Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


KUALA LUMPUR - Pelumba trek berpengalaman negara, Rizal Tisin tetap memberi tumpuan dalam acara kegemarannya satu kilometer ujian masa walaupun kembali membawa cabaran keirin dalam Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda yang bermula, semalam.

Pelumba kelahiran Klang, Selangor itu mengakui sudah lama tidak beraksi dalam acara keirin di peringkat antarabangsa tetapi dia akan berusaha memberi persembahan terbaik walaupun sasaran utamanya tetap dalam ujian masa.

"Saya mengharapkan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia, saya berjanji akan memberikan persembahan bermati-matian kerana ini mungkin adalah Kejohanan Trek Dunia terakhir saya," katanya kepada Utusan Malaysia melalui laman sosial Facebook, semalam.

Awal pagi tadi skuad trek negara membuka cabaran dengan beraksi dalam pecut berpasukan melalui trio, Josiah Ng, Rizal dan Edrus Yunos, manakala pelumba remaja, Muhd. Arfy Qhairant Amran beraksi dalam scratch dan pelumba tunggal wanita, Fatehah Mustapa mengambil bahagian untuk acara 500 meter ujian masa.

Jelasnya, selain acara keirin dan satu kilometer ujian masa, dia juga cuba memberikan kayuhan terbaik dalam acara pecut berpasukan, walaupun sedar ia bukan tugas yang mudah untuk meraih pingat.

"Saya menganggap persembahan kami sudah cukup mantap jika dapat menduduki tempat 10 terbaik dalam acara pecut berpasukan, saya juga yakin dengan rakan sepasukan yang lain untuk membuat gandingan mantap," kata Rizal yang pernah memenangi pingat gangsa di kejohanan yang sama pada 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Jamak ke Indonesia?

Posted:

Wan Jamak ke Indonesia?

Wan Jamak ke Indonesia?

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Wan Jamak Wan Hassan


KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan tidak bercadang berehat lama, sebaliknya mahu meninjau peluang kembali berkhidmat di negeri kelahirannya Johor, malah tidak menolak kemungkinan berhijrah ke Liga Super Indonesia (ISL).

Tiga pasukan dari Johor yang beraksi dalam Liga Malaysia iaitu Johor FC (Liga Super), Johor dan Majlis Perbandaran Muar (Liga Perdana) berkemungkinan besar menjadi sasarannya sebagai pemerhati ketika ini.

Dalam pada itu, kejayaan lalu Abdul Rahman Ibrahim dan Irfan Bakti Abu Salim bertapak sebagai jurulatih di dua kelab ISL, Deltras Sidoarjo dan Persipura Jayapura mencetuskan impian Wan Jamak untuk mengikut jejak mereka.

''Buat masa ini saya mahu berehat untuk selesaikan urusan peribadi dan saya akan cuba untuk melihat-lihat dulu prestasi pasukan yang ada di Johor.

''Memang saya akui ada lamaran daripada beberapa pasukan tapi biarlah saya tidak mahu umumkan dulu dan sekiranya ada tawaran daripada kelab ISL sudah tentu saya tidak akan lepaskan peluang itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Wan Jamak meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad Hoben Jang Hoben selepas mengakui bertanggungjawab di atas kemerosotan pasukan tersebut dalam saingan Liga Super Musim ini.

Sewaktu Negeri Sembilan berada di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan itu, pasukan tersebut berjaya mengakhiri kemarau menjuarai Piala Malaysia selama 61 tahun apabila berupaya menjulang trofi paling berprestij itu pada 2009.

Malah, skuad Hoben Jang Hoben juga berjaya merangkul Piala FA pada 2009, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan antara skuad elit yang digeruni sejak dua tahun lalu.

Namun, kemerosotan mendadak pada saingan Liga Super musim ini termasuk tersingkir daripada saingan Piala FA menyebabkan penyokong kecewa dengan prestasi pasukan itu tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rizal tumpu acara 1 kilometer ujian masa

Posted:

Rizal tumpu acara 1 kilometer ujian masa

Rizal tumpu acara 1 kilometer ujian masa

ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Oleh FERZALFIE FAUZI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan