Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Vettel sambar petak depan

Posted:

Vettel sambar petak depan

Vettel sambar petak depan

Oleh AIZAWATI AHMAD dan MUHAMMAD DAYNE AZMIN
sukan@utusan.com.my


Sebastian Vettel (tengah) dari pasukan Red Bull diapit rakan sepasukan, Mark Webber (kiri) dan pemandu pasukan McLaren, Lewis Hamilton selepas berakhir sesi kelayakan Formula Satu di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Vettel yang juga penyandang juara dunia mencatat masa terpantas untuk memulakan perlumbaan hari ini di petak depan. – MINGGUAN/IZHAM JAAFAR


SEPANG - Penyandang juara dunia, Sebastian Vettel membuktikan dirinya sukar dicabar apabila mengungguli pusingan kelayakan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.

Pemandu Jerman berusia 23 tahun itu akan memulakan perlumbaan, hari ini dalam petak pertama bersebelahan pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang mencatat kedua terpantas.

Hamilton yang pada awalnya berada dalam petak pertama setelah mencatat masa 1:34.974 saat, akhirnya terpaksa akur apabila dipintas pada saat akhir oleh Vettel yang melakar 0.174s (1:34.870s) lebih pantas.

Seorang lagi pemandu Red Bull, Mark Webber berada di tempat ketiga dengan 1:35.179s dan akan bersaing rapat di barisan kedua bersama pemandu McLaren, Jenson Button yang menghuni tangga keempat (1:35.200s).

Vettel pada sidang akhbar kemudian berkata, cabaran kelayakan, semalam berlangsung sengit apabila dicabar rapat oleh pasukan McLaren.

"Pada awalnya kami berada pada kedudukan dua dan tiga tetapi pada hujung saingan saya berjaya memintas (Hamilton) dan pujian harus diberi kepada krew Red Bull atas kejayaan ini.

"Tumpuan saya kini kepada perlumbaan, esok (hari ini) dan berharap akan mencatat keputusan lebih baik," katanya.

Sementara itu, dua pemandu Ferrari sekadar berpuas hati menghuni kedudukan lima dan tujuh dengan Fernando Alonso akan bersaing di barisan ketiga pada grid permulaan, hari ini, bersebelahan pelumba, Lotus Renault, Nick Heidfeld di tempat keenam.

Rakan sepasukan Alonso, Felipe Massa dari Brazil yang berada di petak ketujuh mencatat masa 1:36.251s dan berada di grid yang sama dengan seorang lagi pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov yang mencatat keputusan kelapan terbaik dalam pusingan kelayakan itu.

Selain Lotus Renault, sebuah lagi pasukan yang mempunyai kaitan dengan Malaysia, Mercedes GP Petronas akan memulakan saingan di petak kesembilan menerusi pemandunya Nico Rosberg, manakala, rakan sepasukan, Michael Schumacher sekadar mencatat keputusan ke-11 terpantas, semalam.

Dalam pada itu, Hamilton melahirkan rasa gembiranya untuk memulakan perlumbaan pada barisan paling hadapan dalam usahanya memberikan saingan kepada Vettel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak cukup pantas - Alonso

Posted:

Tidak cukup pantas - Alonso

Tidak cukup pantas - Alonso


KREW pasukan Ferrari menolak kereta Formula Satu yang dipandu Fernando Alonso ke garaj selepas berakhir ujian masa ketiga sebelum bermulanya sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAIM AZIZ


SEPANG - Juara dunia dua kali, Fernando Alonso mengakui jentera Ferrari yang dipandunya tidak cukup pantas selepas berakhir sesi kelayakan masa pada Grand Prix Malaysia, semalam.

Alonso, yang akan memulakan perlumbaan di petak kelima, berkata, jentera Ferrari agak ketinggalan berbanding Red Bull dan McLaren yang begitu aerodinamik, namun masih mampu menaiki podium jika dapat menghabiskan perlumbaan.

"Jentera ini tidak berapa pantas, perlumbaan sekarang mementingkan aerodinamik jadi saya perkara itu perlu difikirkan sebaik mungkin dan selalunya setiap pembaharuan yang dilakukan, akan banyak membantu.

"Jadi itulah perkara yang membezakan antara kami dan Red Bull dan McLaren mungkin mereka melakukannya dengan lebih baik berbanding kami setakat ini," kata pelumba Sepanyol berusia 29 tahun itu.

Alonso berkata, Ferrari begitu bergelut pada perlumbaan pembukaan musim di Australia, di mana dia hanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan menjangkakan akan berdepan saat sukan menjelang perlumbaan di China minggu depan. - AFp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan