Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Permulaan impian

Posted: 05 Mar 2011 05:16 PM PST

Sukan

PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) bersaing dengan pemain Srivijaya FC, Claudiano Dos Santos pada perlawanan Liga Super Indonesia di Stadium Singa Perbangsa, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (kiri) bersaing dengan pemain Srivijaya FC, Claudiano Dos Santos pada perlawanan Liga Super Indonesia di Stadium Singa Perbangsa, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

"GOL ini hadiah untuk penyokong Pelita Jaya dan peminat di Malaysia yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini," kata Safee Sali, semalam.

Penyerang Pelita Jaya FC itu membuat permulaan sempurna - meledak gol tunggal kemenangan untuk Pelita Jaya FC menewaskan pasukan tangga keenam, Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang - sekali gus mencetus harapan baru buat kelab tangga tercorot Liga Super Indonesia itu.

Sentuhan itu turut mengangkat namanya sebagai idola baru terutama ribuan penyokong setia Pelita Jaya yang mengharapkan kehadirannya mampu menjulang semula kelab berkenaan dalam kedudukan liga, selepas membalas dendam kekalahan 1-2 kepada lawan itu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama di Gelora Jakabaring, Palembang. "Memang sasaran saya untuk menjaringkan gol hari ini (semalam), dan saya bersyukur dapat melunasnya. Saya harap permainan kami akan semakin meningkat selepas ini dan seterusnya memperbaiki kedudukan pasukan daripada tangga tercorot liga."

Selain Safee, kehadiran dua lagi pemain import dari Scotland dan Australia - Christopher Doig dan Troy Hearfield - turut mengubah corak Pelita Jaya yang dilatih Milodrag Radovic apabila menguasai hampir keseluruhan permainan, malah Safee memperoleh peluang seawal minit kedua tetapi tandukannya tersasar.

Gandingan Safee dan Ramirez di jentera serangan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan tetapi tiada hantaran tepat dilakukan kepada kedua-dua penyerang itu menyebabkan kedudukan kekal tanpa jaringan pada babak pertama.

Namun Pelita Jaya terus menguasai babak kedua dan selepas Ramirez juga melihat sepakan padunya ditepis penjaga gol lawan, gerakan baik dengan Safee menghasilkan gol apabila bekas penyerang Selangor itu meledak rembatan leret kemenangan pada minit ke-62.
Pelita Jaya akan bertemu seteru setempat yang menduduki tangga ke-11, Persib Bandung di gelanggang sama, 12 Mei ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ABD AZIZ BIN KAMARUZAN

paling bagus di lndonsia

okoi

buktikan anda yang terhebat..

red zuan far han

teruskan kecemerlangan anda safee...

mai

tahniah safee sali. buktikan anda penyerang berbisa. naikkan kelab baru anda itu ke atas carta liga..

john kujaun

tahniah safee..

zul eagle

safee ni sama mcm christiano ronaldo ja..letak mna pun pasti leh jaringkan gol...syabas safee

randy hy

tahniah safee, rakyat malaysia bangga dgn anda!

Noor Lizan Bin Ahmad

teruskan perjuangan mu dan harum kan nama Malaysia di Indonesia...

bagcik

teruskn usaha anda di sana... tahniah

Rizuan Bongsu

ayuh! ini merupakan permulaan yang cemerlang buat Safee Sali

Aku Bdin

teruskan...terus usaha be the best..!!

kabureto dank

tahniah safee sali!..55=SS=safee sali..itulah bakat yang anda ada..usaha,kegigihan dan sangup menghadapi cabaran..apa yang bole dibanggakan adalah permulaan yang sempurna dari anda untuk peminat anda di Malaysia..teruskan usaha anda..

Mohd Ali Mat

Tahniah Safee Sali.....harumkan nama mu di negara seberang dgn menjadi pemain terbilang dan dikenang sepanjang masa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bangkit segera - Ferguson

Posted: 05 Mar 2011 05:13 PM PST

Sukan

PAMERKAN karektor selaku juara dan bangkit apabila menentang Liverpool. Itu pesanan Sir Alex Ferguson menjelang pertemuan klasik Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Reds di Anfield hari ini selepas pendahulu liga menempuh beberapa hari buruk selepas tercicir mata ekoran kekalahan 2-1 kepada Chelsea serta pengurus itu yang menanti hukuman Persatuan Bola Sepak (FA) England atas tuduhan salah laku.

Ia bukan persiapan terbaik untuk menghadapi perlawanan terbesar musim ini untuk menghadapi lawan yang turut mengumpul jumlah kejuaraan rekod - 18 kali - dan United pastinya mahu mengambil langkah penting untuk mengatasi lawan.

United memulakan hujung minggu ini dengan kelebihan empat mata di depan pencabar terdekat Arsenal, walaupun pasukan Arsene Wenger dijangka mengurangkan defisit itu kepada satu mata andai dapat menewaskan Sunderland dalam awal. "Di kelab ini, anda perlu pulih segera," " kata Ferguson yang mahukan reaksi balas serta merta berikutan kekalahan di Chelsea yang menyaksikan mereka terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Nemanja Vidic dibuang padang pada minit terakhir.

"Keputusan itu mengecewakan tetapi kami perlu pulih untuk menentang Liverpool Ahad ini."

Pemain tengah Michael Carrick, yang menandatangani kontrak baru untuk tiga tahun lagi, menyokong pandangan pengurus itu.

"Kami perlu lupakannya dan teruskan usaha ke depan," kata Carrick. "Ini perlawanan besar dan kami akan bersedia untuknya. Kami tiada pilihan. Kami sudah biasa melakukannya dan kebiasaannya kami cukup bagus untuk melakukannya. Diharap kami akan bangkit semula." – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen