Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jangan leka sangat - Karathu

Posted:

Jangan leka sangat - Karathu

Jangan leka sangat - Karathu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


KARATHU (tengah) menganggap pertemuan menentang Perlis malam ini sangat penting.


"JANGAN leka dibuai kejayaan lalu, sebaliknya berikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan."

Demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu kepada barisan pemain yang akan melayan kunjungan Perlis pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.

Menurutnya, meskipun mencatatkan kemenangan besar ke atas Perlis pada Selala lalu, beliau tetap menganggap pertemuan itu tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya mahu pasukan itu berwaspada dengan kekuatan pemain muda skuad Singa Utara itu.

"Memang kita perlu mencari gol awal untuk menaikkan semangat pasukan dan juga memberi tekanan kepada pasukan lawan.

"Namun harus diingat, kita jangan bagi ruang kepada mereka untuk bergerak bebas. Saya rasa gol pertama nanti mampu mengubah rentak permainan kita dalam perte- muan ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, ini merupakan pelu- ang terbaik buat Kelantan untuk mengutip tiga mata di Kota Bharu dalam usaha meneruskan tekanan ke atas pasukan teratas.

Karathu memberitahu, meskipun beraksi di laman sendiri, beliau mahu barisan pemain meneruskan rentak cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan lalu.

"Jadi, pertemuan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Mana-mana pemain yang diturunkan tidak boleh melakukan kesilapan. Saya mahu semua pemain memberikan komitmen terbaik.

"Dalam bola sepak, apabila kita mempunyai tiga peluang dalam satu masa dan salah satu daripadanya berjaya memperoleh gol, itu dikira sudah cukup baik," ujarnya.

Justeru, beliau mahu pemain tampil dengan lebih bernafsu ter- utama ketika berada di hadapan pintu gol lawan.

"Kita mencipta banyak peluang, namun dipersia-siakan. Saya tidak mahu situasi itu berulang. Selain kutipan mata, kadangkala jumlah jaringan gol juga boleh mempengaruhi kedudukan sesebuah pasukan untuk bergelar juara," katanya.

Ditanya mengenai percaturan taktikal bagi menghadapi Singa Utara malam ini, Karathu berkata, beliau sekali lagi bersedia untuk me- nurunkan barisan yang sama ketika aksi di Kangar minggu lalu.

"Semua pemain bebas daripada kecederaan kecuali S. Chanturu. Keputusan sama ada dia diturunkan atau tidak hanya akan ditentu- kan esok (ini).

"Saya juga sedang memikirkan untuk merehatkan satu dua pemain sekiranya perlu bagi menghadapi perlawanan menentang Selangor pertengahan minggu depan.

"Kita tengok dulu keadaan macam mana, semuanya bergantung pada situasi semasa. Penting juga untuk kita merehatkan beberapa pemain bagi menghadapi perlawa- nan menentang Selangor yang kita nanti-nantikan selama ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor tidak rela lagikehilangan mata

Posted:

Selangor tidak rela lagikehilangan mata

Selangor tidak rela lagikehilangan mata


FADZLI (tengah) tidak dibawa ke Kota Kinabalu kerana masih belum pulih daripada kecederaan.


RAIH kemenangan di Kota Kinabalu, kemudian curi sekurang-kurangnya satu mata di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Itu misi jurulatih Selangor, K. Devan menjelang tiga aksi di tempat lawan secara berturut- turut yang perlu dihadapi pasukannya apabila memulakan saingan pusingan kedua Liga Super esok, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Selangor yang kini mendudu- ki tangga teratas dengan 29 mata, empat mata mengatasi pencabar terdekat, Terengganu yang menghuni tangga kedua bakal turun menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok.

Selepas itu, skuad Selangor akan terbang pula ke Kota Bharu untuk bertemu Kelantan pada Selasa depan disusuli pertembungan dengan Terengganu di Kuala Terengganu tiga hari kemudian.

"Pada aksi menentang Sabah, sasaran kami ialah untuk mengutip tiga mata penuh. Kami mahu memulakan saingan pusi- ngan kedua ini dengan langkah kanan.

"Tetapi pada perlawanan dengan Kelantan dan Terengganu, kami tidak boleh serahkan tiga mata penuh kepada pasu- kan lawan kerana kedua-dua mereka merupakan pencabar utama di tangga teratas.

"Kalau boleh, seri pun sudah memadai. Tetapi kalau boleh, kami mahu menang untuk melebarkan lagi jurang mata," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selangor hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 pada tiga aksi terakhir bertemu Felda United, Perak dan Sabah pada Selasa lalu tetapi bagi Devan, bukan pasukannya saja merasai kelesuan akibat jadual padat.

"Kita boleh nampak berdasarkan keputusan Selasa lalu, semua perlawanan menyaksikan margin gol yang sedikit ke- cuali Kelantan yang menewaskan Perlis 5-1.

"Jadi saya akan bawa semua pemain utama ke Kota Kinabalu kecuali Fadzli Saari yang cedera," jelas Devan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Lupakan saja berlatih di Ranau'

Posted:

'Lupakan saja berlatih di Ranau'

'Lupakan saja berlatih di Ranau'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

GARA-GARA kemelut yang berterusan berhubung isu program lati- han pusat atlet-atlet olahraga negara di Kompleks Sukan Ranau (KSR) di Sabah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) ada pendirian tersendiri untuk menyelesaikannya.

Shabery berpandapat, elok dibatalkan sahaja hasrat untuk membawa atlet-atlet olahraga negara menjalani latihan di KSR sekiranya masalah-masalah yang berbangkit sebelum ini masih gagal untuk diatasi.

"Perkara ini bukan baru sebenar- nya, malah kita sudah beritahu sejak dari awal lagi, latihan tidak per- lulah diadakan jauh-jauh.

"Lagipun, atlet-atlet sendiri telah memberitahu yang mereka belum bersedia untuk berlatih di sana (KSR) kerana ada dalam kalangan mereka masih lagi menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang.

"Bagi saya, batalkan sahaja hasrat untuk menjalani latihan di Ranau dan teruskan latihan seperti biasa di Bukit Jalil," kata Shabery ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Pada Januari lalu, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) telah menyuarakan hasrat mereka bagi membawa atlet-atlet olahraga negara menjalani latihan pusat di KSR sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

Bagaimanapun, ia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang merasakan program tersebut hanyalah suatu pembaziran selain Lembaga Sukan Negeri Sabah (LS- NS) mengakui bahawa KSR sebe- narnya masih belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) sejak pembinaan dimulakan pada 2007.

Terbaru, Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim mendakwa bahawa pihak LSNS tidak bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kemudahan asas di KSR.

Karim berkata, sekiranya LSNS masih gagal untuk menyediakan kemudahan asas sebelum hujung bulan ini, pihaknya terpaksa mencari lokasi baru sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA.

Tidak berakhir begitu sahaja, Pengurus Besar LSNS, Mahmood Kalong pula tampil membidas kenyataan Karim itu apabila menjelaskan bahawa perkara tersebut bukan disengajakan tetapi berlaku disebabkan beberapa masalah yang dialami mereka.

Difahamkan, hujan lebat yang turun sejak kebelakangan ini di Ranau sehingga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh, sedikit seba- nyak telah menyukarkan pihak kontraktor untuk meneruskan kerja- kerja pembinaan termasuklah menyediakan kemudahan asas.

Diminta mengulas mengenai 'perang mulut' yang berlaku di antara KOAM dengan LSNS itu, Shabery menjelaskan bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak baik KOAM mahupun LSNS.

Sebaliknya, beliau lebih gemar melihat situasi tersebut daripada aspek yang berbeza bukan sahaja terhadap KOAM tetapi persatuan- persatuan sukan yang lain juga.

"Setiap pemimpin sukan itu sepa- tutnya memiliki semangat kesukanan yang tinggi dan untuk itu mereka perlulah lahir dalam kalangan individu-individu yang berpengetahuan luas dalam sukan.

"Buktikan kepada semua yang mereka memiliki integriti tinggi sebagai pemimpin sukan tetapi jika perkara ini tiada, tidak perlulah jadi pemimpin persatuan sukan.

"Sekiranya berhasrat untuk memegang jawatan dalam persatuan sukan hanya kerana kepentingan peribadi masing-masing, ia merupakan suatu perkara yang tidak baik untuk pembangunan sukan negara," ujar Shabery.

Mungkin ada maksud yang tersirat ingin disampaikan Menteri Belia dan Sukan tersebut berdasarkan kenyataannya itu, namun apa yang pasti ia pesanan khusus buat semua pemimpin persatuan sukan tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen