Berita Harian: Sukan |
Posted: 13 May 2011 01:04 PM PDT Sukan Dapat bekalan selesa di Shah AlamKELANTAN sudah sebelah kaki untuk mengulangi kemaraan layak ke final Piala FA buat musim kedua berturut-turut selepas membuat kejutan membelasah Selangor 5-1 dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kemenangan itu juga mengekalkan rekod bersih The Red Warriors ke atas Selangor dalam tiga pertemuan mereka, musim ini selepas dua kali menewaskan anak buah K Devan dalam pertembungan Liga Super termasuk perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Kesungguhan Kelantan memburu kemenangan ke atas lawan yang mengecewakan mereka 4-1 pada final 2009 menerusi penentuan penalti itu terserlah sejak awal lagi dan nyaris membuka jaringan seawal minit ketiga, namun rembatan Mohd Nurul Azwan Roya dari jarak kira-kira 30 meter sekadar menggegar tiang gol.Usaha pelawat membutirkan hasil pada minit ke-11 menerusi rembatan kencang Mohd Ramzulzahini Adenan yang memanfaatkan bola muntah daripada tampanan penjaga gol, Mohd Saiful Amar Sudar selepas dua percubaan awal Mohd Nurul Azwan dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha. Gol itu nyata menyemarakkan anak buah Karathu dan minit ke-40, Mohd Ramzulzahini menambah satu lagi gol sebelum kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi menjadikan kedudukan 3-0, dua minit sebelum rehat selepas menolak masuk hantaran Mohd Nurul Azwan. Bersambung babak kedua, Kelantan terus bernafsu untuk menambah gol dan memaksa pasukan Merah-Kuning lebih banyak bergantung kepada serangan balas untuk mencari gol. Percaturan itu bagaimanapun tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya Kelantan yang berjaya menambah dua lagi gol menerusi Mohd Nurul Azwan m-67, Norshahrul Idlan m-71, sebelum Mohd Amri Yahyah meraih gol sagu hati buat Selangor pada minit terakhir permainan untuk menjadikan kedudukan muktamad 5-1. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 13 May 2011 12:57 PM PDT Sukan LONDON: Selepas 25 tahun mengambil alih Manchester United dengan impian mengetepikan penguasaan Liverpool, impian besar Alex Ferguson (kanan) itu tampak bakal menjadi kenyataan hari ini. Selepas persembahan memberangsangkan di Old Trafford hujung minggu lalu ketika memusnahkan harapan Chelsea mempertahankan kejuaraan, United kini hanya memerlukan keputusan seri di Blackburn untuk menjulang kejuaraan ke-19 Liga Perdana Inggeris sekali gus mengatasi rekod Liverpool sebagai kelab Inggeris paling berjaya. Dalam drama yang bakal berakhir dengan kegembiraan buat peminat United, Red Devils mampu mengesahkan kejuaraan musim ini pada hari sama jirannya, Manchester City berjuang menamatkan kemarau kejuaraan 35 tahun pada final Piala FA di Wembley.Pertabalan sebagai juara mungkin hadir di Ewood Park selepas musim yang menyaksikan skuad kendalian Ferguson kali ini dikritik hebat pada awal musim dan dibandingkan dengan pasukan-pasukan sebelum-nya yang bergelar juara. Namun Ryan Giggs, satu-satunya pemain vete-ran yang mengecap semua 11 kejuaraan bersama United di bawah kendalian Ferguson sehingga hari ini, tidak terganggu dengan kritikan dilemparkan kepada pasukannya. "Secara jujur, ia sedikit pun tidak mengganggu kami," kata Giggs. "Kami semua menerimanya, pada awal musim kami tidak bermain dengan baik tetapi masih mampu mendapatkan keputusan yang seimbang.
Mengikut statistik, skuad Ferguson kali ini mampu mencatat keputusan lebih baik berbanding skuad juara berganda pada 1999, sekiranya mengumpul empat mata pada dua perlawanan terakhir. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan