Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Apr 2011 09:43 AM PDT HANYA beberapa jam sahaja Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengotakan janjinya apabila menjelaskan separuh daripada geran tahunan yang sepatutnya diterima semua ahli gabungan badan induk kebangsaan itu. Ternyata Sultan Ahmad Shah benar-benar serius dengan kenyataannya kelmarin yang menyebut masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin dan selaku pemimpin nombor satu FAM, beliau tidak mahu masalah berkenaan dijadikan isu besar oleh sesetengah pihak sekali gus bakal mengaibkan namanya.
Naib Presiden FAM merangkap pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin serta Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Datuk Omar Othman masing-masing mengesahkan geran itu sudah dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.
"Mereka semua sudah tahu bahawa geran tahunan untuk musim ini akan sedikit lewat memandangkan kita perlu menyelesaikan beberapa perkara mengenai perjanjian dengan penaja baru iaitu Astro. Taklimat sudah diberikan dan mereka semua faham dengan keadaan itu.
Awal minggu ini, Arena Metro menyiarkan keluhan beberapa persatuan bola sepak negeri yang berdepan masalah untuk menguruskan pasukan masing-masing berikutan kelewatan geran tahunan yang sepatutnya diserahkan FAM sebelum musim bermula.
|
>Annuar ucap terima kasih pemberian geran Posted: 08 Apr 2011 09:42 AM PDT TIMBALAN Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berterima kasih di atas pemberian separuh daripada geran tahunan oleh Sultan Ahmad Shah kepada semua ahli gabungan badan induk itu semalam. Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, tindakan pantas Sultan Ahmad Shah itu jelas membuktikan beliau adalah pemimpin yang sentiasa peka dan prihatin.
Katanya beliau tidak bermaksud untuk mencampuri urusan Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM yang dipengerusikan oleh Sultan Ahmad Shah.
Jadi, tegas Annuar tidak timbul langsung isu kelewatan penyerahan geran itu dan kenyataannya berhubung perkara itu telah disalah-lapor.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan