Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Kita perlu realistik’

Posted: 27 Mar 2011 10:23 AM PDT

"DI dalam bidang sukan kita tak boleh bohong, perlu realistik dalam menetapkan sasaran dan bukannya sekadar angan-angan. Kita juga perlu akur belum ada atlet negara yang mencapai tahap meyakinkan mampu beraksi di Sukan Olimpik."

Demikian kenyataan pengkritik sukan tanah air, Tan Sri Dr Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang tetap tegas dengan pendirian beliau bahawa misi meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik agak sukar meskipun empat emas disasarkan pada temasya yang bakal berlangsung di London, tahun depan.


Selain harapan besar disandarkan kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, turut memikul berat merealisasikan impian itu ialah Mohd Azizulhasni Awang (basikal), Pandelela Rinong (terjun) dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Agak keliru dengan sandaran diletakkan di bahu barisan atlet itu, Kay Kim mempersoalkan bagaimana mereka dinilai sehingga diberi harapan besar menghadirkan kilauan emas di Sukan Olimpik.


"Terjun contohnya, kalau dinilai berdasarkan aksi di Sukan Komanwel, saya rasa ia tidak adil kerana tiada penerjun dari China beraksi di kejohanan itu berbanding Sukan Olimpik sedangkan kita semua tahu China adalah kuasa besar acara itu," katanya.


Pun begitu, seperti kenyataannya sebelum ini, Kay Kim tetap mengakui hanya acara badminton menerusi Chong Wei mampu menghadirkan sedikit harapan untuk melakar emas pertama di Sukan Olimpik.

"Saya akui Chong Wei boleh melakukan sesuatu tetapi prestasinya pula terumbang-ambing. Jadi kesudahannya, saya tak nampak siapa yang boleh diharapkan.


"Namun, secara keseluruhan, saya tidak nafikan kontinjen negara tidak mustahil boleh meraih pingat emas tetapi ia agak sukar," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong menerusi laporan di dada akhbar menegaskan jangkauan untuk memenangi empat pingat emas di temasya terulung itu bukan misi mustahil.


Zolkples berkata, meskipun sasaran sebenarnya sebutir emas, keupayaan atlet negara untuk memenangi empat emas di London sememangnya boleh direalisasikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rombakan nilai kombinasi terbaik

Posted: 27 Mar 2011 10:19 AM PDT

KEPUTUSAN seri 1-1 yang dicatat pada aksi persahabatan menentang Etoile FC nyata tidak menjejaskan moral pemain sebaliknya jurulatih K Rajagobal bertindak melakukan rombakan besar-besaran di babak kedua kerana mahu memberi peluang kepada pemain simpanan.

Rajagobal yang ditemui selepas aksi persahabatan menentang kelab dari Perancis selaku penyandang juara Liga Singapura (Liga S) di Stadium Jalan Besar, Singapura, kelmarin berkata, pertukaran di babak kedua amat perlu bagi menilai tahap pemain sama ada sudah bersedia beraksi untuk skuad kebangsaan.


Sambil mengulas aksi 90 minit perlawanan, jurulatih kebangsaan itu tetap berpuas hati dengan prestasi pemainnya biarpun mengakui masih ada kelemahan terutama di babak pertama dan kedua sehingga mudah buat pasukan lawan menguasai perlawanan.

"Jika saya tidak lakukan pertukaran, pasti tiada pendedahan diperoleh muka baru yang saya panggil seperti Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid dan Azidan Sarudin.


"Lagipun perlawanan itu diadakan hanya malam tadi (kelmarin) dan bukannya timbal-balik dan jika perlawanan dibuat timbal-balik, pasti saya tidak buat pertukaran besar.


"Saya cuba mencari kombinasi terbaik bagi membuat persiapan rapi menjelang kelayakan Piala Dunia 2014, Jun ini dan berharap lebih kerap aksi persahabatan diadakan sebelum beraksi dalam perlawanan kompetitif," katanya.

Pasukan Harimau Malaya yang menewaskan Hong Kong, 2-0, Februari lalu mempamerkan aksi terbaik selepas mencipta jaringan pada minit keenam hasil tandukan Ahmad Fakri Saarani.


Namun, percubaan anak didik Rajagobal yang mengimpikan rekod bersih dalam dua perlawanan persahabatan tidak kesampaian selepas Etoile FC mencipta gol penyamaan pada minit ke-62 hasil rembatan Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti.

"Saya sudah nilai dan lihat sendiri aksi permainan pemain negara dan tidak nafikan pemain baru dan yang sudah beraksi dengan skuad kebangsaan yang memiliki usia purata bawah 24 tahun mampu menerbitkan fenomena baru bola sepak negara," kata Rajagobal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan