Berita Harian: Sukan |
Posted: 23 Apr 2011 12:14 PM PDT Sukan Nadzmi yakin dengan kontrak baru walau Misbun terus membisu Nadzmi yakin dengan kontrak baru walau Misbun terus membisu TIDAK mahu berfikiran negatif, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) percaya Datuk Misbun Sidek akan kembali ke badan induk itu kerana tawaran kontrak baru bagi melatih skuad pelapis disifatkan sebagai 'jujur'. "Kami jujur dalam mengemukakan kontrak baru kerana khidmatnya (Misbun) masih diperlukan dan pada masa sama, kami tidak mahu mengecewakan Lee Chong Wei yang makin selesa dengan jurulatih baru," kata presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh. Apa yang perlu kini, katanya, ialah memastikan Misbun kembali ke BAM kerana percaya sentuhan emas jurulatih itu mampu melahirkan lebih ramai pemain badminton kelas dunia lain selepas membantu Chong Wei mengungguli persada antarabangsa. "Maklum balas daripada Chong Wei adalah penting semasa kontrak baru dibuat. Khidmat Misbun diputuskan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM dan keputusan jelas mahukan dia kembali, cuma hanya ada sedikit perbezaan tugas," katanya. Dengan berbaki empat hari menjelang mesyuarat Exco BAM, Misbun perlu memberikan kata putus terhadap tawaran itu selepas dia tidak lagi diberi tugas membimbing Chong Wei yang kian selesa di bawah ketua jurulatih, Rashid Sidek dan Tey Seu Bock. BAM mengemukakan tawaran kontrak baru kepada Misbun awal bulan ini dan Setiausaha Kehormat yang juga Pengerusi CTC, Ng Chin Chai berkata, syarat dan terma kontrak dipersetujui CTC tetapi hingga kini, Misbun belum memberi bayangan sama ada menerima atau menolak tawaran berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hernandez pastikan 3 mata lagi Posted: 23 Apr 2011 12:13 PM PDT Sukan JAVIER Hernandez (kanan) berebut bola dengan pertahanan Everton, Tony Hibbert dalam saingan di Old Trafford di Manchester. Red Devils yang dihambat Chelsea dan Arsenal, menang walaupun sukar menembusi kekentalan benteng Everton dan di ambang tercicir mata di tempat sendiri hinggalah penyerang muda Mexico itu memecah kebuntuan menerusi tandukan jarak dekat, tujuh minit sebelum permainan tamat. United kini mengumpul 73 mata selepas 34 permainan tetapi kelebihan sembilan mata itu dijangka bertahan beberapa jam sebelum Chelsea bertemu West Ham dalam perlawanan di Stamford Bridge manakala Arsenal bertandang ke Bolton, hari ini. Dengan saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Schalke 04 menanti awal pagi Rabu ini, Ferguson merehatkan Nemanja Vidic, Patrice Evra, Ryan Giggs dan Michael Carrick daripada kesebelasan utama tetapi United masih mampu mendominasi saingan dengan memaksa penjaga gol Everton, Tim Howard menyelamatkan dua cubaan berbahaya Hernandez.Everton yang tidak pernah menang di Old Trafford sejak 1992, terkilan apabila pengadil Peter Walton tidak memberikan sepakan penalti pada babak kedua apabila Rio Ferdinand menarik Victor Anichebe manakala cubaan Jack Rodwell memaksa Edwin Van der Sar berusaha keras. Ketika Ferguson terdesak mahukan kemenangan dengan memasukkan Michael Owen dan Ryan Giggs di babak kedua, hantaran lintang Antonio Valencia ditanduk masuk Hernandez untuk meleraikan penantian. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan