Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misbun membisu seribu bahasa

Posted:

Misbun membisu seribu bahasa

Misbun membisu seribu bahasa

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Misbun memberi arahan kepada Chong Wei pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Januari lalu.


APA lagi yang tidak kena dengan Datuk Misbun Sidek?

Sikapnya yang seolah-olah sengaja mendiamkan diri berhubung isu peletakan jawatannya selaku jurulatih perseorangan badminton negara sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.

Jika dihitung, sudah lebih dua bulan isu berkenaan masih tiada kesudahannnya sejak Misbun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember tahun lalu.

Biarpun BAM telah meminta Misbun menimbangkan semula keputusan yang dibuatnya itu, namun jurulatih tersebut masih tetap membisu seribu bahasa.

Kelmarin Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berharap Misbun kembali ke pangkuan BAM.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! yang menjejaki Misbun di kediamannya di Taman Ukay Perdana, Kuala Lumpur semalam gagal mencari kata muktamad daripada bekas jaguh badminton negara itu.

Malah, Misbun enggan bersua muka dengan wartawan Kosmo! yang mahu mendapatkan penjela- san berhubung isu peletakan jawatannya itu.

Selepas sejam setengah menunggu di pekarangan kediamannya, seorang teman baik kepada Misbun yang enggan dikenali namanya menyatakan bahawa juru- latih tersebut tidak mahu ditemu bual.

Menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada teman baiknya itu, Misbun menyatakan: "Sorry (minta maaf) saya tidak mahu berjumpa."

Agaknya rajuk Misbun masih lagi belum reda dan disebabkan itu, beliau enggan memberikan sebarang kenyataan.

Namun, adakah sikap Misbun yang masih 'mengunci mulut' suatu tindakan yang tepat tatkala Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan yang tinggi untuk menyaksikan sifunya itu kembali menjadi jurulatihnya.

Chong Wei kini menjadi harapan Malaysia bagi merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Sudah pasti pemain berusia 29 tahun itu mahu Misbun kembali membimbingnya kerana jurulatih tersebutlah yang bertanggungjawab menjadikan dirinya selaku pemain No. 1 dunia sejak 2008 sehingga kini.

Sama ada Misbun kembali membimbing Chong Wei ataupun tidak, segala keputusan kini terletak di tangannya sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masih belum selamat

Posted:

Masih belum selamat

Masih belum selamat

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

KESEMUA 17 pemain yang dipilih untuk mewakili skuad elit sepak takraw kebangsaan semalam masih belum boleh menarik nafas lega.

Ini kerana, tempat mereka belum terjamin kerana Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih meneruskan program pencarian bakat bagi mengenal pasti pemain-pemain baru untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.

Presiden PSM, Datuk Ahmad ISmail berkata, program pencarian bakat akan diteruskan pada Kejohanan Piala Emas Khir Johari ke-48 yang akan berlangsung di Sarawak dari 23 hingga 27 Mac ini.

"Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulati- han PSM telah menyenarai pendek 17 pemain untuk skuad elit lelaki kebangsaan dan sembilan pemain untuk skuad elit wanita.

"Begitupun, para pemain yang dipilih perlu menonjolkan kehebatan masing-masing kerana kita masih membuka peluang kepada pemain baru untuk mewakili skuad kebangsaan.

"Skuad pencarian bakal PSM akan memantau perkembangan pada Piala Emas Khir Johari di Sarawak minggu depan dan sekiranya mereka mengenal pasti beberapa pemain yang berbakat, pemain itu akan diberi peluang untuk menyertai skuad elit.

"Kesemua mereka akan ditempatkan bersama skuad elit sedia ada dan dalam tempoh dua minggu, satu pemilihan pemain akan diadakan sekali lagi," kata Ahmad selepas majlis undian Piala Emas Khir Johari di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Ahmad, PSM akan memilih para pemain yang benar-benar berkualiti untuk mewakili skuad kebangsaan bagi menjaya- kan misi jangka panjang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"PSM tidak teragak-agak untuk menggugurkan mana-mana pemain yang tidak memberi komitmen sepenuhnya," jelas beliau.

Ahmad juga memberitahu, PSM akan campur tangan secara langsung dengan para pemain skuad elit kebangsaan berban- ding pada tahun-tahun sebelum ini.

"Saya akan berjumpa Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong untuk meminta kebenaran membawa skuad elit lelaki menjalani latihan di MSN Keramat.

"Ketika ini, pejabat urusan PSM dan skuad elit wanita berlatih di MSN Keramat. Jadi, kalau boleh kita mahu semua pemain dan pegawai PSM berpusat di sini," kata- nya.

Sementara itu, Ahmad berkata, PSM akan memilih 20 pasukan terbaik pada Kejohanan Pra Kelayakan Super Siri pada 17 hingga 23 April ini untuk menyertai kejohanan liga berpasukan yang julung kali- nya diadakan.

Katanya, kejohanan berpasukan yang dijalankan secara liga ini dianggap sebagai luar biasa dan belum pernah diadakan sebe- lum ini kerana ia melibatkan perlawanan yang begitu banyak.

Skuad elit kebangsaan yang mendapat kelayakan secara automatik, akan bermain bersama pasukan lain pada empat Super Siri yang akan membuka tirainya pada 25 hingga 31 Julai 2011 (siri pertama), 19 hingga 25 Disember 2011 (siri kedua) dan dua siri lagi pada tahun 2012.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memberitahu, beliau enggan meletakkan sebarang sasaran pada temasya Sukan SEA 2012 di Indonesia akhir tahun ini.

"Pasukan elit ini baru dibentuk dan ramai pemain tidak mempunyai pengalaman bermain pada peringkat antarabangsa.

"Jadi, saya tidak mahu meletakkan sasa- ran. Tambahan pula, sasaran kita adalah Piala Asia 2014," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor diundi dalam 'kumpulan maut'

Posted:

Selangor diundi dalam 'kumpulan maut'

Selangor diundi dalam 'kumpulan maut'


AHMAD (kanan) menyerahkan piala pusingan kepada Paruwadi
sejurus majlis pengundian Piala Emas Khir Johari Ke-48 semalam.


NAIB juara, Selangor berdepan laluan sukar untuk mara ke suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-48 selepas diundi dalam 'kumpulan maut' semalam.

Juara edisi 2003 itu yang tewas kepada Polis Diraja Malay- sia (PDRM) pada final tahun lalu, diundi bersama Terengganu, Kedah dan Pahang dalam Kumpulan B pada kejohanan format berpasukan yang akan berlangsung di Stadium Perpa- duan, Kucing Sarawak dari 23 hingga 27 Mac ini.

PDRM yang diwakili ramai pemain kebangsaan diramal mudah ke suku akhir selepas diundi bersama Labuan, Pulau Pinang dan Perlis dalam Kumpulan A.

Juara edisi 2009, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula diundi bersama Melaka, Kuala Lumpur dan Sabah dalam Kumpulan C manakala tuan rumah, Sarawak diundi dalam Kumpulan D bersama Kelantan, Perak dan Johor.

Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya berkata, undian untuk kejohanan yang merebut trofi berprestij negara yang dipertandingkan sejak 1962 itu dilihat lebih seimbang berbanding sebelum ini.

"Kalau kita lihat, undian kali ini lebih seimbang dan setiap pasukan berpeluang untuk mara ke suku akhir," katanya pada majlis undian di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat semalam.

Turut hadir, Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak serta Naib Presiden PSM, Datuk Dr. Paruwadi Musa.

Bagaimanapun, satu ahli gabungan PSM iaitu Negeri Sembilan tidak dapat menyertai Piala Emas Khir Johari yang meneruskan tradisinya sebagai kejohanan pembuka tirai persaingan kebangsaan setiap tahun ini.

Bagi edisi tahun ini, pemenang Piala Emas Khir Johari bakal mendapat ganjaran RM10,000, naib juara RM6,000 dan masing-masing RM2,000 untuk yang kalah pada separuh akhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan