Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Gan-Tan enggan diam diri

Posted: 13 May 2011 12:44 PM PDT

"SAYA tahu kami tidak berpeluang lagi untuk beraksi di Kejohanan Dunia, namun tetap akan memperjuangkan hak. Kami akan mengambil apa juga tindakan ke atas BAM," kata pemain beregu Gan Teik Chai.

Luahan hati yang membawa kepada ugutan mahu mengambil tindakan susulan itu muncul selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak menamakan gandingan profesional, Teik Chai dan gandingannya, Tan Bin Shen ke Kejohanan Dunia di London, 8 hingga 14 Ogos ini.


Sebaliknya BAM memilih Zakry Latif-Hoon Thien How yang menduduki ranking terakhir kelayakan iaitu ke-32 untuk mengiringi beregu utama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Ini bukan hanya menafikan hak Teik Chai-Bin Shen, malah dua lagi beregu BAM yang berada di kedudukan lebih tinggi iaitu Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock dan Chan Peng Soon-Lim Kim Wah.

"Saya tidak faham mengapa BAM melakukan perkara sebegini, kami berusaha gigih untuk mendapatkan tempat ke Kejohanan Dunia tapi mereka begitu mudah merampas hak kami. Siapa mereka untuk berbuat demikian.


"Kalau kami bernaung di bawah BAM, saya tidak kisah apa yang mereka mahu lakukan tapi kami mencari penaja sendiri untuk menanggung perbelanjaan menyertai kejohanan, kami langsung tidak menggunakan wang mereka. Ternyata hak kami dirampas, bagaimana kami mahu cari makan.


"Bagi saya, jika perkara sebegini berterusan, badminton negara tidak akan maju," kata Teik Chai melepaskan geram.

Menurutnya, dia dan Bin Shen menerima panggilan dari pejabat BAM pagi semalam supaya mengambil surat mengenai perkara itu.


"Mereka panggil saya ambil surat. Apabila saya baca, mereka kata tidak menyenaraikan saya atas dasar kepentingan negara. Tapi mengapa Wong Choong Hann (perseorangan) yang sudah bersara masih dipanggil kalau demi kepentingan negara.

"BAM sendiri akui mereka ketandusan bakat dalam perseorangan, mengapa mereka tidak berikan peluang kepada pemain muda, kalau benar untuk kepentingan masa depan badminton negara.


"Apakah alasan mereka menghantar Choong Hann ke London? Adakah dia ada peluang bergelar juara?" Teik Chai-Bin Shen kini bernaung di bawah kelab KLRC layak ke Kejohanan Dunia secara merit apabla menduduki ranking ke-16 dunia pada tarikh akhir kelayakan 28 April lalu.


"Kami layak secara merit dan ranking kami konsisten. Jika mereka ikhlas mengapa tidak memanggil kami terlebih dulu untuk berbincang meminta slot milik kami untuk diberikan kepada pemain lain. Mana ketelusan BAM? Mengapa anggap usaha kami macam sampah, kami juga seperti pemain lain yang menitiskan peluh di atas gelanggang untuk mendapatkan kemasyhuran bermain di Kejohanan Dunia.


"Jika benar sekalipun, mengapa mereka tidak berikan kepada Fairuzizuan-Soon Hock yang berada di ranking lebih baik berbanding Zakry-Thien How." Pada tarikh akhir kelayakan Kejohanan Dunia, Fairuzizuan-Soon Hock berada di kedudukan ke-25 dunia manakala Peng Soon-Kim Wah ke-26.


Berdasarkan kedudukan ranking terkini, Teik Chai-Bin Shen masih kedua terbaik di belakang Kien Keat-Boon Heong iaitu ranking ke-17 dunia, diikuti Fairuzizuan-Soon Hock (20) dan Zakry-Thien How (27).


"Apabila menyedari perkara ini pagi tadi (semalam), saya amat kecewa dan marah. Saya tahu sejauh mana sekalipun berjuang mempertahankan hak, saya tidak dapat ke Kejohanan Dunia lagi untuk tahun ini.


"Tapi saya akan tetap mengambil tindakan meskipun menerusi perundangan. Saya akan berbincang dengan penaja saya terlebih dulu, jika mereka bersetuju dan memberi kebenaran, saya akan melakukannya," kata Teik Chai yang menganggap BAM memberi alasan tidak munasabah menggunakan nama kepentingan negara."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

London belum pasti senarai BMX

Posted: 13 May 2011 12:41 PM PDT

HASRAT pelumba negara, Rizal Tisin untuk beraksi dalam acara BMX di Sukan Olimpik mungkin terjejas apabila acara itu tidak disenaraikan biarpun dia berada dalam program 'Road To London".

Ini bermakna, peluang Rizal dan pelumba negara lain dalam acara itu untuk mengumpul mata sebelum 8 April tahun depan akan terjejas jika tidak mendapat sokongan penuh daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, skuad BMX negara mempunyai tiga siri penganjuran Piala Dunia yang menawarkan banyak mata selain Kejohanan BMX Asia di Su Qian City, China minggu depan.

Namun, penghantaran atlet untuk menyertai kejohanan itu mungkin berdepan masalah perbelanjaan kerana BMX tidak berada dalam senarai program 'Road to London' berikutan pengurangan bajet oleh MSN.


"Ada tiga siri Piala Dunia BMX, dua di Amerika Syarikat dan satu di London. Ia adalah peluang baik untuk pelumba mengumpul mata kelayakan. "Tapi mungkin sedikit sukar jika tidak mendapat bantuan kewangan MSN kerana PKBM perlu menanggung semua perbelanjaan," katanya.


"Kita lihat dulu pencapaian pelumba negara di Kejohanan Asia dan selepas itu mungkin akan fikir langkah selanjutnya," katanya.

Siri Piala Dunia BMX UCI Supercross akan berlangsung di London pada 19-28 Ogos manakala dua siri berikutnya di Sarasota, AS (19-20 September) dan Chula Vista, AS pada 30 September.


Rizal akan beraksi buat kali pertama dalam acara BMX di peringkat antarabangsa pada Kejohanan BMX Asia di Su Qian City, China pada 18 dan 19 Mei ini bersama dua lagi pelumba, Muhammad Aim Mohd Fauzi dan Muhammad Elmi Jumari.

Berdasarkan ranking Asia, BMX kini dimonopoli pelumba Jepun. apabila lapan pelumba mereka menguasai kelompok 10 pelumba terbaik dengan tiga tempat teratas dikuasai mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan