Berita Harian: Sukan |
Posted: 27 Mar 2011 12:10 PM PDT Sukan MELBOURNE: Juara dunia, Sebastian Vettel melaung amaran buat pesaingnya menerusi kemenangan mutlak bersama jentera Red Bull pada perlumbaan pembuka tirai musim, Grand Prix Australia di Melbourne semalam. Pemandu Jerman itu yang muncul juara dunia termuda pada usia 23, tahun lalu, mendahului pemandu lain sepanjang perlumbaan di litar jalan raya Albert Park, meninggalkan juara dunia 2008, Lewis Hamilton dari McLaren di tempat kedua dengan jarak melebihi 22 saat, dan pemandu Russia, Vitaly Petrov dari Lotus Renault ketiga. Vettel bagaimanapun menafikan tanggapan yang juara pengeluar tahun lalu, Red Bull akan sekali lagi mendominasi musim 2011. "Saya tidak suka perkataan dominasi di peringkat ini," kata Vettel. "Perjalanan masih jauh dan kami perlu berpijak di bumi nyata."Perlumbaan hari ini (semalam) baik, jelas kami meraih banyak mata penting untuk bekalan musim ini. Kami boleh bergembira buat masa ini, tetapi tahun ini masih panjang dan macam-macam boleh berlaku." Ini adalah kemenangan ke-11 Vettel dalam perlumbaan ke-63 kerjayanya, kesinambungan terbaik selepas kejuaraan pada perlumbaan terak-hir di Abu Dhabi, musim lalu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 27 Mar 2011 12:09 PM PDT Sukan Nama seperti Michael Dawson, Ashley Young, Scott Parker dan Jack Wilshere meniti di bibir tonggak Chelsea itu. "Mereka ini memberi sinaran kepada England. Mereka mampu mengejar tempat dalam kesebelasan pasukan dan ini petanda positif untuk pasukan. Perkembangan ini lebih penting... bukan isu saya menjadi ketua pasukan," katanya. Dalam kelayakan Euro 2012 Kumpulan G itu gol menerusi sepakan penalti Frank Lampard dan Darren Bent memastikan England menang dan mendahului kumpulan atas perbezaan jaringan.Terry turut memuji strategi Fabio Capello menggunakan format menye-rang 4-3-3 dan beranggapan formula ini membantu mereka menyekat Wales. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan