Berita Harian: Sukan |
Posted: 22 Mar 2011 04:07 PM PDT Sukan SENARIO muram tetap wujud tanpa kelibat Azizulhasni Awang menjelang cabaran Kejohanan Trek Dunia yang memulakan saingan di Apeldoorn, Belanda, hari ini. Namun, bagi ketua jurulatih lumba basikal negara, John Beasley tanggapan itu harus dikikis kerana percaya dua lagi rakannya - Josiah Ng dan Rizal Tisin ada ramuan membutirkan pingat untuk negara dalam kejohanan tersohor itu. Sejak edisi 2009 dan 2010, skuad berbasikal trek negara tidak pernah gagal membawa pulang pingat dan rentetan itu mahu dipertahankan. Jurulatih itu sudah nampak wajah yakin terpancar pada kedua-dua anak didiknya itu yang mahu membuktikan sesuatu. Pada 2009 Azizul meraih satu perak dalam acara keirin dan mengulangi pencapaian sama tahun lalu manakala Rizal memenangi gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa pada 2009."Sasaran kita memang mahu Josiah layak ke final manakala Rizal untuk menempatkan diri di kelompok lima pelumba terbaik dalam acara 1km ujian masa individu," kata Beasley menerusi emel. Biarpun Azizul penyumbang terbesar pingat negara, Josiah boleh menggunakan platform ini membuktikan dirinya setanding atau lebih baik daripada jaguh dunia keirin itu selepas menunjukkan prestasi konsisten dengan meraih emas Sukan Komanwel 2010 dan perak di Sukan Asia 2010 acara keirin. Rizal yang memenangi gangsa pada Kejohanan Trek Dunia 2009 mempunyai harapan apabila memenangi perak di Sukan Komanwel dan memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, bulan lalu dalam acara kegemarannya, 1km ujian masa.
Sementara penyertaan pelumba pelapis, Mohd Arfy Qhairant Amran adalah sebagai pendedahan baginya menghadapi Kejohanan Trek Remaja Dunia, Ogos ini selepas menunjukkan aksi membanggakan memenangi satu emas dan dua perak di ACC. Beasley berkata Azizul akan kembali menyertai latihan di Melbourne penghujung April ini bagi persediaan bersama pelumba lain menghadapi siri baru Piala Dunia dijangka bermula Oktober ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
FAM bubar skuad wanita kebangsaan: Azzudin Posted: 22 Mar 2011 04:05 PM PDT Sukan PERSEPSI negatif terhadap sukan bola sepak wanita perlu dikikis jika mahu melihat sukan terbabit menjadi antara penyumbang kejayaan kepada sesebuah negara.Itu nasihat bekas pemain dan jurulatih pasukan wanita kebangsaan Jerman, Monika Staab yang berada di ibu negara sepanjang minggu ini bagi menjayakan Kursus dan Festival Bola Sepak Wanita Peringkat Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-FIFA. "Masih ramai yang mempunyai tanggapan wanita perlu tinggal di rumah dan melahirkan anak," kata Staab dalam sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil - lokasi untuk acara anjuran badan induk bola sepak dunia itu sehingga Sabtu ini. "Bagi saya itu tanggapan lapuk yang perlu dikikis jika ingin melihat sukan ini maju dan berkembang di seluruh dunia. Memang bola sepak wanita kekurangan dana dan promosi berbanding bola sepak lelaki, tetapi ia sedang menuju ke arah yang sama."Saya harap dengan adanya program sebegini, minat rakyat Malaysia terhadap bola sepak wanita terus bercambah, terutama di peringkat akar umbi sekali gus usaha FAM membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mantap pada masa depan." Hadir sama pada sidang akhbar berkenaan, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, yang turut bersimpati dengan nasib pasukan kebangsaan wanita ketika menyertai Sukan SEA dua tahun lalu. "Kita terpaksa mengambil langkah membubarkan pasukan kebangsaan dan kembali ke peringkat akar umbi," kata Azzuddin. "Program pembangunan ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun, saya tidak dapat nyatakan secara tepat, tetapi inilah jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan skuad wanita kebangsaan bukan lagi pasukan belasahan."
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan