Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Court Soccer gah

Posted: 03 Apr 2011 11:27 AM PDT

PASUKAN Court Soccer dinobatkan juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Harian Metro Zon Utara selepas menewaskan J Brabus United 3-1 pada perlawanan akhir yang cukup dramatik di Safira Sports Planet, semalam.

Bersaksikan hampir 5,000 penonton yang membanjiri gelanggang pertandingan, Safira Sports Planet, Seberang Jaya, skuad Court Soccer membuktikan kemantapan untuk membawa pulang RM5,000 dan hadiah iringan lain manakala JB United menerima RM3,000.


"Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan saya puas pemain berjaya menewaskan pasukan lawan," kata pengurus pasukan Court Soccer, Hasan Kasim.

Dalam aksi kategori wanita pula, Pheonix D muncul juara selepas menundukkan Eguana 3-2 sekali gus menerima hadiah utama RM3,500. Eguana membawa pulang RM2,500.


Skuad Wikey Jr pula memenangi kategori Lelaki Bawah 17 tahun apabila mengatasi Dynamic FC 3-2. Selaku juara, Wikey Jr menerima RM2,500 manakala Dynamic FC RM1,500.


Sebanyak 342 pasukan membabitkan 233 skuad Terbuka Lelaki, 32 Terbuka Wanita dan 77 Lelaki Bawah 17 tahun dengan majoritinya pasukan Utara menyertai pertandingan bermula kelmarin.

Daripada jumlah itu, lapan pasukan setiap kategori yang mara ke suku akhir layak bertanding di Grand Final, September depan dengan lokasinya diumumkan kelak.


Bagi pasukan yang gagal mereka masih berpeluang mencari tempat ke Grand Final dengan merebut 24 lagi slot di peringkat seterusnya di Zon Selatan pada 7-8 Mei ini.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail, Pengarang Sukan Harian Metro, Radzi Wahab dan Pengarah Wilayah Utara Kumpulan AmBank, Tan Leong Theng.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekalan bermakna berentap di Grand Final

Posted: 03 Apr 2011 11:25 AM PDT

PASUKAN Court Soccer membuktikan keunggulan mereka apabila melakar kejutan dengan muncul juara Terbuka Lelaki pada Karnival Futsal Harian Metro Zon Utara di Safira Sports Planet, semalam.

Pada aksi final semalam, pasukan dari Kuala Lumpur itu menundukkan pasukan pilihan yang juga juara bertahan di Zon Utara tahun lalu, Brabus United 3-1 sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala Brabus terpaksa berpuashati sebagai naib juara untuk meraih RM3,000.


Tempat ketiga pula menjadi milik Public FT yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Pengurus pasukan, Hasan Kasim berkata, kemenangan di Zon Utara semalam adalah sangat berharga kerana beliau sendiri tidak menyangka dapat menewaskan barisan pemain Brabus United yang hampir kebanyakannya adalah bekas pemain Court Soccer.


"Tentu sekali saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana pasukan yang bersaing pada karnival kali ini sebenarnya jauh lebih muda berbanding pemain Brabus United yang juga bekas pemain pasukan ini.


"Begitupun, ingin saya tegaskan kemenangan ini bukan bermakna misi untuk membalas dendam ke atas pihak lawan, cuma saya rasa kami mempunyai semangat lebih tinggi dan dapat beraksi dengan cemerlang pada aksi final ini.

"Saya amat berbangga dengan barisan pemain muda ini dan kami akan cuba meneruskan rentak cemerlang ini pada aksi di Grand Final nanti," katanya.


Selain Court Soccer dan Brabus United, enam lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Grand Final ialah Pronic, Matri, Samba FC, Brabus United, DJ Square dan Hicom Honda B.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan