Harian Metro: Arena |
Posted: 06 May 2011 02:44 PM PDT MALAM malang buat tuan rumah Malaysia! Begitulah yang boleh dirumuskan mengenai kekalahan 2-1 kepada juara dunia, Australia pada perlawanan kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-20 di Ipoh, malam tadi. Kegagalan menyempurnakan penalti selain gol kemenangan lawan diperoleh hanya 35 saat sebelum tamat permainan menceritakan keperitan yang terpaksa ditanggung pemain tuan rumah .
"Kami di peringkat memberi pendedahan kepada pemain dalam usaha membentuk mereka menjadi pemain bertaraf antarabangsa.
Sehingga gol itu, Malaysia tampak seakan mampu mencapai kejayaan membanggakan apabila memaksa juara dunia itu bekerja keras sepanjang perlawanan.
Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan itu, Beng Hai tetap memuji persembahan anak buahnya.
|
Posted: 06 May 2011 02:42 PM PDT JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terus mencari jalan menjejaki pasukan 'misteri' Lubnan yang bakal ditentang pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 Jun ini. Beliau sehingga kini menganggap Lubnan pasukan misteri kerana masih tidak mengetahui sejauh mana kekuatan lawannya itu sekali gus menyukarkannya untuk mencongak strategi bagi aksi pertama di Stadium Sport City, Beirut pada 19 Jun.
Kim Swee yang turut menggalas tugas membimbing skuad Liga Super, Harimau Muda A yang menjadi teras skuad Olimpik negara mengambil pendekatan berhati-hati dengan ancaman Lubnan meskipun dari segi ranking dunia, negara itu kini menduduki tangga ke-169 berbanding Malaysia ke-138.
Bagi menghadapi tugas mencabar itu, Kim Swee sudah mengatur persiapan rapi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Kemboja di Phnom Penh pada 7 Jun sebelum berkunjung ke Doha bagi sesi latihan pusat dan menentang skuad Olimpik Qatar pada 13 Jun.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan