Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Skuad kebangsaan dikawal ketat

Posted:

Skuad kebangsaan dikawal ketat

Skuad kebangsaan dikawal ketat

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



SKUAD Olimpik kebangsaan lega kerana dapat memberi tumpuan penuh menjelang aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan di Stadium Punjab, Lahore malam ini.

Ini kerana, sebaik tiba di Lahore awal pagi semalam, barisan 18 pemain negara berserta 10 pegawai telah diberi kawalan ketat.

Ia termasuklah kawalan oleh anggota keselamatan yang lengkap dengan senapang AK-47 di sekeliling hotel penginapan mereka, Hotel Park Plaza.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, semua pemain tidak dibe- narkan keluar dari hotel terbabit oleh pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Tiada masalah sangat sepanjang perjalanan ke sini (Lahore). Semuanya berjalan lancar. Cuma kawalan keselamatan agak ketat dengan pemain tidak dibenarkan berada di luar kawasan hotel.

"Selain itu, seramai 10 hingga 15 anggota keselamatan dilihat berkawal sepanjang masa sambil memegang AK-47 di sekeliling kawasan hotel," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Lahore petang semalam.

Setelah menjalani latihan ringan berhampiran kolam renang di hotel pada sebelah pagi semalam, skuad negara mengadakan latihan bagi menguji padang di Stadium Punjab malam tadi.

"Semua pemain nampaknya mendapat cukup rehat sepanjang hari ini (semalam). Saya percaya para pemain sudah bersedia untuk turun menghadapi Pakistan esok (malam ini) tanpa sebarang masalah," jelas Kim Swee.

Malaysia menang 2-0 ke atas Pakistan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Irfan Fazail.

Bagi mengukuhkan kedudukan, Malaysia perlu mencari gol awal malam ini dan jika berjaya mendahului 1-0, Pakistan pasti lebih tertekan kerana mereka perlu membalas empat gol berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan.

KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:

Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kim Swee dipilih bukan Rajagobal

Posted:

Kim Swee dipilih bukan Rajagobal

Kim Swee dipilih bukan Rajagobal

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Rajagobal (tengah) diraikan oleh anak-anak buahnya selepas membimbing Malaysia memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.


JURULATIH skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee (gambar) semalam sah dilantik sebagai jurulatih skuad bola sepak negara untuk saingan Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

Ia sekali gus menamatkan desas-desus bahawa juru- latih kebangsaan, K. Rajagobal akan dipilih untuk membimbing skuad B-23 kebangsaan dalam usaha mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos pada 2009.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pendedahan perlu diberikan kepada jurulatih baru memandangkan Rajagobal turut mempunyai tugasan hakikinya sebagai jurulatih kebangsaan.

"Bukan khidmat Rajagobal tidak diperlukan untuk Sukan SEA 2011 tetapi beliau mempunyai misi lain iaitu Kelayakan Piala Dunia 2014, Kelayakan Piala Asia 2015 dan misi mempertahankan kejuaraan pada Piala Suzuki AFF 2012.

"Apa pun kita tetap perlu mempertahankan kejuaraan Sukan SEA. Ia tanggungjawab besar buat Kim Swee dan beliau masih boleh merujuk kepada Rajagobal sebagai penasihat tidak rasmi," katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada Sukan SEA 2009 di Laos, skuad B-23 kebangsaan bimbingan Rajagobal berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas setelah menundukkan Vietnam 1-0 pada aksi final.

Sementara itu, Kim Swee yang juga jurulatih skuad Harimau Muda A berkata, beliau mahu menumpukan terlebih dahulu misi skuad Olimpik kebangsaan layak ke pusingan kedua apabila berdepan Pakistan malam ini.

"Ini merupakan satu kepercayaan yang amat tinggi daripada pengurusan tertinggi FAM terhadap barisan kejurulatihan saya.

"Tetapi biarlah saya selesaikan dahulu tugas bertemu Pakistan ini sebelum mengulas lebih lanjut," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Lahore semalam.

Dalam perkembangan lain, lawan skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan antarabangsa pada 25 Mac ini masih belum disahkan dengan skuad Rajagobal itu kemungkinan akan bertemu Iran, Oman atau Sri Lanka.

"Jordan sudah menolak kerana mereka mahu bertemu Kuwait. Manakala India dan Taiwan juga menolak kerana mereka beraksi pada kelayakan Piala Cabaran AFC 2012.

"Iran akan beri jawapan minggu ini. Oman masih belum beri jawa- pan manakala Sri Lanka baru menghubungi saya pagi tadi (semalam) untuk menyatakan hasrat," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mehdi memukau

Posted:

Mehdi memukau

Mehdi memukau

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


DARI kiri, Westmahelmann, Mehdi dan Harrif memakai jersi masing-masing selepas tamat peringkat pertama perlumbaan JM2011 semalam.


SAINGAN hari pertama kejohanan lumba basikal Jela- jah Malaysia (JM) 2011 menjadi milik Mehdi Sohrabi selepas pelumba pasukan Tabriz Petrochemical itu memenangi peringkat pembukaan dari Kota Iskandar ke Bandar Penawar sejauh 162.5 kilometer (km) semalam.

Kayuhan Mehdi jelas sekali sukar digugat apabila pelumba dari Iran itu melakukan pecutan pada 10 meter terakhir untuk mele- pasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 39 minit 34 saat.

Strategi pelumba berusia 30 tahun itu yang melakukan breakaway pada jarak 63km terakhir ternyata memberi kelebihan buatnya untuk meninggalkan pencabar lain termasuk juara bertahan, David Mc Cann, sekali gus di- tabalkan selaku penyarung Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan) JM2011.

Tempat kedua pula menjadi milik Mart Ojavee dari pasukan Champion System (3'39:36), diikuti pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Hariff Salleh (3'39:38).

Meskipun memenangi peringkat pertama, Mehdi tidak mahu terlalu yakin akan pelu- angnya untuk mempertahankan Jersi Kuning kerana mengakui saingan pada JM edisi ke-48 kali ini amat sengit dengan kehadiran pelumba-pelumba handalan lain.

"Perebutan Jersi Kuning bagi gelaran keseluruhan masih belum lagi berakhir, sebaliknya ia baru saja bermula," kata Mehdi.

"Ini baru hari pertama, ada lagi lima hari untuk saya mempertahankan jersi ini kalau boleh. Tetapi saya rasa peluang untuk melakukannya esok (hari ini) agak sukar kerana ramai pelumba lain yang turut memburu gelaran keseluruhan ini.

"JM2011 menyaksikan ramai pelumba yang bagus- bagus dan sebab itu, saya tidak berani jamin dapat mengekalkannya lagi pada saingan esok (hari ini)."

Sementara itu, hajat untuk melihat pelumba Malay- sia menaiki podium semalam turut tercapai apabila Hariff berjaya memberi cabaran sengit kepada Mehdi di garisan terakhir sebelum berpuas hati menduduki tempat ketiga.

Namun, Harrif tetap boleh berbangga kerana berjaya menyarung Jersi Hijau selaku pendahulu gelaran Raja Pecut apabila mengumpul 16 mata.

Kejayaan Hariff, 23, yang menamatkan saingan di tempat ketiga semalam juga menyaksikan dia muncul pelumba terbaik Malaysia, sekali gus menyarung Jersi Putih 100PLUS.

Penyarung Jersi Merah bagi gelaran Raja Bukit pula menjadi milik pelumba pasukan Eddy Merckx - Indeland, Daniel Westmahelmann.

Bagi gelaran pelumba terbaik Asia (Jersi Biru) pula dimenangi Sohrabi diikuti Hariff dan seorang lagi pelumba TSG, Anuar Manan.

Bagi kedudukan pasukan pula, skuad kebangsaan Malaysia menduduki tempat ketiga manakala pendahulu keseluruhan pula menjadi milik Tabriz Petrochemical diikuti Champion System di tempat kedua.

Hari ini peringkat kedua JM2011 akan bermula dari Bandar Penawar ke Kluang sejauh 204.4km melibatkan tiga zon pecutan iaitu di Sekolah Kebangsaan Gembut (zon pertama), Dataran Kota Tinggi (zon kedua) dan Bandar Tenggara manakala satu zon pendakian pula di Ulu Belitong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen