Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United makin membara

Posted:

United makin membara

United makin membara


NANI (kiri) dan Rooney menjadi sandaran terbaik United bagi menggempur gawang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineuxawal pagi esok.


MANCHESTER - Pemain sayap Portugal, Nani bertekad untuk terus membantu Manchester United mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Rentak konsisten skuad The Red Devils dalam saingan liga musim ini memang sudah tidak boleh di- persoalkan lagi selepas mereka berjaya mencatatkan 15 kemenangan dan sembilan seri.

United dijangka meneruskan rentak kecemerlangan tersebut apabila berkunjung ke Stadium Molineux untuk turun menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi esok.

Jika turut berjaya mencatatkan kemenangan pada aksi tersebut, ini bermakna skuad kendalian Alex Ferguson itu bakal menyamai rekod yang pernah dicipta ke- lab tersebut apabila menang 30 perlawanan berturut-turut.

Namun, bukan itu yang menjadi fokus utama Nani ketika ini.

Sebaliknya, dia mahu membantu United menyamai rekod yang dicipta Arsenal apabila menjulang trofi kejuaraan liga dengan mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada kempen 2003/2004.

"Kami berharap dapat mengakhiri saingan musim ini dengan re- kod tanpa kalah.

"Ketika ini, saya sangat yakin dengan kemampuan pasukan. Kami tidak mahu tewas dan akan bekerja keras untuk mengekalkan rekod tanpa kalah kami itu.

"Saya tidak pasti sejauh mana kami mampu melangkah selepas ini tetapi apa yang kami harapkan adalah berjaya menjadi juara liga disamping mengekalkan rekod tanpa kalah kami.

"Bergelar juara liga bagi saingan musim ini adalah keutamaan kami. Itu yang paling penting," kata Nani.

Sementara itu, Nani turut percaya rakan sepasukannya, Wayne Rooney telah kembali menemui sentuhan penyudahnya semula selepas meledak dua gol ketika United menewaskan Aston Villa 3-1, Rabu lalu.

"Saya merasakan yang Rooney akan kembali menjadi senjata utama United selepas ini.

"Dia mungkin tidak banyak menjaringkan gol dalam saingan musim ini tetapi dia telah bekerja keras dalam setiap perlawanan yang kami hadapi.

"Dia telah kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya ketika perlawanan menentang Villa dan selepas ini dia pasti akan terus le- bih menyerlah," jelas Nani.

Musim lalu menyaksikan Rooney yang juga penyerang antara- bangsa England muncul penjaring terbanyak The Red Devils selepas dia merekodkan 34 gol. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang Arsenal himpit United

Posted:

Peluang Arsenal himpit United

Peluang Arsenal himpit United


VAN PERSIE menjadi senjata utama Arsenal bagi aksi menentang Newcastle United di St. James Park malam ini.


LONDON - Arsenal berpeluang mengekori rapat pendahulu Liga Perdana England, Manchester United jika mencatatkan kemenangan ke atas Newcastle United malam ini.

Andai menang pada aksi di St. James Park itu, ia bermakna Arsenal akan merapatkan jurang mata dengan United.

Bagaimanapun, ia hanya akan menjadi kenyataan jika skuad The Red Devils tewas ataupun seri ketika menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux awal pagi esok.

Namun penyerang Arsenal, Robin van Persie yakin rekod tanpa kalah yang dilakar United dalam saingan liga musim ini bakal berakhir.

Setakat ini, United masih belum pernah tewas apabila mencatatkan 15 kemenangan dan sembilan kali seri.

Ia sekali gus membolehkan mereka unggul selaku pendahulu liga dengan mengumpul 54 mata, lima mata meninggalkan Arse- nal di tangga kedua.

"Saya yakin United akan kehilangan mata apabila mereka turun menentang Wolverhampton nanti.

"Selain itu, United juga bakal mengha- dapi perlawanan-perlawanan besar selepas ini apabila dijadual menentang Manchester City dan juga Chelsea.

"Begitupun, apa yang lebih penting buat kami adalah fokus terhadap perlawanan yang bakal kami hadapi. Perlawanan menentang Newcastle bukanlah mudah buat kami sebenarnya," jelas van Persie.

Sementara itu, Newcastle pula dilihat tidak berada pada prestasi terbaik mereka menjelang pertemuan dengan Arsenal.

Ia ekoran kekalahan 0-1 di tangan Fulham, Rabu lalu selain mereka kini kehilangan penyerang sensasi, Andy Carroll yang telah berhijrah ke Liver- pool.

Memburukkan lagi keadaan, seorang lagi penyerang Newcastle, Shola Ameobi terpaksa diketepikan untuk tempoh enam minggu ekoran patah tulang pipi. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Torres tekad gempur Liverpool

Posted:

Torres tekad gempur Liverpool

Torres tekad gempur Liverpool

MANCHESTER - Bintang baru Chelsea, Fernando Torres sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya bersama The Blues.

Jika tidak menghadapi sebarang masalah, penyerang antarabangsa Sepanyol itu dijangka diturunkan dalam kesebela- san utama Chelsea pada pertemuan menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge, malam esok.

Pertembungan antara Chelsea dengan Liverpool itu sudah pasti dianggap perla- wanan istimewa buat Torres yang mana dia bakal berdepan dengan bekas kelab- nya.

Torres dibawa masuk ke Stamford Bridge dari Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta (RM245.5 juta) pada hari terakhir musim perpindahan pemain, Isnin lalu.

"Ia seperti sudah ditakdirkan apabila saya akan turun berdepan bekas kelab saya sendiri.

"Sekiranya saya diberi peluang untuk diturunkan, saya akan memberikan persembahan terbaik saya bersama Chelsea dan diharapkan saya mampu menjaringkan gol juga," jelas Torres.

Sebagai rekod, Torres telah meledak lapan gol buat Liverpool ketika berdepan Chelsea termasuklah ketika The Reds mencatatkan kemenangan 2-0 pada November tahun lalu.

"Apabila saya beraksi menentang Chelsea sebelum ini, saya sentiasa bersema- ngat kerana ia merupakan perlawanan yang cukup istimewa. Ia merupakan perlawanan besar dalam setiap musim.

"Itu jugalah sebab utama mengapa saya berhijrah ke Chelsea kerana saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan itu.

"Sekiranya penyokong-penyokong Chelsea gembira apabila saya sudah tidak menjaringkan lagi gol setiap kali menen- tang mereka, ia merupakan perkara yang baik," kata Torres.

Bagaimanapun, individu yang bakal berdepan masalah sekiranya mahu menurunkan Torres pada pertemuan dengan Liverpool itu sudah pasti pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti.

Ini kerana, bekas jurulatih AC Milan itu perlu membuat pilihan sama ada mahu mengetepikan Didier Drogba, Nicholas Anelka ataupun Salomon Kalou kerana prestasi ketiga-tiga pemain tersebut dilihat sangat konsisten sebelum ini.

- Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan