Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sentuhan Giggs masih berbisa

Posted:

Sentuhan Giggs masih berbisa

Sentuhan Giggs masih berbisa


HERNANDEZ (kiri) dan Ji-sung (dua dari kiri) muncul sebagai penjaring United ketika pasukan itu menewaskan Chelsea 2-1 pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER – Alex Ferguson memuji persembahan Ryan Giggs ketika membantu Manchester United menewaskan Chelsea 2-1 pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.

United mengesahkan slot ke separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Stamford Bridge minggu lalu.

Selepas menjadi penggerak utama di atas jaringan yang dilakukan Wayne Rooney minggu lalu, Giggs, 37, sekali lagi membuktikan bahawa sentuhannya masih boleh diharap.

Biarpun tidak menjaringkan gol, beberapa gerakan menarik yang dilakukan pemain sayap vateran United itu sudah cukup untuk memikat hati Ferguson.

Giggs menjadi tulang belakang di atas dua jaringan yang dihasilkan skuad The Red Devils menerusi bintang muda pasukan itu, Javier Hernandez dan perancang Korea Selatan, Park Ji-Sung.


GIGGS (kiri) menjadi pemain penting yang membantu United menewaskan Chelsea pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara.


Kedua-dua pemain tersebut menjaringkan satu gol masing-masing pada minit ke-43 dan 77 manakala gol sagu hati Chelsea diperoleh menerusi penyerang Ivory Coast, Didier Drogba.

"Kita telah banyak kali bercakap mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan adalah dia (Giggs) dianggap sebagai nadi utama pasukan kami (United).

"Aksi yang dipamerkan Giggs sungguh menakjubkan dan dia seorang pemain yang begitu unik sekali.

"Sumbangan kepada pasukan sungguh besar. Lihat sahaja sumbangannya pada jaringan Rooney minggu lalu dan dua gol yang kami hasilkan hari ini (awal pagi semalam).

"Ia merupakan sumbangan yang besar. Semua itu berjaya dilakukan kerana pengalaman yang luas dan aksi yang sentiasa tenang setiap kali berdepan pemain lawan," kata Ferguson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PSV tetap mengintai peluang

Posted:

PSV tetap mengintai peluang

PSV tetap mengintai peluang

LONDON - Lapan pasukan masih mengintai peluang untuk menempah slot ke saingan separuh akhir Liga Europa menjelang aksi suku akhir kedua awal pagi esok.

Begitupun, tiga kelab iaitu Benfica, FC Porto dan Villareal dilihat memiliki peluang yang lebih cerah untuk mara peringkat seterusnya setelah mencatat kemenangan selesa ke atas lawan masing-masing pada aksi suku akhir pertama minggu lalu.

Pada pertemuan tersebut, Benfica tampil cemerlang apabila menewaskan PSV Eindhoven 4-1, Porto mencatat kemenangan mudah ke atas Spartak Moscow 5-1 dan Villareal turut membelasah Twente Enschede 5-1.

Manakala dalam satu lagi pertemuan suku akhir, peluang Dynamo Kiev dan Braga masih lagi terbuka setelah kedua-dua kelab sekadar seri 1-1.

Meskipun dilihat sukar untuk kembali bangkit setelah tewas pada aksi suku akhir pertama, jurulatih PSV, Fred Rutten tetap optimis dengan peluang anak-anak buahnya.

"Kami (PSV) akan terus bersaing tetapi itu sahaja tidak cukup bagi menjamin tempat kami ke peringkat separuh akhir.

"Kami perlu beraksi dengan corak permainan yang sempurna bagi memastikan kemenangan memihak kepada kami malah kami perlu juga menjaringkan gol dengan banyak.

"Namun, Benfica pastinya tidak akan memberi laluan mudah buat kami mencapai hajat kami itu kerana mereka juga mahu mencatat kemenangan. Kami sangat menghormati Benfica," jelas Rutten.

Menyukarkan lagi situasi PSV ketika ini, mereka akan turun tanpa kelibat penyerang Sweden, Ola Toivonen yang mengalami masalah kecederaan.

Kecederaan Toivonen itu dialaminya ketika PSV seri 2-2 dengan Heerenveen dalam saingan Liga Jerman Ahad lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azman: Pemain tak berfungsi dengan baik

Posted:

Azman: Pemain tak berfungsi dengan baik

Azman: Pemain tak berfungsi dengan baik

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


PEMAIN Kelantan (jersi putih) tidak beraksi pada tahap terbaik sehingga mudah dibelasah Perak pada perlawanan di Ipoh malam kelmarin.


SEMUA pemain gagal berfungsi dan kualiti permainan sangat teruk.

Itu komen pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, ekoran kekalahan memalukan pasukannya yang dibenam Perak 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Tanpa menyembunyikan kekecewaan tersebut, beliau memberitahu bahawa satu post-mortem akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kekalahan tersebut yang disifatkan paling buruk dalam tempoh empat tahun.

"Saya pun tidak tahu apa yang berlaku malam semalam. Kita seperti membiarkan Perak bermain dan kita gagal membuat sesuatu untuk menyekat kemaraan mereka. Hasilnya, ia cukup mengecewakan.

"Ini adalah persembahan paling buruk setakat ini dan kita perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semula moral pemain dan penyokong. Ia perlu dilakukan dengan segera kerana kita tidak mempunyai banyak masa, jadual perlawanan kita cukup padat," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, ini bukan masa yang sesuai untuk menuding jari mencari kesalahan pemain atau jurulatih tetapi ini adalah pengalaman pahit yang cukup berguna sebagai pengajaran dalam mengharungi baki saingan liga.

Jelasnya, beliau tidak menafikan kemenangan besar ketika mengatasi Felda United, Sabtu lalu membuatkan para pemainnya terlena seketika dan terlalu yakin tanpa menyedari kekuatan pasukan lawan.

"Rekod perlawanan di tempat lawan kita musim ini tidak begitu baik. Selepas menang perlawanan Piala Sumbangsih menentang Selangor, rekod kita tidak bagus, hanya seri termasuk kalah kepada Pahang dan T-Team.

"Menentang Sabah di Kota Bharu Sabtu ini adalah masa yang terbaik untuk semua pemain membuktikan mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan memulihkan semua semangat seluruh penyokong setia mereka," ujarnya.

Katanya, semua pemain, pengurusan dan penyokong tidak perlu panik dengan situasi ini kerana Kelantan masih berpeluang untuk melakukan sesuatu ketika jadual perlawanan masih panjang selain perbezaan mata juga tidak begitu ketara.

Ketika ditanya mengenai situasi 'bilik persalinan' Kelantan ekoran beberapa spekulasi kononnya ada perselisihan antara pemain, Azman menjawab:

"Semuanya tenang, tidak ada apa yang berlaku. Spekulasi ini hanya bertujuan untuk merosakkan pasukan dan saya percaya seluruh pasukan berada dalam keadaan terbaik untuk terus memberi saingan dalam liga," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen