Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Bangkit melawan

Posted: 05 Mar 2011 10:43 AM PST

MANCHESTER: Alex Ferguson menyarankan kepada pemain Manchester United supaya mempamerkan karakter sebenar sebagai juara dan bangkit menentang Liverpool, malam ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengalami nasib malang minggu ini selepas mensia-siakan gol pendahuluan apabila kecundang 1-2 di tangan Chelsea sebelum Ferguson didakwa oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) Khamis lalu kerana salah laku berikutan komennya terhadap pengadil.


Ia bukannya satu persiapan yang dimahukan menjelang satu daripada perlawanan terbesar United musim ini ketika mereka berusaha untuk mengatasi Liverpool daripada segi jumlah kejuaraan domestik.

Ketika ini terikat dengan Liverpool bagi jumlah kejuaraan terbanyak dalam liga utama Inggeris - 18 kali - United pastinya mahu mengambil langkah pertama untuk mengatasi musuh tradisinya itu dengan mencatat kemenangan di Anfield, hari ini.


United memulakan minggu ini empat mata di depan pencabar terdekat Arsenal sekalipun pasukan kendalian Arsene Wenger itu boleh merapatkan kedudukan kepada hanya satu mata sekiranya mereka mengalahkan Sunderland, malam tadi.


"Di kelab ini, anda perlu bangkit," kata Ferguson, yang menuntut reaksi segera berikutan apa yang berlaku di Chelsea, apabila United berakhir dengan 10 pemain selepas Nemanja Vidic diperintah buang padang pada babak akhir.

"Keputusan itu mengecewakan kami tapi kami mesti bangkit bagi perlawanan Ahad ini menentang Liverpool." Pemain tengah, Michael Carrick, yang baru saja menyambung kontrak baru selama tiga tahun, bersependapat dengan pandangan pengurusnya itu.


"Kami perlu melupakannya dan bangkit," kata Carrick. "Ia satu perlawanan besar Ahad ini dan kami bersedia menghadapinya.

"Kami boleh bangkit dengan pantas. Kami perlu melakukannya. Kami biasa melakukannya sebelum ini. Harapnya kami boleh bangkit semula." Dengan Vidic digantung perlawanan dan Rio Ferdinand (betis) dan Jonny Evans (buku lali) kedua-duanya mengalami kecederaan, Ferguson perlu menangani krisis di benteng pertahanan.


Pengurus United itu mengesahkan Wes Brown akan bergandingan dengan Chris Smalling di pertahanan tengah manakala Patrice Evra gagal menamatkan perlawanan di Chelsea kerana masalah lutut.


"Saya tidak fikir ia terlalu serius, dan lagipun saya seorang pejuang," kata pertahanan kiri Perancis itu.


Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish mengalami kekalahan di tangan United pada perlawanan pertamanya mengambil alih kelab itu dua bulan lalu, sepakan penalti Ryan Giggs pada minit kedua menyingkirkan kelab Merseyside itu daripada Piala FA.


Sejak itu Dalglish berjaya menyuntik mentaliti kemenangan di Anfield sekalipun pasukannya berdepan perlawanan malam ini selepas kecundang 1-3 di West Ham United minggu lalu.


"Setiap perlawanan amat penting bagi kelab ini tapi Liverpool menentang Manchester United adalah satu perlawanan yang amat dinanti-nantikan," kata Dalglish, yang mungkin menyelitkan pemain yang dibeli dengan harga 35 juta (RM172 juta), Andy Carroll jika penyerang itu boleh membuktikan dia pulih daripada kecederaan paha yang melambatkan kemunculan sulungnya buat kelab itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Nafi dakwaan salah laku FA Inggeris

Posted: 05 Mar 2011 10:42 AM PST

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menafikan dakwaan salah laku Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) terhadapnya.

Sekalipun Ferguson mempunyai hingga petang Selasa ini untuk membalas terhadap dakwaan itu, yang dikenakan terhadapnya berikutan komennya mengenai pengadil, Martin Atkinson sebaik selepas kekalahan United di tangan Chelsea pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Selasa lalu, pengendali berusia 69 tahun itu sudah mengesahkan beliau akan mencabar dakwaan FA itu.


Satu pendengaran kes dijadualkan selewat-lewatnya pada 25 Mac ini.

Ferguson dilihat mempersoalkan kebolehan Atkinson apabila beliau berkata "dalam perlawanan seperti ini anda mahukan seorang pengadil yang adil" dalam temuramah selepas perlawanan bersama stesen televisyen dalaman kelab itu, MUTV.


Bos United itu kemudiannya menjelaskan beliau "menjangkakan sesuatu yang buruk" apabila beliau mendapati Atkinson akan mengadili perlawanan itu, selepas mengkritik keputusan pegawai dari Yorkshire itu pada perlawanan sama 12 bulan lalu, apabila Chelsea menang menerusi gol kontroversi John Terry.


Difahamkan, Ferguson akan menerima hukuman yang minimum sekiranya beliau mengaku bersalah terhadap dakwaan itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan