Berita Harian: Sukan |
Posted: 06 May 2011 06:47 PM PDT Sukan CHELSEA sudah membuktikan keajaiban dan malam esok, satu lagi misi penting mahu dilakar anak buah Carlo Ancelotti apabila berdepan Manchester United di Old Trafford. Daripada kempen kurang meyakinkan termasuk beberapa keputusan terburuk dalam sejarah kelab itu sejak sedekad lalu yang hampir memusnahkan peluang mempertahankan kejuaraan apabila ketinggalan 15 mata di belakang United 1 Mac lalu, Blues bangkit mengutip 25 daripada keseluruhan 27 mata dalam sembilan perlawanan terakhir. Kini dengan hanya tiga mata di belakang Red Devils, Chelsea yang mendapat sedikit tuah apabila United tewas 0-1 kepada Arsenal minggu lalu, mahu memastikan kemenangan kerana kelebihan jaringan akan meletakkan mereka di tangga teratas mengatasi United, berbaki dua perlawanan liga.United - yang menempah tiket final Liga Juara-Juara Eropah selepas membenam Schalke 04 minggu ini - mempunyai barisan penuh untuk menafikan hajat besar Chelsea kerana semua tonggak - Wayne Rooney, Javier Hernandez, Ryan Giggs, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand - cergas untuk diturunkan. Giggs sendiri mengakui United tidak sangka terpaksa bersaing dengan Chelsea lagi bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meninggalkan lawan itu jauh di belakang, Mac lalu. "Dalam beberapa perlawanan penting, kami tercicir mata. Tetapi umumnya, persembahan kami baik. Kami yakin mampu menewaskan mana-mana pasukan di Old Trafford, terutama selepas mara ke final ketiga Liga Juara-Juara minggu ini."
"Kami kembali mempamerkan prestasi berkesan sejak akhir-akhir ini. Kami hanya perlu menewaskan United di Old Trafford untuk memastikan peluang mempertahankan kejuaraan kukuh. Saya tidak nampak kenapa kami tidak boleh menang." – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Stadium Nasional paling sesuai - Azzuddin Posted: 06 May 2011 06:46 PM PDT Sukan Datuk Azzuddin Ahmad "Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan mengenai usaha berkenaan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi semalam. "Mengikut kenyataan awal pihak pengurusan stadium, kerja-kerja baik pulih bakal siap akhir Jun atau selewat-lewatnya awal Julai. "Jadi jika mengikut perancangan FAM, tidak ada masalah mengadakan perlawanan di sana. Bagaimanapun tidak ada hitam putih dari mereka, hanya janji mulut. Saya harap masih ada peluang bermain di situ tanpa sebarang kos tambahan. "Kami masih berusaha untuk mengadakan perlawanan tanpa membabitkan kos tinggi. Stadium ini adalah stadium utama negara dan paling sesuai untuk mengadakan perlawanan bertaraf tinggi begini."Azzuddin turut menafikan laporan badan induk itu sedia membayar kos penangguhan baik pulih stadium berjumlah RM500,000. "FAM tidak pernah mengatakan kami sedia membayar jumlah berkenaan," kata Azzuddin. "Kami hanya mengatakan akan berusaha gigih untuk mengadakan perlawanan di situ. Perkara ini masih dalam proses perbincangan." Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini menjelaskan, FAM perlu menanggung kos RM500,000 untuk menggunakan gelanggang dengan kapasiti 100,000 penonton itu yang sedang dibaik pulih dan dijangka siap pada Julai atau Ogos. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan