Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Beasley sambung kontrak

Posted:

Beasley sambung kontrak

Beasley sambung kontrak

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


John Beasley


KUALA LUMPUR – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) boleh menarik nafas lega dengan khabar gembira John Beasley berhasrat menyambung semula kontraknya selaku ketua jurulatih skuad negara selepas berakhir Sukan Olimpik 2012.

Menurut sumber, perkara ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Beasley ketika melawat Mohd. Azizulhasni Awang yang mengalami kecederaan selepas beraksi di Siri Piala Dunia Klasik di Manchester bulan lalu.

"Perkara ini masih lagi dalam perbincangan, namun gambaran awal telah dapat diperoleh ketika di Manchester apabila Beasley menimbang semula hasratnya untuk tidak meninggalkan kem Malaysia apabila bertemu dengan Ahmad Shabery," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, semalam

Jelasnya, Beasley memang ada menerima tawaran pasukan kebangsaan Iran, namun ia bukanlah perkara baru kerana tawaran tersebut dibuat sejak dua atau tiga tahun lalu, namun baru-baru ini sahaja digembar-gemburkan.

Laporan Mingguan Malaysia pada 21 Februari lalu menyebut bahawa jurulatih dari Australia itu akan meninggalkan skuad berbasikal negara selepas Sukan Olimpik 2012 London dan Beasley telah memaklumkan perkara itu kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

"Hasil perbincangan ringkas antara Ahmad Shabery dan Beasley di Manchester telah berjaya mengubah semula pendirian jurulatih yang pakar dalam acara trek itu dan bersetuju menabur bakti dengan Malaysia.

"Antara alasan yang diberikan Beasley dia mahu meneruskan kesinambungan tentang apa yang telah dilakukan sebelum ini termasuk mendidik Azizulhasni sehingga menjadi pelumba bertaraf dunia," katanya.

Sumber juga memberitahu, Beasley bukan menyambung kontrak sebab ditawarkan gaji yang lebih lumayan oleh MSN, malah dia sendiri yang mahu terus kekal bersama Malaysia tetapi masih belum pasti sehingga bila.

"Bagaimanapun semuanya masih belum diputuskan secara muktamad, segala butiran yang lebih lanjut mengenai kontrak Beasley masih lagi dalam perbincangan dengan MSN, cuma gambaran awal dia akan kekal sahaja yang diperoleh," kata sumber.

Beasley mula melatih skuad trek negara pada 2006 dan sepanjang tempoh tersebut, dia berjaya mengangkat pelumba trek negara di persada dunia seperti Azizulhasni, Mohd. Rizal Tisin dan Fateha Mustapa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee bikin Stadium Singaperbangsa gegak gempita

Posted:

Safee bikin Stadium Singaperbangsa gegak gempita

Safee bikin Stadium Singaperbangsa gegak gempita

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


SAFEE Sali (dua dari kiri) merembat bola melepasi jangkauan penjaga gol Sriwijaya di hadapan lebih 6,000 penonton di Stadium Singaperbangsa dekat Karawang, Jawa Barat, semalam. Pelita Jaya menang 1-0. - MINGGUAN/ SAHARUDIN MUSTAFA


KARAWANG, Jawa Barat - Mohd. Safee Mohd. Sali tidak perlu menunggu lama untuk meledak gol kemenangan kelab barunya Pelita Jaya dalam aksi sulungnya, semalam.

Safee membuka gelanggang dengan langkah kanan menerusi jaringan tunggal perlawanan yang menggegar sorakan peminat pada minit ke-62.

Percubaan kedua bekas penyerang Selangor itu untuk menambah jaringan 11 minit kemudian bagaimanapun tersasar meskipun kedudukannya agak selesa di depan gawang.

Gol tunggal Safee, semalam sekali gus melengkapkan rekod peribadinya kepada 110 gol sejak mula terlibat sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2003.

Apa yang menarik, rentak permainan Safee semalam berjaya memberikan tekanan pada pasukan lawan sehingga ke wisel penamat.

Safee yang beraksi cemerlang pada perlawanan menentang Sriwijaya juga mendapat sorakan gemuruh lebih 6,000 penonton yang memenuhi Stadium Singaperbangsa di sini.

Ternyata kehadiran Safee diterima baik oleh penggemar bola sepak negara ini sehinggakan pada satu ketika namanya bergema di seluruh stadium.

Pemain itu direhatkan daripada bermain ketika perlawanan memasuki minit ke-84.

Dalam pada itu, Safee ketika ditemui mengakui dia masih berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat baru.

Katanya, fokus utamanya pada masa ini ialah meningkatkan pergerakan ketika beraksi kerana corak permainan di sini sama sekali berbeza dengan di Malaysia.

Safee juga menyatakan rasa bangga kerana muncul sebagai wira di padang apabila menjaringkan gol sulung membantu Kelab Pelita Jaya meraih kemenangan pada perlawanan menentang Kelab Sriwijaya.

"Syukur Alhamdulillah saya dapat menjaringkan gol pada masa kedua dan dapat membantu kelab saya meraih kemenangan menerusi tiga mata kemenangan," katanya kepada wartawan Malaysia.

Bersama Kelab Pelita Jaya, Safee menyarung jersi bernombor 55 yang membawa dua maksud yang cukup bermakna dalam dirinya.

Angka 55 katanya, membawa pengertian jumlah angka 10 seandainya kedua-dua nombor itu ditambah yang sekali gus bermaksud nombor jersi 10 yang sering digunakan sebelum ini.

"Nombor itu juga ada kena mengena dengan nama saya Safee Sali. Nombor 55 jika dilihat secara spontan seperti huruf SS," jelas Safee mengenai rasional dia menyarung jersi merah bernombor 55 itu. - mingguan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan