Berita Harian: Sukan |
Wan Jamak ucap selamat tinggal Posted: 17 Mar 2011 12:26 PM PDT Sukan Wan Jamak Wan Hassan SELEPAS tekanan pelbagai pihak terutama pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) susulan prestasi hambar skuad Liga Super, ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, menghantar surat peletakan jawatannya, semalam. Baginya tindakan itu adalah jalan terbaik kerana mengakui berasa bertanggungjawab di atas kemerosotan skuad Hoben Jang Hoben yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan Liga M setakat ini termasuk tersingkir dalam saingan Piala FA. "Saya menghantar surat memohon meletakkan jawatan pagi ini (semalam) kerana rasa bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukan dan akur dengan kehendak pengurusan walaupun saya akui, masih ada ruang untuk meningkatkan kembali prestasi kerana saingan Liga Super masih di peringkat awal."Demi kepentingan pasukan, adalah lebih baik saya berundur bagi memberi laluan kepada pengurusan mengambil tindakan dan memperbaiki keadaan," katanya semalam. Wan Jamak adalah jurulatih ketiga skuad Liga Super yang mengosongkan jawatan selepas Perlis menyingkirkan Mosthakeen Omar dan Kedah merehatkan Ahmad Yusoff tatkala saingan Liga-M baru berusia tidak sampai tiga bulan. Wan Jamak, bekas pengendali kebangsaan dari Johor itu yang merencana kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia 2009 dan Piala FA 2010, menyifatkan langkah yang diambilnya dapat memuaskan semua pihak demi memastikan prestasi Negeri Sembilan kembali di landasan terbaik apabila saingan liga bersambung 2 April ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mourinho mahu elak Chelsea, Inter Milan Posted: 17 Mar 2011 12:23 PM PDT Sukan PEMAIN Real Madrid Angel di Maria (kanan) meraikan golnya bersama rakan sepasukan. Real berjaya ke suku akhir apabila mengalahkan Lyon 3-0, di Santiago Bernebeu kelmarin. Pengendali Real Madrid yang menamatkan rentetan kegagalan enam tahun berturut-turut untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2004 selepas menundukkan Olympique Lyon 3-0 dan agregat 4-1 kelmarin, pernah menjulang kejuaraan bersama Porto pada 2004. Dia berpindah ke Chelsea dan kemudian ke Inter Milan, yang diterajuinya untuk memenangi tiga kejohanan iaitu liga dan piala Itali serta Liga Juara-Juara musim lalu. "Saya lebih suka dapat mengelak Chelsea dan Inter kerana secara emosinya, sukar bermain menentang orang yang anda kenali dan menjadi kawan," kata Mourinho."Jika terpaksa menentang mereka, kami akan bermain seperti biasa kerana kami semua adalah profesional, tetapi saya terpaksa lupakan hakikat mereka pernah saya kenali atau sebagai rakan. "Secara emosinya, saya perlu mempersiapkan diri dengan lebih baik jika menentang Inter atau Chelsea." Real juga mungkin diundi bertemu musuh ketat dalam Liga Sepanyol yang juga juara 2009, Barcelona.
"Kami tidak suka jika Raul bertandang ke tempat kami. Akan terlalu banyak suasana penuh emosi dan ia kurang baik." – Reuters
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan