Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Beregu penyelamat

Posted: 21 May 2011 04:01 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Gandingan Pei Tty-Eei Hui pikul tugas berat di Piala Sudirman

KAMI akan cuba menjadi penyelamat dan memastikan kemenangan Malaysia lebih awal!

Itulah janji beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang dilihat perlu memainkan dua peranan penting dalam memastikan skuad negara mampu melangkah jauh dalam Piala Sudirman yang disingkap tirainya di Qindao, China esok.

Gandingan itu diharap mampu menyelamatkan skuad negara daripada kekalahan seandainya ketinggalan 2-1 untuk mengikat kedudukan, dan pada masa sama memastikan kemenangan sekiranya skuad negara mendahului 2-0. "Kami akui tanggungjawab ini bukan mudah kerana sudah tentu tekanan tinggi kerana kedudukan 2-1 atau 2-0, ia tetap situasi genting dan rakan sepasukan sudah tentu mengharap kami memenangi perlawanan.

"Begitupun, kami berjanji mempamerkan aksi terbaik, sekali gus menjadi penyelamat atau memastikan kemenangan negara ketika menentang sesiapa juga," kata Eei Hui.

Eei Hui berkata, dia gembira kerana gandingannya bersama Pei Tty semakin serasi dan menunjukkan banyak peningkatan dalam beberapa siri pertandingan selepas pasangannya itu pulih daripada pembedahan lutut.

"Sebelum ini, pergerakan Pei Tty agak terbatas, mungkin takut kecederaannya berulang tetapi selepas beberapa siri latihan dan pertandingan, Pei Tty kian selesa dengan pergerakannya," katanya.
Eei Hui berkata, dia berharap kejohanan berpasukan campuran itu menjadi medan kebangkitan untuk mereka menjelang Kejohanan Dunia di Wembley Ogos depan selepas kempunan beraksi di Paris tahun lalu.

Malaysia membuka tirai saingan dengan bertemu Russia dalam peringkat kumpulan esok. Selain Russia, Malaysia turut diundi bersama Indonesia dalam kumpulan itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Musim manis Man U, Ferguson

Posted: 21 May 2011 03:59 PM PDT

Sukan

MENJELANG pentas terakhir musim berdepan Blackpool malam ini, tiada yang lebih manis buat Manchester United apabila apabila pengurus Sir Alex Ferguson dan pertahanan Nemanja Vidic merangkul anugerah Pengurus dan Pemain Terbaik musim Liga Perdana Inggeris.

Ferguson, 69, mengemudi United ke kejuaraan liga kali ke-19 dalam sejarah kelab itu dan ke-12 peribadi, selain turut memastikan tempat di final Liga Juara-Juara musim ini manakala bek tengah Vidic, 29, menjadi tonggak di benteng United dan paling kerap beraksi sepanjang kempen musim ini.

Ia juga adalah anugerah buat kali kesembilan bagi Ferguson dan kedua bagi Vidic, selepas undian daripada badan berkuasa bola sepak, media dan penyokong. United bakal menerima trofi rebutan sebaik tamat perlawanan di Old Trafford malam ini tetapi sekalipun sudah menggenggam kejuaraan, pengurus berbangsa Scotland itu tetap mahu menurunkan barisan terkuat supaya suasana perayaan itu tidak terjejas.

Walaupun berkira-kira mahu merehatkan beberapa tonggak sebagai persiapan menghadapi Barcelona di final Liga Juara-Juara 28 Mei ini, dia juga berwaspada dengan kecaman beberapa pasukan lain yang bergelut mahu mengelak daripada tersingkir ke liga bawahan.

"Ini (Blackpool) bukan satu perlawanan paling sukar untuk memilih pemain. Sudah tentu, semua jangkakan saya akan merehatkan pemain kerana saya perlu memikirkan mengenai minggu depan (menentang Barcelona). Jadi saya perlu imbangi keadaan, pastikan gabungan yang betul, dan suntikan tenaga segar.

"Perkara paling penting Ahad (hari ini) adalah memastikan tiada kritikan terhadap kelab ini." – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan