Utusan Online - Sukan |
Posted: Peluang Nicol lebar kejuaraanOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
KUALA LUMPUR - Tiada masalah besar buat ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur, semalam. Pun begitu, cabaran negara dalam kategori lelaki melalui Mohd. Azlan Iskandar berakhir apabila gagal melepasi cabaran sukar daripada pemain Mesir berusia 20 tahun, Mohamed El Shorbagy. Mendapat sokongan padu daripada penonton di Berjaya Times Square sebaik sahaja turun ke gelanggang, Nicol yang membawa reputasi jaguh nombor satu dunia tidak menghadapai masalah besar untuk menewaskan Alison Waters dengan kemenangan 11-4, 12-10, 11-5. Biarpun Waters bangkit memberikan tentangan pada set kedua dengan satu ketika mendahului 8-4, Nicol tidak cepat berasa cemas apabila mengutip enam mata berturut-turut untuk kembali mendahului 10-8. Bagaimanapun, pemain England itu berjaya mengheret permainan ke mata tambahan apabila mengikat kedudukan 10-10 tetapi Nicol membuktikan kejaguhannya selaku pemain nombor satu dunia apabila menamatkan permainan itu dengan kemenangan 12-10 sebelum mudah mengetepikan cabaran pemain berusia 27 tahun itu di set ketiga. Dengan kemenangan itu, Nicol dalam pemburuan kejuaraan yang ketujuh bakal bertemu pemain dari Ireland yang juga pilihan keenam, Madeline Perry. Terdahulu Perry berjaya membenam cabaran pemain Hong Kong, Annie Au, 11-4, 5-11, 11-8, 12-10 dalam masa 62 minit. ''Kejayaan di set kedua menjadi kunci kemenangan saya ke atas Waters pada perlawanan tadi. Selepas mendahului 2-0, saya semakin yakin untuk menang pada set ketiga. ''Mengenai perlawanan esok (hari ini), saya jangkakan satu pertarungan yang sengit memandangkan ini pertama kali saya berdepan Perry di aksi akhir Kejohanan CIMB Terbuka KL. ''Saya cuma harapkan dapat mengulangi rentak yang sama seperti mana hari ini pada perlawanan akhir nanti untuk mempertahankan kejuaraan saya," katanya. Sebelum itu, Azlan dilihat telah memberikan persembahan terbaiknya dalam pertarungan separuh akhir tetapi El Shobargy jelas lebih hebat apabila menang dalam pertarungan empat set, 8-11, 14-12, 11-7, 11-5 dalam masa 64 minit. El Shobargy akan berdepan rakan senegaranya, Karim Darwisy yang juga pemain nombor ketiga dunia dalam perlawanan akhir. Darwisy menewaskan Gregoire Marche 11-6, 11-5, 11-3 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pandelela rangkul perak terjun dunia Posted: Pandelela rangkul perak terjun duniaOleh TAN MING WAI KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong memulakan kempen 2011 penuh bergaya apabila merangkul pingat perak acara 10 meter platform pada Siri Terjun Dunia FINA di Moscow, kelmarin. Pandelela mempamerkan terjunan memberangsangkan untuk mengumpul 369.45 mata, bagaimanapun tidak cukup untuk menyaingi pemenang pingat emas Olimpik 2008 yang juga juara dunia, Chen Ruolin yang mencatatkan 409.95 mata bagi mengutip emas. Pingat gangsa milik penerjun Australia, Croak Alexandra (358.95). Kejayaan pingat perak yang diraih Pandelela itu merupakan pingat sulung buat dirinya dalam kejohanan penuh berprestij tersebut. Pencapaian terbaiknya tahun lalu adalah tempat keempat pada pusingan pertama di Veracruz, Mexico. Keupayaan yang ditunjukkan gadis Bidayuh berusia 18 tahun itu sekali gus membuktikan sasaran pingat emas Olimpik 2012 London yang diletakkan ke atasnya bukan omong kosong. Malah, jika diukur prestasinya dalam acara yang disertainya kelmarin, penerjun Australia dan Kanada pun bukan lagi tandingannya. Di bumi Moscow, Pandelela mengulangi kejayaan menewaskan dua penerjun Australia, Alexandra dan Melissa Wu yang pernah ditewaskan untuk mengutip emas pertama negara dalam acara terjun pada Sukan Komanwel di New Delhi, Oktober lalu. Melissa menamatkan saingan di tempat keenam selepas beraksi hambar dengan sekadar mencatat 286.35, jauh ditinggalkan Pandelela dengan perbezaan hampir 130 mata. Apa yang pasti, di bawah bimbingan jurulatih China, Yang Zhuliang, Pandalela perlu mencari jalan memecahkan 'Tembok Besar China' sekiranya ingin melakar kejutan di London tahun depan. Pada hari pertama kejohanan, selain Ruolin, China turut membolot emas acara 3 meter papan anjal lelaki dan 3 meter papan anjal berirama wanita, sekali gus menguasai tiga daripada empat emas yang dipertandingkan. Semalam, Pandelela beraksi bersama penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara 10 meter terjun berirama. Keputusannya belum diperoleh setakat waktu cetakan akhbar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan