Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Semangat United melonjak

Posted:

Semangat United melonjak

Semangat United melonjak



LONDON - Juara tiga kali, Manchester United mahu menjadikan penguasaan mereka pada saingan Liga Perdana England sebagai pencetus semangat bagi menghadapi Chelsea pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

United akan bertandang ke Stamford Bridge dengan mengetahui bahawa pertemuan kedua-dua kelab gergasi England itu pada dua saingan sebelum ini lebih berpihak kepada pasukan yang beraksi di tempat lawan terlebih dahulu.

Buktinya, pada 2009, Chelsea menyingkirkan Liverpool setelah mereka menang 3-1 pada aksi pertama di Anfield manakala pada 2008, Liverpool menyingkirkan Arsenal setelah seri 1-1 pada aksi pertama di Emirates.

Hanya pada suku akhir musim lalu, tradisi itu diubah oleh dua kelab Perancis apabila Lyon yang beraksi di laman sendiri terlebih dahulu berjaya menyingkirkan Bordeaux dan ia mahu diteruskan oleh Chelsea musim ini.

Satu lagi fakta yang membuatkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu bertambah semangat ialah untuk menjadi pasukan pertama selepas Inter Milan berjaya menjulang kejuaraan Eropah di bandar sendiri pada 1965 memandangkan final musim ini bakal berlangsung di Wembley, London.


VIDIC (tengah) membakar semangat rakan-rakan sepasukannya menjelang pertemuan menentang Chelsea pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.


Namun, ia bukanlah tugas mudah buat Chelsea apabila United tetap masih berpeluang menjuarai tiga kejohanan musim ini iaitu Liga Juara-Juara, Liga Perdana England dan Piala FA biarpun mereka tidaklah beraksi pada tahap terbaik.

Kapten United, Nemanja Vidic berkata, peluang untuk terus beraksi dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut tidak boleh dipersia-siakan begitu saja pada peringkat ini.

"Memang seronok apabila kami masih bersaing merebut tiga trofi tetapi ia tidak akan memberi sebarang makna jika kami gagal memenangi mana-mana trofi ini.

"Ia pasti satu pencapaian yang cukup baik andai kami berjaya menjulang ketiga-tiga trofi ini pada musim ini. Tetapi ia memang sesuatu yang sukar dilaksanakan jika melihat kepada pasukan yang kami bakal hadapi.

"Apa pun, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kami lakukan," kata Vidic. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Spurs tekad tambah derita Real Madrid

Posted:

Spurs tekad tambah derita Real Madrid

Spurs tekad tambah derita Real Madrid


RONALDO (kanan) belum pasti diturunkan ketika Real menentang Spurs pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi esok.


MADRID - Rekod kebal Real Madrid di laman sendiri telah lebur awal pagi Ahad lalu.

Kini Tottenham Hotspur (Spurs) mahu menjadi pasukan terbaru yang berjaya meraih kemenangan di Santiago Bernabeu.

Spurs bertandang ke gelanggang keramat itu untuk bertemu Real pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Selepas kejayaan membawa Real mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2004, rekod cemerlang Jose Mourinho sepanjang 150 perlawanan kelab di laman sendiri tercalar apabila Real tewas 0-1 kepada Sporting Gijon.

Namun, Real masih boleh bermegah dengan rekod sembilan kali menjuarai kejohanan Eropah itu sedangkan Tottenham hanya sekali berjaya melangkah ke separuh akhir pada edisi 1962 sebelum tewas kepada Benfica.

Pengurus Spurs, Harry Redknapp tidak pernah bertemu Mourinho untuk aksi penting seperti itu biarpun mereka pernah bertemu sebelum ini ketika Mourinho membimbing Chelsea manakala Redknapp mengendalikan Portsmouth dan Southampton.

"Beliau (Mourinho) telah lima kali menewaskan pasukan bimbingan saya tetapi perlu diingat, Chelsea mudah menewaskan sesiapa dan saya ketika itu membawa Portsmouth," kata Red- knapp.

Mourinho kini sedang memburu gelaran pengurus pertama yang berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama tiga pasukan berlainan.

Namun, beliau kini menghadapi masalah kecederaan yang menimpa Marcelo, Karim Benzema dan juga Cristiano Ronaldo.

"Jika dia (Ronaldo) berpeluang untuk turun beraksi, ia suatu risiko yang perlu ditanggung dirinya dan juga saya sebagai jurulatih.

"Tetapi menurut maklumat daripada bahagian perubatan, dia tidak dapat beraksi dan hanya akan kembali apabila bertemu Athletic Bilbao.

"Tottenham jelas sebuah pasukan yang bercita-cita tinggi dengan barisan pemain dan pengurus yang baik. Mereka sebuah pasukan yang berbahaya," jelas Mourinho. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

City buru status naib juara

Posted:

City buru status naib juara

City buru status naib juara


TEVEZ (tiga dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Sunderland kelmarin. City menang 5-0.


MANCHESTER - Menyedari peluang bergelar juara seakan-akan sudah berakhir, pengurus Manchester City, Roberto Mancini meletakkan sasaran untuk mengakhiri saingan Liga Perdana England musim ini di tangga kedua.

Mancini berkata, para pemainnya kini berada pada tahap prestasi terbaik bagi mengharungi baki tujuh perlawanan.

Kenyataan Mancini itu disokong dengan kejayaan anak-anak buahnya menewaskan Sunderland 5-0 dalam aksi liga di Stadium of Manchester kelmarin.

Sekalipun dilihat sukar untuk memintas kedudukan Manchester United selaku pendahulu liga selepas ketinggalan 10 mata, Mancini optimis bahawa skuad kendaliannya itu mampu mengakhiri saingan musim ini selaku naib juara.

Ketika ini, City berada di tangga ketiga liga apabila mengumpul 56 mata, ketinggalan tiga mata di belakang Arsenal.

"Kami hanya dipisahkan tiga mata dengan Arsenal dan saya yakin kami mampu mempamerkan peningkatan.

"Kini, adalah penting buat kami untuk mengekalkan rentak kecemerlangan dan sudah pasti pertemuan menentang Liverpool minggu depan, kami mahu mencatat kemenangan," kata Mancini.

Pada pertemuan kelmarin, lima gol City masing-masing dijaringkan menerusi Adam Johnson seawal minit kesembilan, Carlos Tevez (15), David Silva (63), Patrick Vieira (67) dan Yaya Toure (73).

Mancini menambah, aksi konsisten yang dipamerkan anak- anak buahnya itu adalah kesan daripada tersingkirnya mereka dalam saingan Liga Europa yang mana skuad kendaliannya itu mempunyai banyak masa untuk menjalani latihan dan kekal fokus.

"Adalah penting buat kami memenangi perlawanan dengan Sunderland ini selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa.

"Apa yang membezakannya? Kami mempunyai banyak masa untuk menjalani latihan dan kami memulakan perlawanan dengan baik sekali.

"Saya terkejut dengan aksi pemain-pemain tetapi gembira kerana mereka dapat menjaringkan lima gol," tambahnya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen