Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Azizul mampu kalahkan Hoy

Posted:

Azizul mampu kalahkan Hoy

Azizul mampu kalahkan Hoy

KUALA LUMPUR - Antara individu yang rapat dengan pelumba trek sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang ialah ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley.

Hubungan mereka ibarat bapa dengan anak kerana masing-masing memahami antara satu sama lain.

Beasley kelahiran Australia, menyedari Azizulhasni berbakat besar sejak pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) bagi kategori remaja.

Bagaimanapun, jurulatih yang menjadi rebutan banyak negara itu melihat potensi sebenar pelumba yang digelar The Pocketrocketman sejak Azizulhasni menjalani latihan di bawah kendaliannya di Melbourne.

Setiap perlumbaan yang diadakan, Azizulhasni sentiasa mendahului rakan pelatih yang lain.

"Pada peringkat awal berlatih di Melbourne, Azizulhasni menghadapi sedikit masalah kewangan. Ia merupakan sebahagian daripada motivasi buatnya untuk terus berusaha, " kata Beasley yang dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook, baru-baru ini.

Apa yang istimewa pada pandangan Beasley mengenai Azizulhasni, ialah keazaman mencapai sesuatu, iaitu aspek yang tidak boleh diajar oleh mana-mana jurulatih.

Bagi Beasley, seseorang atlet perlu ada keazaman yang tinggi seterusnya menjadi seorang atlet yang berkualiti.

"Saya teruja dengan sikapnya di atas trek. Dia menghormati semua pelumba tetapi pada masa yang sama tidak takut kepada sesiapa sahaja, bagi saya ia sesuatu yang pelik.

"Dia mempunyai kekuatan yang luar biasa, dia mampu memecut laju sedangkan tubuh kecil.

"Bagi merealisasikan impian memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012 London, tidak ada bezanya dengan persiapan yang kami jalankan sebelum ini.

"Kami bermula sejak Sukan Komanwel New Delhi lagi, seterusnya Sukan Asia Guangzhou di mana dia memenangi pingat emas," ujar Beasley.

"Saya berharap bukan Azizulhasni sahaja yang akan berusaha keras dalam semua kejohanan, pelumba lain juga perlu memberikan aksi terbaik bagi membolehkan mereka mara ke Olimpik,'' katanya.

Ditanya sama ada Azizulhasni mampu mengumpul mata untuk ke Olimpik, Beasley merasakan pelumba berusia 23 tahun itu tidak perlu bekerja keras kerana sudah mengumpul mata yang banyak, cuma mata selepas ini adalah bonus.

Halangan di London nanti sudah tentu pelumba tuan rumah, Chris Hoy, namun Beasley mengakui mereka mempunyai senjata rahsia iaitu kepantasan dan taktik, persiapan yang mereka lakukan mampu untuk menidakkan kemampuan pelumba handalan lain termasuk Hoy.

"Rakyat Malaysia ialah anda semua tidak perlu bimbang kerana Azizulhasni akan berada pada tahap terbaik sepanjang kariernya ketika Sukan Olimpik 2012 London nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nicol, Azlan cemas ke separuh akhir

Posted:

Nicol, Azlan cemas ke separuh akhir

Nicol, Azlan cemas ke separuh akhir

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Nicol David (kiri) dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain tinggi lampai dari Australia, Kasey Brown pada saingan suku akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David dan Mohd. Azlan Iskandar mencemaskan peminat tempatan, apabila dipaksa bekerja keras sebelum melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur di Berjaya Times Square di sini, semalam.

Turun memburu kejuaraan ketujuh, jaguh No. 1 dunia, Nicol diheret dalam pertarungan empat set sebelum mengetepikan cabaran pemain tinggi lampai Australia yang juga pilihan keenam, Kasey Brown 11-5, 11-4, 6-11, 11-5 sekali gus melebarkan rekod pertemuan 5-0.

Kemenangan tersebut bakal menemukan Nicol dengan pilihan ketiga dari England, Alison Waters yang lebih awal mara selepas berhempas pulas menumpaskan jaguh Australia, Rachael Grinham 12-10, 12-10, 8-11, 5-11, 13-11. Nicol, 26, memiliki rekod yang mengkagumkan ke atas Waters, menang kesemua 16 pertemuan mereka sebelum ini.

Terdahulu, Azlan ketinggalan 1-6 kepada Aamir Atlas Khan dalam set pembukaan, sebelum mempamerkan kebangkitan hebat untuk menundukkan jaguh muda Pakistan itu 14-12, 11-6, 11-2, sekali gus menempah pertemuan getir dengan pilihan kedua, Mohamed El Shorbagy dari Mesir. El Shorbagy adalah pemain yang mengecewakan jaguh muda negara, Nafiizwan Adnan 11-9, 12-10, 11-7 dalam satu lagi suku akhir.

Azlan, yang mencari kejuaraan ketiga selepas menang pada 2003 dan 2006 kalah dalam dua pertemuan terakhirnya kepada Shorbagy.

Namun, pemain No. 10 dunia itu percaya, dia berada di prestasi terbaik dan bersedia untuk mengubah skrip apabila berdepan jaguh Mesir itu.

"Saya tidak berminat memikirkan tentang pertemuan terdahulu, saya akan memberi yang terbaik untuk mencari kemenangan. Kejayaan berada dalam kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama, selain muncul juara Bluenose Classic (di Kanada, bulan lalu) benar-benar menaikkan motivasi saya.

"Saya tidak kata saya sekarang berada pada kemuncak prestasi, namun saya akui berada dalam tempoh yang amat menggembirakan sepanjang karier saya ketika ini. Selepas 12 tahun terlibat dalam skuasy, saya rasa sudah masanya saya menikmati detik ini sepuas-puasnya dan mencari keputusan terbaik dalam hidup saya," kata Azlan sejurus tamat perlawanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan