Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia belum bersedia

Posted:

Malaysia belum bersedia

Malaysia belum bersedia


IMBAS kembali... Jalur Gemilang terpapar pada layar skrin semasa kontinjen negara memasuki Stadium Khalifa pada majlis perasmian Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) belum bersedia untuk membida penganjuran Sukan Asia 2023 kerana kos penganjuran temasya itu adalah tinggi dan dijangka meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, faktor lain yang mengekang pembidaan penganjuran Sukan Asia 2023 itu ialah keadaan ekonomi semasa.

"Kita tidak bersedia untuk membuat bidaan pada masa sekarang kerana menganggap ia melibatkan kos yang berlipat kali ganda besarnya. Saya rasa pada masa akan datang, kos akan meningkat tiga atau empat kali ganda dan kita tidak mahu kos itu ditampung oleh wang subsidi untuk rakyat," katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika ditanya mengenai hasrat Indonesia untuk membida penganjuran Sukan Asia 2019 setelah Malaysia tidak mahu berbuat demikian kerana kos penganjuran temasya sukan itu melebihi RM1.6 bilion pada akhir September tahun lepas.

Kos penganjuran yang dianggarkan itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru seperti stadium, perkampungan sukan untuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan yang ada di negara ini.

"Pada masa akan datang sekurang-kurangnya penganjuran temasya itu memerlukan RM4 bilion hingga RM5 bilion, barulah nampak seperti kita tidak ketinggalan dari segi penganjuran," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan sedia membida sekiranya rakyat mahu temasya sukan itu diadakan di negara ini, Ahmad Shabery berkata, rakyat boleh bersuara tetapi mereka perlu faham mengenai kos itu.

"Saya percaya kerajaan akan menilai kemahuan rakyat namun mahukah rakyat mengorbankan subsidi minyak dialihkan ke belanja Sukan Asia untuk membuat kemudahan sukan di seluruh negara?

"China melihat penganjuran temasya sukan tersebut sebagai satu proses pembangunan untuk atlet dan rakyat di negara itu," katanya.

Bandar raya Incheon di Korea Selatan akan menjadi tuan rumah edisi ke-17 Sukan Asia pada 2014 manakala tuan rumah bagi 2019 pula menjadi rebutan antara Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu, Vietnam, India dan terkini, Indonesia. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terry bidas kritikan

Posted:

Terry bidas kritikan

Terry bidas kritikan


TERRY (tengah) menjalani latihan bersama skuad kebangsaan England di London Colney kelmarin.


WATFORD, United Kingdom - John Terry membidas kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya berhubung pelantikan semula sebagai kapten skuad kebangsaan England.

Pemain pertahanan Chelsea itu menegaskan, dia tidak sepatutnya tidak dilucutkan jawatan daripada tugas selaku kapten skuad Three Lions itu.

Tahun lalu, tugas kapten England telah diberikan kepada Rio Ferdinand selepas Terry dikaitkan dengan skandal seks bersama bekas teman wanita rakan sepasukannya, Wayne Bridge.

Bagaimanapun, selepas setahun berlalu, jurulatih England, Fabio Capello telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula tugas itu kepada Terry.

Namun, ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat Capello itu kerana rekod buruk Terry yang tidak langsung mencerminkan sikap selaku pemimpin di atas padang.

Bagi Terry pula, biarpun dia cuba mengelakkan dirinya daripada dikaitkan dengan berita-berita negatif mengenai kehidupan peribadinya namun pemain itu sebenarnya masih terluka dengan pemecatan selaku kapten pada tahun lalu.

"Ubah cara saya? Ia merupakan suatu perkara yang sukar.

"Apabila saya bercakap dengan Capello, kami tidak boleh berbincang secara mendalam tetapi apabila dia mendapat tahu perkara yang sebenar, dia memahaminya.

"Seperti apa yang saya katakan kepada Capello ketika itu, saya terima keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka.

"Namun, ia tidak bermaksud saya bersetuju dengan keputusan itu dan saya tidak akan bersetuju langsung.

"Selepas setahun berlalu, saya telah mendapat banyak pengajaran yang berguna dan saya merasakan kini saya berada pada landasan yang tepat," jelas Terry.

Terry dijangka memakai lilitan kapten pada aksi menentang Wales dalam saingan Kumpulan G kelayakan Euro 2012 di Stadium Millennium awal pagi Ahad ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UM letak sasaran 500 pasukan

Posted:

UM letak sasaran 500 pasukan

UM letak sasaran 500 pasukan

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (tengah) melihat piala kejohanan selepas melancarkan Karnival Gempak Futsal 2011 di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur semalam.


BUAT julung-julung kalinya, Universiti Malaya (UM) akan menganjurkan Karnival Gempak Futsal 2011 yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

Karnival yang bakal berlangsung di Sport Planet (Subang Grand), Subang pada 7 hingga 10 April ini mempertandingkan empat kategori iaitu lelaki terbuka, wanita terbuka dan lelaki serta wanita bawah 18 tahun

Selain kejohanan futsal, antara program yang akan diadakan sepanjang empat hari itu adalah pameran kesihatan, sesi derma darah dan konsert oleh artis popular tanah air.

Pengarah Pusat Sukan UM, Dr. Abdul Halim Mokhtar berkata, kejohanan yang turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu meletakkan sasaran sebanyak 500 pasukan.

Bagaimanapun ujarnya, UM bersedia menerima sehingga 900 pasukan jika mendapat penyertaan yang menggalakkan terutamanya daripada peminat futsal tanah air.

"Sehingga kini, kami telah menerima lebih daripada 100 pasukan yang sudah mendaftar hasil daripada iklan di akhbar Kosmo!.

"Saya berharap kejohanan ini akan mendapat perhatian seluruh negara dan boleh diadakan sebagai acara tahunan dalam kalendar UM," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hadir merasmikan pelancaran kejohanan tersebut.

Abdul Halim berkata, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi kategori lelaki terbuka, RM5,000 bagi juara kategori wanita manakala RM3,000 untuk juara kategori lelaki dan wanita bawah 18 tahun.

Sesi pendaftaran khas akan diadakan pada 26 hingga 27 Mac ini di Pusat Sukan UM bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari laman web sosial, Facebook yang beralamat di www.facebook.com/KARNIVAL GEMPAK FUTSAL UNIVERSITI MALAYA 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan