Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sedia berdepan provokasi

Posted:

Sedia berdepan provokasi

Sedia berdepan provokasi

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Ong Kim Swee bersama skuad negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam sebelum berlepas ke Lahore untuk kelayakan Olimpik menentang Pakistan pada aksi kedua, esok.


SEPANG - Kekuatan mental dan strategi yang kukuh menjadi bekalan utama buat skuad negara apabila berkunjung ke Lahore untuk aksi kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan, esok.

Malah, jurulatih Ong Kim Swee juga seolah-olah menyedari layanan kurang selesa bakal diberikan skuad Olimpik Pakistan selain provokasi sebelum dan semasa perlawanan oleh tuan rumah untuk memberi tekanan kepada pemain negara.

Katanya, semua bentuk provokasi tersebut mampu dihadapi oleh pemain-pemain negara kerana mereka bersikap profesional dalam menghadapi situasi sebegini di samping mempunyai sifat kesabaran yang tinggi.

''Antara bentuk provokasi yang saya jangkakan ialah taktik permainan kotor, sorakan penonton tuan rumah serta mungkin dari aspek padang atau pemakanan yang kurang selesa.

''Saya beritahu pemain agar bersedia untuk menghadapi perkara ini. Ada di kalangan pemain kita yang telah mempunyai pengalaman dalam situasi sebegini yang dan saya yakin dengan (kemampuan) mereka,'' katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Lahore Pakistan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Dalam pada itu, Kim Swee juga percaya skuad Olimpik Pakistan akan mengunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri, esok bagi menebus kekalahan di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Tambahnya, beberapa strategi telah dirancang untuk perlawanan itu nanti, malah akan cuba memperkukuhkan bahagian serangan serta meningkatkan keupayaan bahagian tengah yang bakal menggunakan khidmat gandingan Mohamad Muslim Ahmad dan Nazirul Naim Che Hashim.

Melihat daripada 18 senarai pemain Skuad Olimpik negara ke Lahore, Kim Swee dijangka lebih banyak mengunakan khidmat bahagian serangan apabila memanggil dua penyerang Harimau Muda A, A. Thamil Arasu, dan Syahrul Azwari.

''Kali ini corak dan strategi yang akan kita gunakan adalah berbeza dengan perlawanan pertama kerana matlamat kita berkunjung ke Lahore adalah untuk mendapatkan kemenangan.

''Pada perlawanan pertama di Shah Alam, bulan lalu kita dapat lihat pada separuh masa kedua Pakistan lebih banyak melengah-lengahkan masa dan bagi saya tujuan mereka melakukan sedemikian adalah untuk mengelakkan kita menambah jaringan selain mahu mengatasi dua gol yang kita perolehi itu,'' jelas Kim Swee.

Pasukan negara akan menjalani latihan pertama di Stadium Punjab, Lahore pada hari ini sebelum beraksi menentang Pakistan esok dalam cuaca 10 hingga 15 darjah Celsius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Regu Hiroshima kemudi skuad elit?

Posted:

Regu Hiroshima kemudi skuad elit?

Regu Hiroshima kemudi skuad elit?

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


AHMAD Jais Baharom (tiga dari kanan) dicalon sebagai jurulatih negara sementara kontrak Rosli Ab. Rahman (kiri) dan Ku Halim Ku Musa (dua dari kiri) selaku penolong jurulatih berakhir selepas Sukan Asia Guangzhou, November lalu.


KUALA LUMPUR - Mereka merupakan yang terakhir memenangi pingat emas sepak takraw Sukan Asia pada 1994 dan merekalah yang meledakkan keegoan Thailand di Hiroshima, lalu bergelar Olimpian Majlis Olimpik Malaysia yang sehingga kini belum ada galang gantinya.

Mana tidaknya. Sudah empat Sukan Asia bermula di Bangkok, Busan, Doha dan Guangzhou (November lalu) tetapi kilauan emas masih tidak menyapa sedangkan negara Gajah Putih terus bertakhta dan berleluasa dalam memanjangkan kemarau Malaysia sehingga hampir dua dekad.

Kali ini, regu 1994 - Ahmad Jais Baharom, Iskandar Arshad dan Malek Shamsudin bakal digandingkan semula, namun dengan peranan berbeza sebagai jurulatih skuad elit sekiranya mendapat restu Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) di Bukit Jalil, hari ini.

Semalam, mereka menjadi antara sembilan calon yang menjalani sesi temu duga dengan Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulatihan PSM di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat di sini untuk melatih skuad elit, pelapis dan wanita kebangsaan mulai bulan ini.

Turut menghadiri sesi berkenaan ialah dua jurulatih pelapis dan wanita sebelum ini, Yunus Ibrahim dan Dian Zulkarnain Amin, Osman Che Meh dan Md. Fikri Md. Nor selain Jamaluddin Hassan yang kali terakhir melatih skuad elit pada Sukan Asia Doha 2006 dan Najib Iman, bekas apit kiri negara akhir 90-an.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahya mengesahkan sesi temu duga itu yang pada mulanya dijadualkan memanggil sehingga 11 calon dengan ahli jawatankuasa berkenaan turut melibatkan beberapa pegawai kanan lain persatuan.

Ahmad Jais mungkin dicalonkan ekoran rekod kejayaannya di peringkat tempatan dengan membimbing PKNS menjuarai Terbuka MBPJ, Kejohanan KFC-Utusan dan Piala Presiden PSS 2010 manakala Malek sebelum ini melatih pasukan Maksak Kedah.

Seramai 34 pemain dipanggil melapor diri ke skuad elit di MSN, Bukit Jalil mulai 2 Mac lalu dengan lapan daripadanya ialah tonggak naib juara skuad Sukan Asia Guangzhou lalu namun hanya 23 yang sudah hadir sementara selebihnya dikatakan perlu menunggu pelepasan majikan masing-masing.

Iskandar mengetuai barisan jurulatih skuad elit negara sambil dibantu Amir Abu Bakar, Nasir Ismail, Ku Halim Ku Musa dan Rosli Ab. Rahman sepanjang 2010 yang cuma menyaksikan kita menjuarai antara regu, namun terkandas pada separuh akhir berpasukan Piala Raja Thai di Chiang Mai.

Tahun ini jadual pertandingan antarabangsa tidak kurang padat menanti skuad elit iaitu Piala Dunia Pertama di Kuala Lumpur, Julai ini; Siri Super Dunia di Bangkok (September) dan Kuala Terengganu (Oktober) dan Sukan SEA XXVI (Palembang, November).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Awanama berkata...

Whats up very nice site!! Man .. Beautiful .. Wonderful
.. I will bookmark your blog and take the feeds also?
I'm glad to find so many useful info here within the publish, we want work out extra techniques in this regard, thanks for sharing. . . . . .
Feel free to visit my webpage :: perfumes baratos

Catat Komen