Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor tetap garang

Posted:

Selangor tetap garang

Selangor tetap garang

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


AMRI (kanan) diasak pemain Terengganu, Hasmizan Kamarodin pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.


JUARA bertahan, Selangor yang turun pertama kali tanpa Safee Sali tetap garang apabila berjaya menewaskan Terengganu 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Hasrat jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim untuk menambah derita Selangor selepas pemergian Safee ke Pelita Jaya tidak kesampaian malah ia telah memakan diri.

Selangor mendahului selesa 3-0 menerusi jaringan voli Fadzli Saari pada minit ke-17, Amri Yahyah (47) dan Azidan Sarudin (57).

Namun kelekaan anak-anak buah K. Devan itu menyaksikan Terengganu berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Ashari Samsudin pada minit ke-70 dan jaringan Abdul Hadi Yahaya (87).

Dengan kemenangan itu, Selangor melonjak ke tangga keempat dengan tujuh mata.

Sementara itu, Kelantan terus kekal di tangga teratas dengan mengumpul 10 mata setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Gol-gol skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dijaringkan Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-47 dan Norshahrul Idlan Talaha (87).

Perak kekal di tangga kedua dengan lapan mata setelah mengikat Kedah 0-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pula, hasrat skuad Perlis bimbingan Mostakeen Omar mencatat kemenangan sulung musim ini tidak kesampaian setelah sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda A.

Skuad Olimpik negara itu turun tanpa tiga tonggak utama iaitu penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail dan S. Sivanesan yang direhatkan bagi mengelak kecederaan menjelang aksi bertemu Pakistan Rabu depan.

Perlis memperolehi gol pertama pada minit ke-74 menerusi rembatan jarak jauh Faiz Subri yang menewaskan Zamir Selamat.

Namun Perlis terpaksa beraksi sembilan pemain setelah Sany Mat Isa dan Munawwar Shavukath Ali masing-masing diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-78 dan 88.

Kesempatan itu digunakan anak-anak buah Ong Kim Swee untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 menerusi Gary Steven Robbat.

Dengan keputusan seri itu, Harimau Muda A kekal di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Felda United pula melonjak ke tangga kelima selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0 hasil jaringan Abdul Ghani Abdul Rahman pada minit ke-89 di Paroi.

Dua lagi perlawanan menyaksikan Sabah tewas 0-1 kepada Johor FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Pahang menewaskan T-Team 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kebangkitan lewat Harimau Muda B

Posted:

Kebangkitan lewat Harimau Muda B

Kebangkitan lewat Harimau Muda B


FARIZZUAN (kanan) meledakkan gol kedua Harimau Muda B ketika menang 2-1 ke atas Pos Malaysia pada aksi Liga Premier di Stadium Selayang petang semalam.


SKUAD bawah 19 tahun kebangsaan, Harimau Muda B bangkit daripada ketinggalan sebelum berjaya menewaskan Pos Malaysia 2-1 pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Selayang petang semalam.

Jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim berkata, corak permainan lebih agresif yang dipamerkan mereka pada babak kedua berjaya memastikan kemenangan tersebut.

"Kami bermula agak perlahan pada perlawanan separuh masa pertama disebabkan cuaca panas. Pemain menyimpan bola terlalu lama dan gagal melancarkan serangan.

"Di bilik persalinan, saya minta para pemain ubah corak permainan pada babak kedua dengan melakukan lebih gerakan kerana kami perlu gunakan kelebihan tenaga muda.

"Hasil usaha mereka, kami berjaya juga memperolehi dua gol pada 10 minit terakhir. Mungkin pasukan lawan sudah keletihan pada penghujung perlawanan," kata Ismail kepada Kosmo! selepas perlawanan.

Pos Malaysia yang dibimbing Mat Zan Mat Aris mendahului pada penghujung babak pertama menerusi G. Puaneswaran sebelum Harimau Muda B meledak dua gol pada lewat permainan menerusi D. Saarvindran dan Farizzuan Azhar.

Skuad Harimau Muda B kini menduduki tangga kelima dengan tujuh mata setelah menewaskan SDM Navy 2-1 pada aksi pertama dan seri 3-3 dengan Sarawak di Kuching pada Jumaat lalu.

Sementara itu, PKNS FC bimbingan Abdul Rahman Ibrahim unggul di tangga teratas Liga Premier dengan sembilan mata maksimum.

Malam kelmarin, PKNS FC berjaya menewaskan PDRM 1-0 hasil jaringan tunggal Zamri Hassan setelah mereka turut menang dua perlawanan terdahulu ke atas Sime Darby (1-0) dan MP Muar (2-0).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee mula menjalanilatihan pagi esok

Posted:

Safee mula menjalani<br />latihan pagi esok

Safee mula menjalani
latihan pagi esok

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SAFEE (kanan) tidak sabar untuk memulakan latihan dan bertemu rakan-rakan dalam pasukan barunya, Pelita Jaya.


PENYERANG kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali akan mula menjalani latihan bersama pasukan barunya, Pelita Jaya pada pagi esok.

Sehari selepas itu, Safee, 27, bersama pemain-pemain Pelita Jaya yang lain akan berangkat ke Puncak, Bandung untuk menjalani kem latihan pusat sempena rehat pusingan pertama Liga Super Indonesia (ISL).

"Tak sabar nak mulakan latihan dan bertemu rakan-rakan dalam pasukan baru.

"Perlawanan pertama saya ialah pada 7 Mac depan menentang Persib Bandung di Stadium Singaperbangsa, Karawang," kata Safee menerusi laman Facebook rasminya, 'SafeeSali_10 Official' semalam.

Laman Facebook tersebut diuruskan sendiri Safee dan pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim untuk para peminat mengetahui perkembangan terkini perjalanan karier bekas pemain Selangor itu di Indonesia.

Menurut Safee lagi, dia akan melakukan kunjungan hormat ke Kedutaan Malaysia di Indonesia untuk bertemu dutanya, Datuk Syed Munshe Adzaruddin Syed Hassan pada pagi ini.

"Insya Allah, selain kejayaan karier peribadi, penglibatan saya di saingan ISL ini diharap dapat merapatkan semula hubungan Malaysia dan Indonesia yang agak keruh kebelakangan ini," ujar Safee.

Safee yang merupakan pemain Malaysia pertama beraksi di ISL bersama bapanya, Mohd. Sali Mian, ibunya, Maripah Hussain, isterinya, Sabarina Yusof, dua anaknya, Nur Syaza Syaqina dan Nur Syasya Sofirna serta Zakaria tiba di Jakarta kelmarin.

Sejurus tiba, Safee terus diperkenalkan sebagai pemain baru Pelita Jaya di sebuah hotel terkemuka di Jakarta Selatan pada satu majlis sidang media khas.

Cuti Maulidur Rasul semalam pula digunakan sepenuhnya Safee dan keluarga untuk beristirehat dan berkunjung ke Bandung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan