Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Belang Webber

Posted: 08 Apr 2011 10:39 AM PDT

Sukan

Pemandu Australia bangkit garang kuasai kedua-dua sesi latihan bebas

ANDAI catatan dua sesi latihan bebas, semalam dijadikan satu ukuran, ramalan betapa pasukan Red Bull Racing akan menyerlah dalam Grand Prix Malaysia PETRONAS, esok mungkin tepat.

Namun, bukan juara dunia dan pemenang GP Australia, Sebastian Vettel yang dijangka akan mengetuai cabaran itu, sebaliknya rakan sepasukan dari Australia, Mark Webber - yang agak tenggelam dalam perlumbaan di halaman sendiri, dijangka akan menyerlah. Mungkin berasakan sudah tiba masanya menebus kekecewaan apabila sekadar menduduki tempat kelima dalam perlumbaan di Albert Park lalu, Webber, 34, bingkas muncul pemandu terpantas dalam kedua-dua sesi latihan bebas sebelah pagi dan petang semalam menjelang sesi kelayakan tengah hari ini.

Webber yang kali pertama muncul di GP Australia 2002 itu merakam 1 minit 37.651 saat pada sesi latihan pertama di sebelah pagi sebelum membuktikannya sekali lagi pada sesi kedua sebelah petang dengan catatan 1:36.876s pada litar sepanjang 5.543km sepusingan itu.

Buat peminat tempatan, Mercedes PETRONAS GP dikemudi dua pemandu berpengalaman, Michael Schumacher dan Nico Rosberg menerbitkan harapan dengan kedudukan dalam kelompok 10 teratas.

Anehnya, Vettel yang mendominasi perlumbaan dua minggu lalu pula yang agak bergelut untuk mencari pelarasan terbaik pada kedua-dua sesi apabila sekadar melakukan 1:41.627s pada sesi pertama dan 1:37.090s pada sebelah petang.
"Kami nampak okay hari ini tetapi masih terlalu awal sebelum perlumbaan sebenar hujung minggu ini (esok). Jentera berfungsi baik dan jika mampu bertahan, ia pasti satu bonus tetapi kami perlu memeriksa semua tayar - termasuk tayar baru yang dibawa Pirelli ke sini.

Namun itu belum cukup untuk menjamin kemenangan di Sepang yang banyak bergantung kepada faktor cuaca seperti yang dialami semua pemandu semalam apabila menempuh cabaran pada suhu permukaan litar sekitar 30-33 darjah celsius pada sesi pertama dan 42-46 darjah celsius pada sebelah petang.

Malah setiap pasukan mengakui mereka masih dalam proses mengumpul data untuk memahami ketahanan tayar Pirelli yang digunakan kali pertama musim ini, sebelum memutuskan strategi hentian pit dalam perlumbaan esok.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kami tidak memikirkan trebel'

Posted: 08 Apr 2011 10:37 AM PDT

Sukan

MANCHESTER: Patrice Evra menegaskan Manchester United tidak memikirkan mengenai kemungkinan mencipta trebel ketika mereka bersedia berdepan Fulham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, hari ini.

"Kami tidak memperkatakan mengenai trebel, hanya mengenai memenangi perlawanan dan memberikan usaha 100 peratus," kata Evra. "Kami sangat gembira (menewaskan Chelsea). Ia adalah kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak 2002. Ia adalah penting kami berjaya meraih kemenangan dan menyempurnakan tanggungjawab kami.

The Red Devils berdepan barisan Mark Hughes deng an mensasarkan untuk menjarakkan 10 mata dengan Arsenal, yang memiliki satu perlawanan dalam tangan sungguh pun berkunjung ke Blackpool, esok. Berikutan perlawanan itu, mereka akan melayan kunjungan Chelsea bagi suku akhir kedua Liga Juara-juara dengan kelebihan 1-0 daripada perlawanan Stamford Bridge sebelum menentang pasukan tetangga, City dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, minggu depan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen