Kosmo Online - Sukan |
- Azizulhasni, Nicol cemerlang
- Gelaran Olahragawan lonjak semangat Pocketrocketman
- Selangor bawa bekalan selesa
Posted: Azizulhasni, Nicol cemerlangOleh HELMI TALKAH AZIZULHASNI (kanan) dan Nicol menerima anugerah sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010. JAGUH berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 malam tadi. Kejayaan itu sekali gus menyaksi- kan Azizulhasni dan Nicol mempertahankan gelaran yang turut dimenangi mereka sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2009. Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Azizulhasni menewaskan pencabar terdekatnya yang juga jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei serta lima calon lain yang turut berada dalam senarai akhir iaitu Sazali Samad (bina badan), Alex Liew (boling), S. Kumar (hoki), R. Puvaneswaran (karate) dan Mohd. Azlan Iskandar (skuasy). Anak jati kelahiran Dungun, Terengganu itu yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman membuktikan betapa dia layak merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan 2010 berdasarkan pencapaian yang dilakarnya sepanjang tahun lalu. Antara pencapaian terbaik yang dilakar pelumba berusia 23 tahun itu ialah memenangi pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Siri Piala Dunia Klasik bagi pusingan pertama, kedua dan keempat. Azizulhasni turut tampil dengan prestasi cukup konsisten apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Jepun. Selain itu, Azizulhasni juga antara penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dalam acara keirin. Dia turut meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India. Nicol pula melakar sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan dengan menewaskan lima calon lain iaitu Pandalela Rinong (terjun), Elaine Khoon (gimrama), Lim Lee Lee (karate), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Sur- yani Taibi (menembak). TUANKU MIZAN (depan, tiga dari kanan) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Sukan Negara di Kuala Lumpur malam tadi. Prestasi Nicol, 28, untuk berada di puncak dunia sepanjang tempoh 55 bulan ternyata suatu pencapaian yang membanggakan. Antara kejuaraan yang berjaya dirangkul Nicol sepanjang 2010 ialah Terbuka Chennai, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Kepulauan Cayman, Terbuka Singapura CIMB, Terbuka Cathay Pacific Sun Hung Kai, Qatar Klasik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Sebelum ini, Nicol pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Selaku penerima anugerah berprestij itu, Azizulhasni dan Nicol masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Gelaran Olahragawan lonjak semangat Pocketrocketman Posted: Gelaran Olahragawan lonjak semangat PocketrocketmanAZIZULHASNI menunjukkan luka di betisnya akibat tertusuk kayu serpihan velodorom kepada isterinya, Athiah Ilyana Abd. Samat sebaik tiba di KLIA dari Melbourne pada 10 Mac lalu. KEJAYAAN Mohd. Azizulhasni Awang merangkul gelaran Olahragawan Kebangsaan 2010 sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini membuktikan betapa dia layak bergelar Olahragawan Kebangsaan rentetan kejayaan yang diraihnya di pentas antara- bangsa sepanjang tahun lalu. Namun, Azizulhasni kini terpaksa melupakan seketika aksinya di peringkat antarabangsa ekoran mengalami masalah kecederaan betis yang menyaksikan dia perlu berehat panjang. Azizulhasni mengalami kecederaan tersebut selepas betisnya tertusuk kayu serpihan veledrom ketika beraksi pada Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester, England bulan lalu. Semangat juang yang tinggi yang dipamerkan Azizulhasni telah menyaksikan dia berjaya menamatkan saingan dengan mengutip pingat gangsa, sekali gus bergelar juara dunia setelah meraih kutipan mata tertinggi. Namun, malang yang menimpa diri Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman sedikit pun tidak melunturkan semangatnya. Malah, gelaran Olahragawan Kebangsaan yang dimenanginya kali ini dianggap sebagai motivasi terbaik untuk terus melakarkan kejayaan. Apatah lagi, dia diletakkan seba- gai sandaran untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. "Syukur kerana saya telah dipilih sekali lagi untuk meraih gelaran Olahragawan Kebangsaan pada tahun ini. Ini merupakan kali kedua saya menerimanya. "Anugerah ini juga sedikit sebanyak menjadi pengubat kepada diri saya kerana tidak dapat beraksi pada Kejohanan Dunia di Belanda tahun ini," kata Azizulhasni. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terbabit bagi melonjakkan namanya di pentas antarabangsa terutama jurulatih basikal trek negara, John Beasley yang menjadi watak utama terhadap kejayaan-kejayaan yang dilakarnya. Sementara itu, gelaran yang Olahragawati Kebangsaan yang diraih kali ini cukup bermakna buat Nicol kerana ia merupakan kali kelapan dia menerimanya sepanjang bergelar atlet negara. "Syukur, kerana segala kerja keras serta usaha gigih saya selama ini dihargai. "Kini apa yang saya harapkan, atlet-atlet muda yang lain terus be- kerja keras agar dapat mengharumkan nama negara di pentas an- tarabangsa. "Anugerah ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya meningkatkan prestasi saya bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang," jelas Nicol. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Selangor bawa bekalan selesaOleh WAN FAKHRUL BAKAR KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (dua dari kanan) diasak pemain pertahanan Johor pada aksi Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-1. SELANGOR berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mudah menewaskan Johor 3-1 pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Selangor membuka tirai jaringan menerusi tolakan Hardi Jaafar yang mudah mengatasi tiga pertahanan Johor pada minit ke-49. Hanya selang enam minit kemu- dian, Selangor menambah gol kedua menerusi penyudah kemas Rudie Ramli hasil hantaran Amirul- hadi Zainal dari sebelah kanan. Selangor terus selesa dengan gol ketiga hasil rembatan jarak dekat Amri Yahyah selepas memperdaya pertahanan Johor untuk menewaskan penjaga gol, Amirul Abu Seman pada minit ke-71. Namun, kelalaian benteng pertahanan Selangor dihukum Johor yang memperoleh gol sagu hati pada minit ke-77 menerusi remba- tan kencang Alif Yusof yang gagal diselamatkan Iqbal Suhaimi. "Selepas 3-0, saya nampak seba- hagian pemain gagal menunjukkan kesungguhan seperti biasa tetapi yang penting kita dapat bekalan dua gol untuk ke Larkin, Sabtu ini," kata jurulatih Selangor, K. Devan. Jurulatih Johor, Azmi Mohamed pula berkata: "Kami hilang konsentrasi pada babak kedua ter- utama di bahagian kiri tetapi saya tetap yakin kami mampu bangkit pada aksi kedua nanti." Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Felda United berjaya mengikat tuan rumah, Kelantan 2-2 hasil jaringan penyamaan Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-90. Felda United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-31 menerusi jaringan Zamri Chin sebelum berjaya disamakan kapten Kelantan, Badhri Radzi pada masa kecederaan babak pertama. Kelantan terus garang dengan gol kedua menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-69 tetapi penalti Kit Kong memusnahkan hajat mereka untuk meraih kemenangan. Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah aksi pertama, tewas 1-2 kepada Pahang. Pahang mendahului pada minit ke-35 menerusi jaringan Famirul Asyraf Sayuti sebelum disamakan Kuala Lumpur hasil sepakan penalti Ahmad Azlan Zainal minit ke-53. Gol kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-65 menerusi Azamuddin Akil. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan