Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


'Tolong fikirkan semula'

Posted: 14 Feb 2011 09:43 AM PST

"TOLONGLAH Datuk. Demi sepak takraw Malaysia, janganlah letak jawatan."

Itulah kesimpulan yang dibuat ketika menghubungi sebahagian individu terbabit secara langsung dan sebaliknya dalam arena sepak takraw negara berhubung peletakan jawatan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, dua hari lalu.

"Saya tidak nampak sesiapa selain beliau yang boleh memegang jawatan itu sekarang. Seperti diketahui umum, PSM berdepan masalah kewangan yang meruncing dan kalau bukan beliau, tidak ada pemimpin lain di peringkat negeri yang mampu memikul tugas selaku orang nombor satu ketika ini.

"Justeru, saya sangat berharap beliau memikirkan semula keputusan itu. Saya pernah bertanya kepada beberapa individu lain tetapi semuanya mengaku tidak sanggup memikul tanggungjawab selaku Presiden PSM," kata Ahli Majlis PSM, Azmi Shaari.


Selaku 'orang lama' dan antara pengasas badan induk kebangsaan itu, pendapat Azmi yang kini berusia 79 tahun tidak boleh diperlekehkan kerana selain pernah memegang pelbagai jawatan dalam PSM, beliau juga mempunyai pengalaman bekerja di bawah beberapa presiden sebelum Ahmad.


"Saya yakin, kalau beliau bertegas mahu meletakkan jawatan, kerusi itu pasti kosong buat selama-lamanya dan kalaupun ada orang yang berani menerima cabaran itu, mereka perlu mempunyai kedudukan kewangan yang sangat kukuh. PSM mempunyai banyak hutang dan hanya Ahmad saja mampu mengendalikannya," kata Azmi.

Dua hari lalu, Ahmad yang digelar 'Panglima Harimau Berantai' PSM kerana keberaniannya mempertahankan pemain serta seluruh warga sepak takraw itu mengambil keputusan meletak jawatan sebagai mengotakan janji yang dibuat sebelum Sukan Asia Guangzhou. Pengumuman itu sekali gus menghadirkan masalah yang semakin parah kerana semua pihak sedar Ahmad banyak berhabis untuk sepak takraw negara.

Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Sahak Yassin berkongsi pandangan serupa dengan Azmi dan beliau berkata, Ahmad adalah seorang pemimpin yang rapat dengan pemain serta pegawai sepak takraw dan justeru, beliau tidak menolak kemungkinan kehilangan Ahmad akan membuatkan sukan itu semakin suram.

"Saya pernah melalui zaman pemerintahan tiga presiden sebelum ini dan percaya Ahmad adalah yang terbaik antara semuanya. Di mana kita mahu cari seorang pemimpin yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri pada setiap masa demi memastikan sesuatu itu dapat diselesaikan dengan kadar segera.

"Kalau wang yang sepatutnya dikeluarkan Majlis Sukan Negara (MSN) terlewat, beliau tidak teragak-agak mengeluarkan duit poketnya sendiri. Beliau juga rapat dengan pemain dan disebabkan itu, saya tidak bersetuju kalau beliau mahu meletak jawatan," kata Sahak.

Bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Mohd Sahar Omar pula mengakui Ahmad seorang pemimpin 'berjiwa rakyat' dan beliau selalu turun padang untuk melihat perkembangan dan kemajuan setiap pemain selain berusaha menyelesaikan masalah dihadapi anak buahnya.

"Susah untuk kita lihat pemimpin kerap turun padang dan berusaha merapatkan dirinya dengan pemain. Oleh itu, saya merayu beliau menarik balik peletakan jawatannya. Sepak takraw masih memerlukan bimbingan dan sokongan beliau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Zolkples terkejut

Posted: 14 Feb 2011 09:42 AM PST

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong terkejut dengan keputusan Datuk Ahmad Ismail melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw (PSM), dua hari lalu seperti yang dilapor Arena Metro, semalam.

Jelas Zolkples, beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan Ahmad meletakkan jawatan meskipun mereka bertemu dalam Bengkel Percambahan Minda di MSN di mana beliau sendiri menutup seminar itu, Sabtu lalu.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa perkara itu ketika pertemuan kami pagi itu. Apapun kita serah kepada beliau untuk keputusan terakhir.

"Jika itu keputusannya, kita terpaksa hormati," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru persatuan itu.


Menurut Zolkples, Ahmad mungkin mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian memandangkan sebelum ini pernah berjanji melepaskan jawatannya andai gagal memenangi pingat emas di Sukan Asia Guangzhou, November lalu.


Begitupun, menurut Zolkples, baik beliau mahupun MSN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pengganti Ahmad sekiranya peneraju persatuan itu benar-benar mahu mengundur diri kerana yang penting adalah kemajuan sukan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan