Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Misi Safee bermula

Posted: 04 Mar 2011 10:43 AM PST

SAFEE Sali kini menjadi simbol pemangkin kebangkitan Pelita Jaya untuk mengelak daripada terus berada dalam zon penyingkiran Liga Super Indonesia 2010/2011. Justeru, kelibatnya amat diharapkan untuk memburu kemenangan pada pusingan kedua ISL.

Safee dijangka turun pada perlawanan pertamanya hari ini, menentang Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat Indonesia.


Situasi ini diakui pemain Pelita Jaya yang berharap kehadiran pemain baru yang pernah mewakili Selangor itu mampu mengubah nasib pasukan.

"Kami menghadapi masalah gangguan konsentrasi. Kami kehilangan beberapa tonggak pertahanan dan serangan. Kehadiran Safee dan beberapa pemain baru diharap mampu menutup kelemahan sedia ada," kata bek kanan, Ardan Aras yang juga kapten Pelita Jaya.


Jika menang, Pelita Jaya mampu mengelak menduduki tempat tercorot liga selain membalas dendam kekalahan 2-1 di tangan Sriwijaya FC di pusingan pertama.


Safee akan bergandingan dengan Christopher Ross Doig dan Troy Heartfield, rangkaian pemain yang digelar "The Young Guns".

Sistem 4-4-2 dijangka menjadi pilihan jurulatih Miodrag Radovic atau lebih dikenali sebagai 'Misha'.


Misha mengakui kehadiran Safee membuka lembaran baru Pelita Jaya yang akan memulakan saingan pusingan kedua hari ini.

"Kami sebelum ini menguasai permainan dan miliki banyak peluang, tapi masalah utama tindakan penyudah. Safee diharap mampu mengubah situasi itu," kata Misha yang kagum dengan sentuhan Safee.


Safee pula bertekad menghadiahkan kemenangan buat pasukan barunya itu. "Saya pasti mahu mencapai kemenangan tapi ini perlawanan pertama, mungkin saya belum begitu serasi. Keadaan padang di Singperbangsa kurang baik dan boleh membataskan corak pantas Pelita Jaya," kata Safee ketika ditemui di hotel kediaman pasukan di Karawang.


"Saya menaruh harapan gandingan dengan Ramirez di bahagian depan akan menghasilkan kejayaan kali ini."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jelena mara separuh akhir

Posted: 04 Mar 2011 10:38 AM PST

BINTANG tenis Australia, Jelena Dokic mara ke separuh akhir kali pertama sejak tujuh tahun lalu dengan menewaskan pemain Serbia, Bojana Jovanovski 7-6 (4), 6-2 pada kejohanan Terbuka Malaysia, semalam.

Jelena, bekas pemain nombor empat dunia tidak menyertai jelajah dari tahun 2004 hingga 2008 menjadi pemain wild card pertama mara ke suku akhir Grand Slam sewaktu Terbuka Australia 2009 di depan penyokong sendiri.


Jelena yang dilahirkan di Croatia, kini di ranking ke-91 dunia melakukan lapan ace, semalam.

Michaella Krajicek dari Belanda pula ke separuh akhir pertama dalam tempoh enam tahun dengan menyingkirkan pemain kelayakan Luxembourg, Anne Kremer 6-2, 6-3.


Ini kemenangan pertama Michaella ke atas Kremer dalam tiga pertemuan mereka selepas Michaella mengenepikan juara bertahan Alisa Kleybanova kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan