kejayaan yang lebih besar seperti gelaran Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Setakat ini, hanya tiga pemain iaitu kapten, Cesc Fabregas, Robin van Persie dan Manuel Almunia masih kekal dalam skuad itu ketika memenangi trofi Piala FA pada tahun 2005.

Kini, Wenger yakin generasi terbaru Arsenal memiliki keinginan yang tinggi untuk melakar kejayaan, sekali gus mencipta sejarah baru bersama kelab London itu.

- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

T-Team catat kemenangan pertama

Posted:

T-Team catat kemenangan pertama

T-Team catat kemenangan pertama

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


KHAIRUL IZWAN (kiri) tersungkur selepas dibentes pemain Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.


PENANTIAN pasukan berstatus kelab, T-Team untuk mencatat kemenangan pertama pada kempen Liga Super musim ini akhirnya tercapai.

Semalam, pasukan kendalian Yunus Alif itu bijak menampilkan permainan kelas tersendiri untuk membelasah Perlis 3-0.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Khairul Izwan Khalid meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ketiga.

Khairul yang tidak dikawal bijak menolak bola masuk ke gawang Perlis selepas berlaku perebutan dalam kawasan kotak penalti.

Tujuh minit kemudian, gawang pelawat yang dikemudi Hairol Fazreen bolos lagi, kali ini menerusi rembatan Badrul Hisani Abd Rahman.

Pada minit ke-13, Perlis dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose, namun sepakan yang diambil Faiz Subri sekadar terkena tiang gol.

Bersambung babak kedua, T-Team kembali melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, Khairul Izwan berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-59.

Gol peribadi kedua Khairul itu hadir menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma Rosdi Talib.

T-Team berpeluang menambah gol keempat pada minit ke-89, namun percubaan Norfarhan Mohammad dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang gol.

Bagaimanapun, kemenangan sulung yang dicatat pada aksi semalam membolehkan T-Team mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.

Sementara itu, juara bertahan, Selangor terus merasai kehilangan bekas penyerang mereka, Safee Sali apabila gagal mencatat kemenangan ketiga apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula, tuan rumah Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Sabah 1-0.

Perak pula terus mengekori pendahulu liga, Kelantan apabila mengejutkan tuan rumah, Pahang 0-2 di Stadium Darul Makmur semalam.

Di Stadium Shah Alam pula menyaksikan Harimau Muda A turut diikat 1-1 oleh Felda United.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelantan baiki jentera penggempur

Posted:

Kelantan baiki jentera penggempur

Kelantan baiki jentera penggempur

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


PEMAIN Kedah, V. Thirumurugan (tengah) berjaya melepasi kawalan pemain Kelantan M. Syakir Shaari pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman kelmarin.


KELANTAN gagal menghapuskan 'badi' Stadium Darulaman apabila sekali lagi dipaksa berkongsi satu mata dengan pasukan tuan rumah, Kedah pada aksi Liga Super malam kelmarin.

Turun dengan misi membawa pulang mata penuh, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh bekas pemain The Red Warriors, Azlan Ismail hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Begitupun, Norshahrul Idlan Talaha menjadi penyelamat apabila meledakkan gol penyamaan pada lewat permainan.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan terkilan dengan keputusan itu.

Ini kerana, Kelantan dilihat kerap mengancam kubu Kedah tetapi gagal menghasilkan jaringan biarpun mereka sepatutnya berhak membawa pulang mata penuh.

Tanpa berselindung, beliau mengakui kurang naluri untuk menjaringkan gol menyebabkan para pemain mempersia-siakan beberapa peluang terbaik termasuk tiga menerusi ketua pasukan, Badri Radzi.

"Kita sudah menjangkakan satu perlawanan sengit akan berlangsung malam tadi (kelmarin) tetapi tidak menyangka kita mempunyai banyak peluang terbaik tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang kurang baik.

"Separuh masa pertama kita menguasai permainan dan gol yang dihasilkan Kedah pada awal babak kedua jelas sedikit melunturkan semangat pemain tapi kita bertuah kerana berjaya mengikat kedudukan pada penghujung perlawanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beberapa kelemahan sudah dikenal pasti termasuk ketumpulan jentera serangan serta di bahagian tengah yang kurang 'bekerja' dalam merencanakan permainan sehingga menyebabkan Kelantan hampir berputih mata.

Jelasnya, sikap terlalu menghormati pasukan lawan terutama pasukan Kedah yang memiliki enam pemain kebangsaan boleh memakan diri biarpun jelas Kedah dilihat begitu tertekan sehingga berjaya memperoleh gol pembukaan.

"Sepatutnya kita memenangi perlawanan itu dan tiga mata semalam cukup penting sebagai 'turning point' untuk kita mengungguli persada liga serta menjarakkan kedudukan dengan pasukan-pasukan lain.

"Sebab itu, saya selalu pesan kepada pemain supaya jangan mengambil mudah setiap perlawanan kerana pasukan yang menentang kita akan memberikan komitmen yang paling tinggi dan mahu menewaskan kita," ujarnya.

Katanya, tempoh dua hari sebelum turun melayan kunjungan Negeri Sembilan di Kota Bharu pada Selasa ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan lagi jentera penggempur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan